Pages

Sunday, December 19, 2010

update!!!!

issskkk.. taip.. delete.. taip delete.. kensel lah hapdet!!!

Tuesday, November 30, 2010

mode : malas, sedih, bengang

I am in my attempt to make this blog more personal.. tak mau dah feed update to facebook.. I have stop my network blogs application tapi tak tau jadi ke tak (network blogs mengomm ke akak yang mengommm).. akak dah stop importing to my notes in fb either... terasa macam tak ada kebebasan menulis pulak.. ecehhh.. sebenarnya.. makin ramai makhluk FB aka anak murid yang akak rasa tak sesuai membaca isi blog akak yang mungkin dipenuhi dengan kemerepekan yang tak sesuai untuk umur mereka (walaupun sebenarnya hingga ke hari ni akak masih maintain skema).. 

Cik Jijah masih lagi dalam mode malas.. agak parah dan kritikal juga berasa malas saat ini sebab 7/12 ni insyaallah akan pindah barang balik klang.. barang je pindah.. kebetulan pulak MM ada short course in KL on 8th.. sementara MM kursus akak pun pumpang pumpang kemas rumah.. after that akak akan ikut MM balik Dungun and stay with MM sampai cuti Xmas. Tak sampai hatilah nak duduk separately.. akak tak bersedia.. sedihnya rasa hati.. malam tadi gi karaoke pun MM sorang jek nanyi.. akak duk nanges.. sebab terbayang MM takde for the first few month akak duk kat Klang nanti.. sekarang pun dah rasa macam nak nanges dah ni.. 

Selain daripada mode malas dan sedih.. mode bengang pun ada jugak... tau tak kitorang habis 1000 dalam masa sesingkat 3 - 4 hari gitu je? haihhhh.. memang tau duit tu ke mana sebab akak ada catit dalam hp.. eceh..  tapi macam tak percaya boleh spend a 1000 in just short notice.. dahlah banyak nak pakai duit bulan ni (sewa lori bagai).. ingatkan cukup berhati² dah dalam menguruskan duit bulan ni.. nasib baik lah akak masih berjaya tak usik duit gaji bulan 11 akak.. tu pun sebab ATM card rosak (thank god).. tapi MM la kesian.. haihhh.. duit macam air..  

issskkk.. tak baik mengeluh kan? berdosa.. berdosa kan? tak kira apa keadaan sekalipun kita kena bersyukur.. musibah kadangkala ujian tuhan.. mungkin juga azab.. wallahualam.. hmmm.. nak kena divert my mind.. mari kita nanyi lagu ni.. 









Saturday, November 20, 2010

update: long-delayed

Sebenarnya.. akak ingat akak nak quit for good aktiviti berblog ni.. macam malas dah nak hadap.. dah jemu.. tapi dek kerana boring tahap cipan hari ini maka akak jengahla balik blog kusam akak ni.. daripada pagi tak bercakap dengan sapa².. memula akak dah tukar status YM dan SKYPE to available tapi takde sapa pun online..  gamaknya semua orang pun tengah cuti.. almaklumlah raya.... 

By the way.. my application to transfer back to Klang has been granted. Yippieeee!!! Mula² super duper excited sebab finally dapat balik kampung dan bekerja at my hometown but the fact that Im going to live alone for the first few months is a bit creepy.  Although Ill be staying closer to my parents now but the hype is running low without the other half by my side. Sadly MM needs to finish his work first. Most probably March the earliest or even May, only he moves in with me. Itupun kalau betul dia dapat site Putrajaya.. doa² lah semoga dia dapat ke Putrajaya.. In the meantime.. haruslah berweekend hubby wifey kitorang ni.. itupun once in a fortnight sebab MM kena rotate cuti since weekend dia on Friday saja. 

Ok.. bits of MM and I.. Anyway akak already browsing the web for some infos of the new school. Frankly speaking.. akak takut seh nak bekerja kat tempat baru ni. Last Tuesday akak managed to contact the school and have a chat with the GURU BESAR.. akak ingat sekolah tu dekat je dgn rumah akak.. rupa²nya 8km away jauhnya dari rumah akak.. and then the probability to encounter with some traffic jams is quite high sebab sekolah tu kat tepi main road.. huhuhu..  another fact about the school that I dread is the capacity of staffs and pupils.. tau berapa? 92 teachers and 1000++ pupils.. and its a two session school.. gila besar sekolah tu.. errr.. compare to the last 2 schools that I have been at.. and another fact that I cant stop thinking of is one of the school admins used to be my maths teacher masa primary dulu.. the teacher who I hate the most!! and now.. its karma.. I have to work with him.. matilaaaa.. hopefully he doesnt remember me in any way.. huwaaaa.. 

Oh well.. deep in my heart Im glad that I finally have the chance to be near to my parents. My in laws pun tak jauh sangat di KL saja untuk dijenguk. Kalau sakit pening ke.. susah ke.. akak ada senang sikit.. insyaAllah..  Alhamdulillah tuhan permudahkan jalan.. 

on another note.. my new crib is all clean tunggu tuan dia pindah masuk anytime sementelah semalam puas cuci habis 3 round mop lantai.. hari ni sakit tangan bagai.. dan tuan dia adalah sangat pathetic gila malas nak packing barang.. lecehla pindah rumah ni... 


*kunun nak quit blogging.. panjang berjela pulak akak bebel hari ni.. huhuhu..








Thursday, November 4, 2010

two weeks

Saya sedang bersiaran dari dalam kelas. Sudah distributed kerja kepada murid². Tak ada lah kerja berat sangat sebab semua dah habis exam. Pejam celik.. pejam celik.. tinggal lebih kurang 2 minggu je sebelum sesi persekolahan 2010 berakhir.

Seperti biasa, bila hujung tahun ni kerja adalah sangat banyak sebab no one willing to stay during holidays for some unfinished works. Semua struggle nak siapkan sebelum cuti. Masa cuti nanti banyak lagi kerja lain nak buat. Lagi² yang tengah further study, PJJ.. masa cuti sekolah lah kelas diorang.

So, saya online via broadband sebab kemudahan internet sekolah adalah sangat mengecewakan. And broadband is always a 'berukbang' like people always say. It got worse bila  nak update satu info makan masa dekat 5 minit.  I tell you, government website really pissed me off. Sakit betul sebab bila tak siap kat sekolah, kena sambung di rumah. Bila dah sampai rumah, banyak kerja lain nak buat hence the job is postponed. So, bila nak siap?

Nak cerita pasal kerja adalah tak cukup setakat ini. Ada macam² lagi tapi kalau asyik merungut sahaja pun tak bagus juga. Cekalkan saja hati dan abaikan semua anasir² yang mengganggu. 

Tinggal 2 minggu saja lagi.. tapi rasa macam long way to go..




Sunday, October 31, 2010

just a phase

Currently, Im going through a phase. A phase that is quite difficult for both Jijah and MM. I believe this phase is just temporary but how long it last is beyond my knowledge. I hope it will get over soon. At times like this, though I feel a bit insecure but I think we find strength in our faith and each other. I also believe that this is just a trial that will only knit us closer every time.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Saturday, October 30, 2010

hari ini

Hari ini hari Sabtu. Hari ini cuti. Hari ini saya ada banyak kerja. Hari ini saya kena kemas kain baju yang dah tertangguh seminggu. Hari ini saya kena cuci peti ais sebab dah lama tak cuci. Hari ini saya mahu masak 'lunch' sebab semalam dah beli bahan basah. Hari ini juga saya ingin masak kek coklat yang dah seminggu jua tertangguh. Hari ini jua saya perlu menaip tugasan seorang rakan dan email kepadanya. Hari ini juga saya mau update blog. Semoga semua 'impian' saya hari ini tercapai. Sekian, terima kasih.




Wednesday, October 27, 2010

memory lane

*pic taken from SKSB's FB page

Sekolah rendah saya! Mula² terjumpa salah seorang rakan seperguruan yang ingin tukar suka sama suka for the next school session in 2011, which brings me to fb page of my primary school.. Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. 

Suddenly, the memories.. they are all coming back to me. Teringat abah pernah tunggu kat luar kelas dengan air kotak milo first day sekolah masa darjah satu. Masa tu beg sekolah pun tak ada. Kakak sepupu kesian, dia pun bagi beg dia untuk Jijah ke sekolah. Ingat lagi.. kelas 1 Hijau. Bangunan atas itulah tempat abah tunggu. Kelas paling kiri sekali. 

Teringat juga, pernah kongsi duit belanja dengan adik Jijah, Dila sebab abah tak cukup duit, masa rehat. Jijah dapat makanan RMT so share dengan Dila, duit Dila buat beli air dengan kuih. Seronok dapat RMT sebab makan free.. hehehee..

Teringat hari² kayuh basikal pergi sekolah lalu Jalan Nenas (lorong kecik ikut kampung). Selepas itu bila dah berani sikit, ikut laluan jalan besar sampai kemalangan kena sondol dengan kereta beberapa hari sebelum UPSR. Abah sampai sekarang kalau nampak kereta yang sondol Jijah tu akan cakap," haaa.. tu kereta yang langgar kamu dulu". Walhal berbelas tahun dah berlalu dan entah bukan pemandu yang sama pun.. heheheh.. 

Teringat pernah buat English story telling masa perhimpunan. Even malu, tapi kena paksa dengan teacher. Teringat juga Cikgu Maziah yang suka cubit perut kalau tak siap kerja sekolah. Ingat lagi dia suruh kitorang tanam pokok dan bawa ke sekolah tapi Jijah tak bawa. Cikgu Maziah nak cubit tapi tak dapat sebab perut tebal, banyak lemak.. heheheh.. 

Banyak lagi kenangan.. pernah simpan duit sehari 20sen lebih kurang sebab bila habis kokurikulum hari Sabtu nak singgah Pasaraya Meru, beli pen lah, mainan lah, jajan lah.. heheheh.. those were the days.. 

All of them, bitter sweet memories are flashing back again.. bangunan di atas tu pun dah roboh diganti dengan bangunan baru sebab uzur sangat dah.. dari zaman Jepun lagi.. heheh.. dan sebak pulak.. teringat abah dan emak.. susah payah membesarkan Jijah dan adik².. terima kasih mak abah.. kerana membesarkan kami :)



Tuesday, October 26, 2010

sweet surprise





such a sweet surprise..
out of the blue..
and no special occasion..
just a gift..



thank you my dear MM..
for being such a wonderful husband :)




Sunday, October 24, 2010

sekayu

Just got back from Sekayu. Not really. I have been home since yesterday. MM drove back earlier and left me there to finish the camping as he had to work on that Saturday. I went back with a friend whose husband had left early as well and end up I drove her Exora since she just didnt have enough guts to drive all the way back home.

Overall, it was the best camping I have ever joined. First, I have MM spending both camping nites with me. Second, the commitment from all my colleagues were so overwhelming. Third, the happy faces of my dearest students. Not so often my students get to experience such a thing. Some of them, didnt even get the chance to step out of their home. Not even to nearest town, Dungun. This is definitely a good thing for them.

So the camp ended successfully. No one get hurt or injured but I fell sick once I got home. My head spinning, my body ache wholly and I threw up few times during dinner. Thank God there is MM, again taking care of me. He is my best buddy and my caretaker.. I dont know what will I do without him around.. ( ni sebak kenang kot dapat pindah balik Klang nanti because I will pindah first then barulah MM).


*we have just discovered that this 'sunway lagoon' exist in the woods.. apa lagi..
the morning activity had been canceled and replaced with pool party..
lagi la budak² tu excited :D


Wednesday, October 20, 2010

KB trip

Jijah sudah balik dari getaway pantas Kelantan Jijah. Jijah letih tapi Jijah mahu nebeng juga update blog malam ini (ini semua gara² nuffnang Jijah telah meningkat 25sen kerana update blog setiap hari).

Satu kejadian telah berlaku semasa kami on the way ke KB semalam. Kami mula perjalanan sebaik MM habis kerja. Jadi lebih kurang jam 6pm kami bertolak. Route yang kami ambil adalah Bukit Besi - Kuala Berang - Sungai Tong - Jerteh - Pasir Puteh - Kota Bharu. Banyak betul lori yang guna laluan tersebut. Memang tak puas hati dengan kebanyakan pemandu lori (Abg Din jangan terasa hati ye) yang kami jumpa malam tadi. Mentang² dia besar, bagak.. sesedap rasa saja ye dia guna jalanraya.

Antara yang paling sakit hati apabila ada sebuah lori ni makan jalan di laluan sempit di sebuah jambatan. MM high beam lori tersebut supaya beri kami laluan tapi pemandu lori tersebut selamba high beam kami semula tanpa sedikit pun beri laluan pada kami. Geram betul. Tak ada timbang rasa lah pemandu tu. MM terpaksa brek mengejut sebab nak bagi laluan pada lori tersebut. Kalau MM ni jenis keras kepala juga, tak tahulah apa dah jadi.


contoh ilustrasi kejadian. Biru: lori, koko: kami.

Banyak lagi peristiwa yang kami lalui. Pemandu lori keluar/masuk simpang tak bagi signal atau last minute baru bagi signal pun banyak. Lampu brek tak ada pun banyak juga. Tayar tampal pecah bersepah atas jalan pun ada. Bahaya betul.

Jijah sampai takut nak lelap mata to let MM drive sensorang tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke KB. Sesat sikit masa nak cari hotel yang kami booked, Juita Inn. Ovi maps pulak buat hal. Peta tak update since KB sekarang banyak dah one way route. Mana tak sesatnya. Last² berhenti kat petrol station tanya jalan.. the traditional beats technology.. hehehe..

Rite now, both of us are safely at home again. The trip this time was quick and fast sebab esok nak bersiap² untuk perkhemahan sekolah di Sekayu pula. Will update about that later. Daaaaa...

*nebeng=bahasa ganung means paksa.



Monday, October 18, 2010

monsoon heat

Oh yeah!! Its monsoon again!! haihh.. tapi tahun ni terasa sangat tidak sama macam previous year. Akak baru je duduk sini 2 tahun but I can feel the differences. Selalunya bila monsoon datang, ia diibaratkan seperti musim sejuk.

Ingat lagi masa mula² pindah ke ceruk ni perbezaan ketara adalah suhunya yang sejuk. Almaklum dekat dengan hutan dan jauh dari haba pantai. Mandi pun seingat akak, satu hari sekali sahaja dek kerana sejuk.. teeheeee..

This year, aint nothing the same. Terasa amat tempias kesan rumah hijau. Global warming impact kata orang kampung akak. Mana tak nya.. sepatutnya musim hujan ni musim sejuk tapi ni terasa bahangnya. Semalam siap puting beliung lagi dekat Dungun tapi hari ni dah panas balik.

Last year MM dan Jijah pernah sekali keluar ke Mesra Mall but was stuck in the middle of banjir somewhere in Paka sebab hujan lebat sangat. Tahun ni belum tempuh lagi. Yang terasa cuma bahang panas.

Korang tak terasa ke? Akak kalau telefon emak, mesti mak mengadu panas sangat Klang, mak mesti mandi 5 kali sehari. Haihhh emak.. akak pun cakaplah itu kan dah kira membazir kan.. tapi emak kata dia tak tahan, panas sangat katanya, tak selesa nak solat. Kesian dia.

Jadi akak menyerulah kepada rakan² semua. Mari kita selamatkan alam sekitar kita sebelum semuanya terlambat. Akak pun tak ada lah 100% menjadi seorang yang mesra alam. Im still using petrol for my cars instead NGV.. mahal ek NGV punya installation ni... I have no idea what is the current price tapi last year my SIL buat around RM4k juga for her wira. Costly kan? Being a typical woman, kalau 4k tu boleh menambah kos buat kabinet dapur (akak tgh gila kabinet dapur instead of handbag sekarang ni).


There.. my part.. I keep my plastic bottles and tunggu sampai banyak and then buang kat recycle bin.

*pic courtesy of lolsnaps

and this is MM's part.. ehehehhe.. seriously.. kami jimat petrol, jimat duit, jimat masa and also save our carbon footprints since duduk sahaja kat rumah instead of long queue at the movie theater. I wish we could have our karaoke session at home as well tapi takut rumah kena baling telur pulak sebab melalak dengan suara yang sumbang ni! Anyway.. lets just do our part.. the best that we CAN do.. dont be such an ignorant ok :)



Saturday, October 16, 2010

mari merapu #1

Di petang Sabtu yang lemau dan hangat ini Jijah is suffocating with boredom! Hence.. today is all about FB. Not all.. Jijah exam PTK tadi.. before went for exam I already cooked today's meal. Today's meal merangkap breakfast, lunch and dinner! Senang 2 tekak aje.. sekali masak untuk the whole day :D

By the way, Jijah took this personality test in FB.. I dont know if its valid but for fun sahajalah. Here it goes.. apa? tak nampak? akak pun tak nampak.. Oh well.. I am a dork when it comes to picture editing..




Its written there..

Dear Liza Jamal, anda adalah seorang yang ramah dan ceria. Meskipun anda kadang-kadang frustrasi, anda bisa melewati masa-masa sulit dengan mudah dan menyenangkan. Keperibadian ramah anda mmbuat anda menarik di mata lawan jenis, tapi ini membuat pasangan anda tidak aman. Kurangnya emosi anda adalah kerugian, tetapi keterusterangan anda menbuat anda popular.

- teman anda sulit memahami anda.
- anda memiliki pemikiran yang polos.
- tapi menarik bagi lawan jenis.

Memula baca sedap aja tiba sampai part.. pasangan anda bla bla bla.. merepek sungguh.. oh well.. seronok juga lah layan since tak ada apa nak dibuat sangat.. ada sebenarnya.. tapi buat² tak nampak.. heheheh.. ok.. back to reality!!


Friday, October 15, 2010

pee tee kay



esok Jijah exam!!! elehhh.. PTK je pun.. tapi kalau lulus buleh naik gaji.. yeeehaa!! tapi kalau dah ada sijil BTN buleh la naik gaji.. BTN pun tak panggil² lagi camno.. takpelah.. janji lepas PTK.. tinggal satu paper je pun.. wish me luck ok!! I do need 100% of luck because I literally not studying at all.. cuma drill questionnaires jek.. hehehe.. apalah cikgu ni! so see ya.. daaaa..

Wednesday, October 13, 2010

suami, isteri & ....

Baru cuci mata dengan gambar² wedding angkasawan negara. Cerita dah nak basi pun.. akak baru je ada masa nak gi belek gambar² sekitar wedding of the year tu. Actually akak confuse sebab ramai yang ngate macam² pasal wedding tu. Nope.. akak tak tengok yang live kat tv3 hari tu. Ada tuisyen. Anyway.. akak rasa tak ada cacat celanya lah majlis tuh except for its cake. Sorry to say that was the ugliest wedding cake ever tapi maybe rasanya jauh lebih sedap dari rupanya. Hodoh macam mana pun, ke lu**** jam*** juga perginya. Apart from that, I think overall it was perfect. Just like any other wedding. Ada yang complaint that Missy Doc tak sepadan dengan Mr Astronaut. Adeh.. ni soal hati.. doakan yang baik².. sudahlah.. haihhh.. tapikan.. akak suka baju nikah bini Mr Tokei Bas.. simple and yet so pretty. Tahun depan nak buat baju raya cenggitu.. pengsan MM tengok bini dia.. hahahah..

tahniah!!!
*pic from here

Back to my entry.. hajat hati nak cerita benda lain jadi melalut pula tapi rasanya belum lari konsep lagi. Sebenarnya akak nak ngomel pasal rumahtangga, suami isteri dan dot dot...

Apa kes ek with ex lover, ex beau, ex bf ni eh? I mean.. tadi terdengar kisah seorang kawan yang bergaduh besar suami isteri hanya semata² si isteri dapat tahu pasal si suami punya affair. For God sake, it was an old fling long before they got married. After almost 8 years of marriage benda ni timbul and jadi issue pula. Anak dah dua dah yang.. kenapalah ko meroyan tak pasal ni.. Nak kata sang suami gi contact semula orang ketiga tu, confirm memang tak ada.

Seriously, I dont get it why it became such an issue. Ok.. jealousy sikit² akak rasa acceptable jugakla tapi takkan sampai nak berperang, bergaduh laki bini. Cemburu tandanya sayang tapi kalau dah over cemburu sangat adalah sangat berbahaya untuk kesihatan.

Ok.. so sang suami mungkin sedikit 'buaya' masa zaman bujang dulu. Bujang. Zaman enjoy. So he befriended and dated a lot of girls before si isteri. Nama pun lelaki. Doesnt it occur in her mind, bahawa dia adalah insan terpilih untuk menghiasi hidup suaminya? She beat the rest of the girls yang gi mari, gi mari dalam hidup suaminya. Tidak cukup bertuah lagi ke? Kalau orang ketiga yang dimaksudkan tahu pasal ni, bikin malu aje tau. Dia pun dah bahagia dengan suami dan anak²nya.. sudah sudah lah ye...

In my case, terbalik sikit kisahnya. Raya baru ni, ex uni mate yang pernah jadi pojaan hati akak texted bagitau nak datang beraya ke rumah. Takkan lah kita nak kata tak boleh, suami aku tak bagi ko datang.. gila? He is now happily married as well with a wife(1 baru) and 2 boys. Akak serba salah juga because Jijah and MM memang tak ada rahsia. So MM is fully aware and knows who he used to be in my life dolu but hey.. past is past.. let bygones be bygones.. MM was a bit uncomfortable at first but I think being a grown up and a mature man, he pulls it all together, put aside all the stupid feelings and.. elok aje bersembang, berborak semua.. and that was it. Lepas dia balik, MM and Jijah continue with our normal life. I am so proud of MM and I learnt the best from him. Insyallah kalau MM ajak jumpa his exs Im willing to go. As far as I know, semua pun dah berkeluarga dan ada life masing². Why cant we stop making enemy, stay friends and go on with our life?

Janganlah biarkan benda remeh temeh zaman tok kaduk kita dulu menghantui kehidupan kita sekarang. Tuhan dan susun cantik dah that everything happens for a reason. Jangan comotkan benda yang dah cantik, kalau TERcomot, cuba kesat dan bersihkan elok².

Tapi kan kalau sang suami punya 'buaya' masih dok ada dan tiba² timbul lepas bertahun² dok diammmm.. maklumlah zaman teknologi kan.. benda dari tak ada, jadi ada.. memang cari nahas la kan? Mentang² bini tunduk pada dia, tak pandai nak berFB pulak tuh.. dia amek kesempatan pulak ye.. memang confirm lah perang dunia ke 18... yang itu.. no komen lah kan.. pandai² lah settle.. jangan maraaa aaaa.. nanti kena jual..




berdua lebih baik..

Sejak akhir² ni.. the hottest couple in Dendang Jijah dan MM sudah jarang dating jauh² macam dolu². We used to spend almost every weekends crossing the state border sampai ke Kuantan sana.. macam jauh sangat Kuantan tu.. walhal 2 hours away sajork.. but lately we spend most our time at home dan 2 kali 2 kala paling jauh pun sampai Mesra Mall di Kerteh sahaja. Apa yang hebatnya Mesra Mall.. lenkali akak cerita ye..

Muyskil tak kenapa? Adakah kami sudah pokai untuk berjimba² di Kuantan seperti dahulu? Tidak sama sekali. Ini semua adalah kerana.. MM sudah semakin otai dalam kerja² memuat turun movies dari internet. Bilang sahaja mahu cerita apa.. tak sampai 3 hari mesti dapat. Siap boleh convert ke format TV. Secara ringkasnya, movie tersebut boleh ditonton terus di skrin besar instead of laptop's yang kadang² boleh bikin neck pain. Amat baik untuk kesihatan bukan?



Aktiviti rutin harian especially weekdays.. akak dengan kerja akak.. MM dengan kerja dia (dia tengah gila cari duit lebih, nak bawak akak gi Paris katanya.. ekekekek). TV pulak is playing the movie yang MM download.. bahagianya hidup berdua :)

nota kaki: rajin pulak update blog kan? tuan tanah pun moskel jugak ni.. heheheh..




Tuesday, October 12, 2010

stress... & sesswatuh

Semalam gelabah.. hari ni stress pulak.. ok.. memula Jijah excited.. I have 2 reasons for that.. 2 main occasions sebenarnya.. first.. going to Kelantan with MM next week.. saja gatal nak ikut dia gi meeting sana.. secondly.. right after Kelantan trip ada 3 days school camping kat area Pasir Raja.. been ages lah since the last time akak gi camping gini.. the latest was 2 years ago before akak moved to ganu tapi to was held in school.. less challenging kot... the one that Im going ni betul² tepi sungai.. was told that Pasir Raja ni sangat jauh dari pekan.. so akak assume that the area must be clean and beautiful as well.. being a first timer to such a place.. memang buat akak excited! Anyway.. ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengahari.. timbullah a few issues among us.. tak payah lah cerita detail about it.. but those few things betul² buat akak stress!

isskk.. stressnya! dah la a bit exhausted pasal malam tadi tido lambat.. lapar pulak sebab habis meeting lambat lupa nak grab lunch from the canteen.. balik rumah pulak.. bilik seperti ada sessswatuh yang creepy.. ini kerana sesssswatuh telah bernyahtinja sesuka hati sesedap rasa di atas lantai bilik akak! Jijah freaked out and call MM.. tapi dukacitanya MM adalah busy.. nak minta tolong jiran tolong tengok juga segan.. sebab baru je lepas mintak tolong amik beg yang tertinggal dalam bilik berkunci.. tak sukalah nak susahkan orang.. so apa yang akak boleh buat sekarang adalah bersabar, bertawakal dan berdoa agar sessswatuh itu is nothing dangerous or anything slimy.. eeeeuuurghhh! hmmm.. di samping itu menyambung kerja² sekolah yang masih terbengkalai in perseverance.. tapi.. stresss lah!!

gelabah

Gelabah Jijah tadi.. mana taknya.. baru je nak isi permohonan SBP untuk murid tahun 6.. tiba ² website permohonan tu dah ditutup.. sepatutnya closing 15/10.. pasal apa hari ni dah tutup.. Akak punya gelabah usah cakap lah.. habislah.. kesianlah murid² akak semua tak ada peluang dah nak ke sekolah berasrama penuh. Peluh jantan, peluh betina semua keluar dah.. seram sejuk aje rasa.. sebenarnya takut pun ada.. takut kena marah..


(sila klik untuk tumbesaran imej)

teliti punya teliti.. rupanya yang ni kemasukan 2010.. memang berzaman dah tutup permohonan.. akak punya kemasukan 2011.. tulah yang pergi taklimat orang lain.. yang buat kerja orang lain.. haihhhh.. nasib baik belum sempat calling sana.. calling sini.. kalau tak malulah Jijah.. huhuhu..

nota kaki cagu: tak suka tau buat kerja gini.. lainkali nak suruh kita buat kerja.. suruh kita la yang gi taklimat.. yang gi taklimat pun buat apa tah.. iskkk.. menjeruk rasa sungguh..

Monday, October 11, 2010

update lagi

assalammualaikum..

amboi.. lamanya Jijah tak update blog.. more than 3 weeks dah ni.. almost a month.. haruslah minta maaf.. tuan tanah is guilty as charge.. malas tak tau nak cakap.. sungguh tak sesuai untuk imej seorang guru kan? tapi apakan daya.. am just a normal human being.. pure malas.. tak ada alasan lain dah.. tapi FB tetap aktif.. stalking sana.. stalking sini.. heheheh..

Anyway, tuan tanah nak fulfil promise yang dah dibuat ages ago.. ya ampunnnn sebab been delaying this.. so.. as refering to this not so long ago entry.. I finally has the winner.. errr... lama dah makcik ni teka jawapan.. hadiah pun lama dah dibeli.. tapi tak teramik gambo dan terupdate dalam blog sahaja.. ngggeeeee..


Congratulations to...





and time to reveal the correct price for both songket..


kanan : RM9000 & kiri : RM6000

errr... ke terbalik.. Im not sure.. dah lama sangat sampai tak ingat yang mana satu.. heheheh.. jangan mara aaaa... hehehehhe..



*jangan tak tau..
punya lama tak update..
sampai lupa dah letak mana
html coding signature
jijah ni.. seb baik jumpa..

Tuesday, September 14, 2010

update

alahai.. pejam celik.. pejam celik.. dah 5 raya dah.. tahun ni kan celebrate first raya kat Sg Petani.. raya 3 dah balik Klang dah.. sebab kan nak kena ngecat rumah kan.. so Ahad semalam bertolak la MM dan Cik Jijah dengan penuh berkobar jiwa dan raga untuk balik ngecat rumah yang sekangkang lotong tu..

Rasanya lebih kurang 3.30pm.. kami masuk exit Sg Petani Utara.. tak sampai 30 minit rasanya.. jalan sudah jem.. nak masuk tol Juru.. kuar tol Juru.. bertambah haru.. pasal jalan sesak.. sampai lah ke Penang.. issskkk.. Pit stop sat kat Petronas Bukit Merah dalam kul 5.30pm.. keluar aje dari Bukit Merah.. semangat berkobar nak mengecat rumah semakin padam.. traffic sesak sesesak sesaknya.. sehinggalah Sungai Perak!!!

Pelik bin ajaib.. kesesakan adalah disebabkan semata-mata ramai umat manusia nak berhenti kat R&R Sungai Perak. Ingatkan ke.. eksiden ke.. polis buat road block ke.. telahan Jijah salah belaka.. Rupanya sesak tu sebab orang dok queue nak masuk R&R Sungai Perak semata-mata!! Kome bayangkan la.. kematu tak kematu punggung akak ni.. kalau dari Taiping ke Sg Perak kami bergerak cuma 20 km/j!!! Apa la yang spesel sangat Sg Perak tu? Ce ngkome kabo? issskkk.. bukan punggung je kematu ni.. sakit leher tak baik2 lagi ni.. lama sangat duk dalam kereta..

Namun, syukur.. kami selamat sampai.. walaupun kali ni kami ambil masa hampir 9 jam instead of 4-5 hours usually.. tak pernah2 dibuatnya!!

Kerana itu jugalah.. tiba2 MM tadak mood nak ngecat rumah.. "culture shock" lagi dek traffic jam kelmarin.. kita ni.. orang perempuan... ikut aje kan? dia kata.. cat.. kita cat.. dia kata tak payah cat.. kita lompat2 lah girang.. sebab buleh berjalan sakan rumah sedara mara sambil tayang handbag baju baru.. hehehheeh..

*nota kaki : Cik Jijah sudah ada pemenang untuk teka teki songket hari tu.. Insya allah.. nanti Cik Jijah umum next entry ye :)


Monday, September 6, 2010

gucci pun kalah..

Bulan puasa ni rasanya paling banyak kali MM dan Jijah ke Mesra Mall. Tak tau lah tapi kitorang suka pergi sana sebab senang nak cari barang dapur. Semua ada albeit the price yang kadang² mahal.

So, last week ada pameran. For the first time dapat tengok orang tenun songket. Serius. First time tengok and was so amaze to see how it is done. Selalu tengok dalam tv je kan. Eh... pernah ke tengok dalam tv? Tengok orang pakai masa bersanding ada lah..



The machinery that is used in the process. Sangat tekun tukang tenun itu menenun. Juga sangat ramah dan tak lokek menjawab soalan. Do you know how long does it take to finish a piece of songket? According to the weaver lady, dia akan siapkan 4 inches every 8 hours daily. Tolak cuti weekend, to finish a 2.5 meter songket, it takes a month. 2.5 meter sebulan? and that is the standard measurement for a songket cloth.



Pattern yang akan dihasilkan. Every dot represents 5 threads. Every 5 threads akan diikat untuk memudahkan proses kerja. Errrr.. kome paham tak? Kalau tengok live baru faham kot.. Macam nak buat sulaman pun ada kan?



Mounds of white threads that bind every 5 gold threads can be seen in the picture above. Memang complicated gila tapi tukang tenun tu laju aje buat. Memang expert sangat. Akak kan memang as usual over peramah tanya la dia berapa nilai kain songket yang dia tengah tenun tu. Tau berapa? 5000! Akak ni yang macam tergamam kan, boleh pulak gi tanya, "5000 apa?" "5000 ringgit kak", jawab dia selamba. Fengggggsan akak....



Ce kome teka.. berapa hengget songket ni each.. I tell you.. LV ke.. gucci ke.. prada ke.. semua tak leh lawan songket ni. Songket sutera katanya. Kome teka la ye.. teka free aje ke? nak bagi hadiah lah.. hadiah apa? rahsiaaaaa.. eeee... best la pulak! Excited akak! Jangan lupa ye.. sila tinggalkan alamat email supaya Jijah buleh hubungi for delivery details. Till then.. toodles!!



Sunday, September 5, 2010

munjung

My family has this one ramadhan ritual. Its simply called MUNJUNG. Its actually something that most of Jawa people in my hometown do during the fasting month. My mom is not a Jawa but my father is. She has adapted and well blended with the Jawa lifestyle anyway. So this is one of the Jawa's custom that we look forward almost every ramadhan.

Usually it is held when the raya is near. Usually my mom will cook with the help of us, the daughters and my brother will distribute them food from house to house nearby and relatives too. Being a proud Jawa, I have been wanting to do this ever since I got married. Only this year finally I have the chance to do it.. from scratch.. all by myself :)



The munjung dish consist of a few Malay delicacies. They are nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam or ayam masak merah or sometime just plain fried chicken or rendang daging and even daging masak kicap. As for me, I made nasi impit, kuah kacang with some meat, kuah lodeh and rendang ayam. I think I cook a lot. Among the main ingredients are 2 big fat chicken and 4 pack of santan (tak boleh masak selalu.. habis lah diet).


complete servings to be send to neighbours.

If you notice these are foods that usually serve during hari raya. I have no idea why the Jawa make it as their custom in ramadhan since the dish will be serve again during raya but I have fun doing it. I couldnt even believe myself to have cook a full pot of kuah kacang, a full pot of kuah lodeh and a whole wok of rendang ayam. Nasi impit was easy since I used the instant one. My mom, she made her own nasi impit. I just cant compete with her. Kudos to her.

Ramadhan is almost at the end now. I used to be so excited waiting for hari raya when I was a child. As year goes by, age increases.. its kinda sad that Ramadhan is leaving. Even though it is tiring, all the cookings and fastings but this is the only month that I feel so blessed. Less fights with the other half too.. hehehhe.. soothing and calming surroundings... but I dont want to wish anyone hari raya yet.. Lets us all do our best in our amalan before Ramadhan leaves us again which is just a few days left :)


Wednesday, September 1, 2010

berita terkini

How is your raya preparation peeps? Kak Jijah tahun ni, colour theme light brown. Asalnya army green or dark olive green tapi susah sangat nak cari kain baju melayu yang match with my kurung. Baju kurung akak dah lama dah siap. Before puasa dah siap... heheheh.. Sexcited kan? tak lah.. tak mo jadi macam last year. Last minute preparation. Now... baju dah siap, puasa pun senang hati aje (sebenarnya malas nak drive gi cari tailor bulan² posa).

Back to my colour theme story. Kisahnya yang jadi light brown sebab salah beli kain baju melayu MM. Ingatkan betul dah match dengan baju kurung Jijah tu. Siap bawa contoh bagai ke Jakel tu. Beriya sungguh adik SA ni menolong. Alih-alih sampai rumah, rupanya kain tu bukan army green tapi light brown. Masa dok matching kain dengan baju, ramai yang kata dah match dah tu. hmmm.. takkan nak return kain tu kan? Maka, ku tabahkan hati dan hantar kain tu terus ke tailor. It must be the yellow lights yang buat kain tu berubah warna. Notice tak? kadang-kadang ada certain outlets guna lampu gini. Masa beli warna lain, balik jadi lain. Nasiblah...

So dah nasib badan kan, akak la yang terpaksa tempah baju lain which has the same colour as MM's. Punya lah bersungguh nak matching kan? Sebab dah terbiasa since the first time we celebrate raya together even before we were married*wink*.. Itu je lah yang buat meriah pun.. Kalau ada anak-anak mesti lagi meriah kan :)

Lagi apa? kasut? hmmm.. tak ada istilah kasut raya sebenarnya tapi last month, akak secara tak "sengaja" dah terembat 5 pasang kasut Masa tu kan megasale baru je mula. Primavera, bonia.. isk isk isk isk.. sungguh tak sengaja tau.. sedar-sedar dah 5 pasang. So sekarang MM dok retain akak dari membeli kasut lagi. Tak aci sungguh.. dia kata sampai next year.. huwaaaarrrgggghh! Makcik telan air liur je tengok MM gi beli sandal scholl.. mujur scholl je.. kalau clarks? issskk.. tak acinyaaaa...

Pendam dalam hati aje lah kalau ada berkenan kat mana² kasut kan tapi to compensate my feeling, I have ordered something from a friend. My C**** C****a** (text encrypted sungguh la) which I believe is on its way here. Insya allah kalau sempat sebelum raya, tak sempat lepas raya. Janji sampai. Habis sudah duit raya yang gomen bagi.. ngggeeeee.. actually its sort of a self reward la gitu kan.. bukan selalu.. It was last December since I last bought any handbag which also the same C**** but different design. MM jugak lah yang racun, setiap kali lalu kat bonia, sembonia or carlo rino (ni je la yang ada kat east coast ni) mesti dia akan kata, "jangan.. better u save money for your favourite brand". Ada betul kan apa yang MM cakap? Baru puas hati to the max..

Lagi apa nak cerita? Mmmm.. new make up.. tak ada kot.. though my MAC compact sudah habis but I still have my MAC foundation, last blockbuster estee lauder set pun tak luak lagi so tepek itu je lah... Ingat nak pakai lenses semula. Yours truly have stop wearing any contact lenses for few months now since I put on my ala² "youthful and vibrant" glasses itu ( ye.. spec akak yang latest ni bikin akak perasan muda). So lenses is a perfect choice for an instant makeover for a not-so-old lady like me, dont you think?

Almost forgotten.. ingatkan nak sambut raya kat rumah baru.. but most likely tak jadi since belum siap cat lagi. Ada ke patut mamat magkuk a.k.a i***n itu mintak 2000 just to paint some walls of my tiny lil house? Rumah teres lah.. mostly interior je pun.. a lil bit of exterior sampai 2000 dia nak? gila.. so cancel terus and MM still in the process to persuade me painting the house together with him instead. So what say u, should or shouldnt I? Should je lah kot.. kesian lah kat buah hati pengarang jantung busyuk masyam hitam² si taik minyak ku yang seorang itu (harus setuju, mana la tau dapat kasut baru sepasang dua.. hiksss)

By the way, nih boleh masuk ripleys believe it or not. For the first time in 5 years akak tak order kuih or any biscuits or even munchies macam kacang atau maruku. Berdasarkan pengalaman lepas beraya di sini, tak ada sapa datang rumah.. huhuhuh.. and I bet after raya ni.. we will be going home to Klang almost every weekend just like last month.. So I cant let my fridge to be full of uneaten cookies which in the end I have to paksa rela my tuition's student to eat it or else buang je. Pembaziran... tak baik.. tak baik..

Duit raya.. adalah sikit². Every year memang allocate around 300 je pun. Ni tak masuk our parents and adik beradik sendiri. Biasanya MM and Jijah share. Selalunya berlebih sebab jarang ada orang datang rumah maybe sebab tuan rumah pun jarang nak lekat di rumah... hehehhe.. asyik berjalan aje keghojenya!

Itu saja lah persiapan raya tahun ni. Tak adalah se grand tahun lepas since tahun ni banyak nak pakai duit dengan kereta pun both kelisa and chevy kena major services. Not forgetting all the blacklist summons that we have to clear. Kalau dapat pindah Klang kena pakai duit sendiri since MOE tak allocate any allowances for pertukaran 2011 (ye... jijah nak minta tukar balik Klang, insyaAllah). Haihhhh.. pening bila fikir pasal duit ni tapi Tuhan kita maha pemurah lagi maha penyayang.. insyaAllah akan dipermudahkan semua urusan, Amin..

Lusa, the school cum raya holidays begin. Though it is holiday already but I have to standby kat sini dulu. Ini kerana MM masih bekerja. Selasa petang lah paling cepat kami pulang ke kampung. Will be going back to KL first, and on Thursday we will be going back to Kedah. Tahun ni turn Sg Petani. MM dah rindu sangat nak tidur bawah ketiak Tok Ayah dia yang seorang tu..

Panjangnya akak bercerita.. sekali sekala kan? terima kasih sebab sudi membaca :) Sorry lah if there are too much information. Saja nak share dengan kawan. Owhhhh!! on another note, I have one happy news.. I have lost 1.5kg!! hahaha.. takdelah kurus akak ni. Masih juga "sehat" , "semangat" dan montel macam biasa tapi yang penting mesti muat baju raya.. hehehhee..

Ok.. itu saja.. sekian terima kasih.


Sunday, August 29, 2010

sharing is caring #1

This is something that I found in Facebook. Something that we should do and make it as habits no matter what we do or where we are. Something very simple and easy :)

1. Bismillahirrahmanirrahim - bila nak lakukan sesuatu
2. Alhamdulillah - apabila selesai lakukan sesuatu
3. Astaghfirullah - jika lakukan sesuatu yg buruk
4. Insyaallah - jika ingin lakukan sesuatu pada masa yang akan datang
5. Laa hawla walaaquwwata illaah billah - apabila lihat perkara yg buruk
6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun – apabila melihat @ hadapi musibah
7. Lailaha illallah - bacalah sebanyak mungkin

Meskipun Ramadhan semakin hampir untuk meninggalkan kita, but that doesnt mean we have to stop doing all the good deeds we have been doing during this holy month. Kita manusia biasa yang penuh khilaf. So, let us together.. spreading the love and do good deeds. By the way, Facebook is not so bad either.. If we use it wisely.. It can be a good medium for good deeds too :)



Wednesday, August 18, 2010

early ramadhan gift



The biggest congregation for all Dungun teachers was held last week. If Im not mistaken if all of us showed up that day, there would be approximately 2500 teachers altogether. The whole lot of us..

The purpose was to meet the MB of Terengganu who has this ambitious desire to meet all teachers of Terengganu face to face, one by one. Impossible as it may sound, it was made possible as he came to district by district. Dungun was the last and with no other choice but held during Ramadhan. Apparently, his visits wasnt with empty hand but with a souvenir for every teacher. An 8GB pendrive for each teacher.

I, when heard about this for the first time was a bit reluctant only to meet and receive an 8 GB pendrive. Its not like it's first appearance. A 128MB pendrive only, was as expensive as $130-$150. Today, it is one of the most common IT tools that can be found almost anywhere with cheaper price and bigger memory size. Anyway, as an obedient government staff, I changed my mind and thought why not I gave it a shot. I might not be able to experience a big gathering like this anymore next time (sebenarnya kalau tak datang, kena buat surat tunjuk sebab).



It wasnt a disappointment at all. Each of us receive this petite pendrive.. beautifully crafted with swarovski crystals.. the ladies were the happiest I tell u.. who doesnt like the blink blink stuff? if possible from tudung till shoes.. most of us, teachers want to decorate them with beads and crystals.. blink blink kiasu I may say :)

The men's was slightly different from the ladies. Ours was a pendrive necklace but their's was a keychain and a bit bigger in size.





Im loving mine so much but Im not any meticulous type of person that I dread I might lost it someday so I exchanged it with my male pal for the keychain one as he wanted to give the necklace to his wife.

I think the MB of Terengganu and his clan did a good job. It was very thoughtful of him to get each of us such a pretty pendrive which is rare and hard to get anywhere. If its any kingston pendrive might as well we get it ourselves and not to hassle and waste our time, energy especially in finding the parking for the gathering that day. I tell you.. it was a mess.. people parked their car almost everywhere. It was the worst scenario ever. Luckily I decided to carpool with some friends but we waited for almost 20 minutes for someone who parked in front of us to move his car. Oh well.. once in a while..

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Already!!

I cant believe myself that I was able to abandon my blog for more than 2 weeks but I wasnt purposely want to do this. Have been wanting to update day by day but failed to do so. Like last week, I was involved with a 3 days course + tasks that due on end of the week. All this job craps...

Forget to mention that last week, my PIL were coming down town to spend time with MM and I. It was very fortunate that it is now the fruit season, here in Terengganu. We had fruit feast almost everyday!

Our journey to and fro from dungun-klang every weekend finally took its toll on us. Both MM and I had this coughing and body aching for almost 2 weeks but we are ok now. Alhamdulillah..

Almost forgotten.. it was our 5th anniversary last month. Alhamdulillah.. It was such a bliss though we have yet be blessed with any kid but we are happy. To commemorate the day, we exchanged gifts. MM gave me a diamond ring and I gave him a nokia hp to match with mine. Rezeki tuhan bagi.. tak putus² :)

Finally came Ramadhan. Syukur. That we still be given the chance to feel the blessing and we decided to spend the weekend here instead of going back to Klang. It has been a while that we last felt the fresh air of our home during weekend. Though the first 2 days was quite a melt down because it was pretty difficult for me to wake up early for sahur and prepared better meal for my MM but he didnt complaint at all. Anyway, I think it will get better in time. Like today I managed to wake at 5am and prepared some instant parathas with reheated fish curry (tak baik membazir). It was quite good though MM said the curry was a bit salty :( Just got to be better.. work harder of course..



On the night before first puasa, we went to the mall to get some stuffs for the kitchen and among the things that we bought are those spices above. Lots of spices and that means I am so excited! I canceled all my tuition class just to do the cookings for this fasting month. I have no choice but cook since PARAM is not so close to where I live and being a school teacher I was given a lifetime privilege to be home early so I have a lot of time to prepare for breakfast. Even though I was so excited to cook, I do keep some instant food for emergency cases :)

on another note.. ada orang tanya since we went grocery shopping on the nite of the first ramadhan, so tak terawikh la kan? wrong! tak boleh ke kitorang laki bini terawikh berjemaah kat rumah? haaaa.. sendiri mau ingat ye..


Wednesday, July 21, 2010

Jiwa Kacau

Mood untuk update blog sejak akhir² ini adalah berada pada paras kritikal. Even mood untuk facebook juga merosot dengan agak teruk. Nevertheless, Jijah masih lagi kaki "tenet" yang tegar. Especially apabila dapat mencuci mata di shopping or cooking blogs.. Segar je rasa bila dapat tengok handbags dan foods yang meruntun jiwa dan tekak. Cuma malas nak update sana, update sini. Terlintas pula di hati, mesti ramai yang cakap - ADA AKU KISAH?? Akak pun tak kisah dek non!

Sebenarnya dua tiga menjak ni rajin berulang alik ke Klang. Tak best ke duduk Terengganu? Dear, dont get me wrong. This is all due to our little house on the prairie ladang sawit (literally), our first ever bought house that has finally completed. Not to wait any further, MM and I decided to do a lil renovation. Search high and low for the perfect contractor, assisted by my father and a cousin, we then assigned some Indonesians for the job. Malas lah nak cerita banyak, but those who read my FB status tahulah apa yang jadi last week. We are now more careful and being cautious just in case... just in case.. may Allah forbids such thing from happening..

nampak kan ladang kelapa sawit? ada juga terfikir untuk guna pest control
services.. mana la tahu.. banyak PATI nama cik siTI**s pulak..


As I story mory morning glory to my colleagues, they suggested to terminate this big headed contractor but my father, he convinced MM and I that he can help and be our saviour. So, the contractor stays. Cik Jijah pun pasrah and leave it all to Allah swt. As long as, semuanya baik² sahaja.

kerja² renovasi yang sedang giat dijalankan..

So, basically, jiwa ini adalah sikit kacau dek tak habis² fikir pasal rumah yang sekangkang kera tu. Weekend ni, on Thursday balik Klang lagi and Friday balik Dungun semula since MM has to work on Saturday. Ingat nak cuba naik firefly at Kerteh because MM malas nak drive as we just nak balik kejap je tapi tak ada to and fro flight tix pulak. Naik bas? hmmm.. akak mabuk la pulak naik bas sekarang ni. Gedik diva kan? dolu² boleh aje pun..

In another story, two actually..

First.. the PIL are coming down east coast in 2 weeks time. I am personally quite excited plus a lil bit anxiety. Ini kerana rumah ni banyak habuk. So ada sedikit stress to accommodate a good place for them to stay.

Second, it was MM's b'day last week. Unlike last year, tahun ni tak sempat pun nak commemorate the day. Even blog entry pun tadek sebab kepoh pasal hal rumah. Kesian MM. Mujurlah SIL sponsored family dinner kat Selayang on that day. The next day, Jijah dragged MM to OU just to get something for him. Nak jadi cerita, MM yang drove sana sini kan tiba masa nak bayar for his b'day presie, my debit card buat hal and end up MM paying for his own presie.. apa punya bini la... sobbssss.. MM pulak pujuk, "takpe nanti statement sampai, ayang la bayar". Still... Jijah tak thrill dah... kesian avangggg ku.. Apa pun, happy belated birthday dear MM.. moga Tuhan panjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki.. :)



nota celah kusi: thank you to those yang berkongsi idea in my FB on what to get MM for his b'day (pecah kepala fikir, tak tau nak bagi apa). I thought these pants are the best choice this year. Its what he needs the most. Nanti ditakdirkan if he gets to work somewhere far again, those pants dont need any ironing hence it might be a convenience for him.