Pages

Monday, October 24, 2011

Im sorry, I love you

Dunia semakin hari semakin kejam..
betul tak..

suatu masa dahulu..ada sepasang kembar yang dilahirkan out of wedlock..*anak luar nikah.. demi menjaga nama baik keluarga anak kembar ini telah dihantar ke rumah anak yatim... malah si ibu yang kembali sedar dimaklumkan pula si anak telah mati tanpa mengetahui ia sepasang kembar...kembar tidak seiras ini kemudian dipisahkan pula.. seorang dihantar ke Australia.. manakala seorang lagi dibela di tanahair.. 

Michael.. telah dijadikan anak angkat kepada sepasang suami isteri rakyat tempatan Australia.. namun begitu.. apabila umurnya mencecah 10 tahun.. beliau telah dihalau dari rumah..  lalu hidup bergelandangan bersama kekasihnya Lily.. satu hari beliau bertemu dengan seorang pelancong, Anna.. dan telah menyelamatkan Anna dari perompak jalanan... pertemuan yang sekejap itu telah memberi kesan terhadap beliau... namun Anna segera pulang ke tanahairnya kerana visanya telah tamat... Michael pula telah menerima berita bahawa Lily bakal berkahwin dengan seorang mafia.. pada hari perkahwinan Lily.. Michael telah ditembak 2 kali dikepala kerana mahu menyelamatkan Lily.. Beliau berjaya diselamatkan namun begitu hanya sebutir peluru sahaj yang berjaya dikeluarkan.. sebutir  lagi telah terbenam di ruang yang tidak dapat dibedah kerana dikhuatiri akan membunuh beliau serte merta... lebih malang lagi apabila beliau dimaklumkan jangka hayatnya tinggal beberapa bulan sahaja lagi kerana peluru itu ibarat bom jangka... Lily yang berasa bersalah telah menghadiahkan beliau sejumlah wang yang besar untuk menyara hidup.. malahan Lily mendorong beliau pulang ke tanahair untuk mencari ahli keluarga asalnya... 

Setiba di tanahair.. Michael telah menyertai sebuah rancangan Jejak Kasih demi mencari keluarganya yang hilang... terutama.. ibunya... dengan harapan agar dapat membina hidup baru sambil menghabiskan sisa hidupnya dengan gembira bersama ibunya... melalui rancangan itu.. beliau bertemu kembali dengan kakak kembarnya, Daisy tetapi Daisy adalah seorang yang terencat akal dan mempunyai seorang anak, Bob... betapa luluhnya hati beliau melihat kedaifan kakak dan anak saudaranya... dia berikrar untuk menjaga Daisy dan Bob sebaik mungkin...

rentetan pertemuan kakaknya itu.. Michael akhirnya berjaya mencari ibunya... hancur berkecai hatinya.. kerana ibu yang disangka hidup susah rupanya adalah seorang aktres terkenal, Audrey dan mempunyai seorang anak lelaki, Jason. Jason pula adalah seorang penyanyi yang terkenal... Michael sangat bengang dan marah... beliau meluahkannya dengan cuba membalas dendam terhadap Audrey dan Jason dengan menjadi pengurus Jason. 

Dalam kemelut itu.. beliau bertemu kembali dengan Anna.. rupa2nya Anna merupakan sahabat baik Jason.. dek kelembutan dan kebaikan Anna itu, hati Michael tertawan... namun, Anna sebenarnya telah menyimpan hati terhadap Jason sedari kecil.. tetapi setelah bertemu Michael hatinya berubah.. semasa dengan Jason yang ada hanya kesunyian dan kesedihan kerana Anna terpaksa menahan perasaan sementelah Jason hanya menganggap Anna sebagai kawan baik sahaja.. dengan Michael, Anna berasa selalu berasa gembira dan tenang.. Pertama kali tuah memihak kepada Michael.. beliau tidak bertepuk sebelah tangan..  pertama kali juga beliau berasa gembira dan tidak kesunyian.. 

Buat seketika.. hidup Michael kembali bahagia.. Anna telah menceriakan hidupnya.. Anna mendampingi beliau dan Daisy.. Anna membawa kembali cahaya dalam hidupnya dengan menjaga Daisy dan Bob dengan penuh kasih sayang.. Michael berdoa.. "tuhan.. seandainya kau benarkan gadis ini hadir selama2nya di sisiku.. akan aku buang semua amarah dan benci dalam hatiku"..

Sebagai pengurus Jason pula.. Michael berpeluang menghampiri ibunya, Audrey.. Beliau berpura2 mesra terhadap Jason, sehingga dianggap abang oleh Jason.. namun setiap kali beliau melihat kemesraan Jason dan ibunya.. Michael patah hati.. Kenapa ibunya sanggup membuang Daisy dan dirinya sedangkan Audrey mampu untuk membesarkan mereka.. Setiap kali beliau sedih setiap kali jua kepalanya menjadi sakit.. .. Michael sedar.. beliau sudah kesuntukan masa.. dalam masa yang sama juga beliau cuba melepaskan rindu yang terpendam terhadap ibunya.. 

Satu demi satu rancangan Michael untuk membalas dendam berjalan dengan lancar.. sehingga lah satu hari Jason telah terlibat dengan kemalangan dek perancangan Michael.. Jason cedera parah dan jantung beliau telah mengalami kerosakan dan satu2nya rawatan adalah melalui transplan jantung.. ketika inilah Michael bertemu Anna dan memberitahu bahawa beliau sanggup memberikan jantungnya kepada Jason tetapi Anna mestilah sanggup untuk bersamanya sehingga dia mati... Hal ini telah mendatangkan kemarahan pada Anna kerana beliau sanggup bersama Michael tanpa sebarang syarat.. bagi Anna, seolah2 Michael mengejeknya dan Jason.. pada Anna, Michael telah bersikap kejam.... sedangkan Michael memang akan mati dan Anna tidak tahu menahu tentang hal itu.. 

dalam diam2.. rupanya Jason yang kecewa dengan teman wanita beliau, akhirnya sedar bahawa Anna adalah gadis idamannya.. dalam keadaan yang sedang sakit.. Jason pula merayu agar Anna tidak pergi darinya.. kerana beliau tidak mampu hidup tanpa Anna.. Anna yang sangat kasihan melihat kawan baiknya dan masih marah terhadap Michael telah memilih untuk berada di sisi Jason.. 

Audrey pula setelah mendapat tahu bahawa Michael hanya tinggal beberapa bulan sahaja telah cuba untuk meminta "jantung" daripada Michael demi Jason... Michael bertambah kecewa.. adakahnya nyawa tiada harga sehingga Audrey sanggup meminta pertolongan beliau untuk menyelamatkan Jason.. 

Anna akhirnya mendapat tahu bahawa Michael akan mati dan cuba kembali ke sisi Michael.. bapa Anna,  Richard yang merupakan chauffeur kepada Audrey dan Jason juga telah melarang Anna bertemu Michael.. ini kerana Richard sudah tahu Michael adalah anak Audrey dan Richard juga lah yang telah membuang Michael dan Daisy ketika bayi atas arahan ibu Audrey.. Richard juga tahu bahawa Michael akan menemui ajal maka beliau melarang Anna untuk bersama Michael.. walaupun begitu, Anna memberontak dan terus kembali kepada Michael.. Namun Richard tidak dapat menahan rasa simpatinya terhadap Michael.. 

Akhirnya Michael telah berterus terang kepada Jason siapa beliau sebenarnya.. dan segala perancangan beliau.. Jason tertawa kerana beliau sebenarnya hanyalah anak angkat kepada Audrey.. Hal ini telah mengejutkan Michael dan Michael semakin benci kepada Audrey kerana membuang beliau dan Daisy sehingga sanggup membela anak angkat.. 

Richard yang tahu kisah sebenar tidak sanggup melihat penderitaan Michael akhirnya berterus terang... Michael bertambah kecewa apabila mendapat tahu ibunya tidak bersalah.. Anna pula tersentak dan menjadi sangat simpati terhadap Michael sehingga tidak mahu melepaskannya lalu meninggalkan Jason.. tetapi Michael tidak mahu menjadi beban kepada Anna dan kembali ke sisi Lily apabila Lily kembali mencari beliau.. beliau pergi dengan rasa bersalah kepada ibunya.. termasuk Anna... beliau hanya mampu mengucapkan kata2 terakhir" I am sorry, I love you" kepada Anna.. lalu pulang ke Australia dan mati di sana... sebelum beliau mati beliau telah mendermakan jantungnya kepada Jason... 

Jason kini kembali sihat dan Audrey yang sudah tahu segalanya telah mengambil Daisy dan Bob sebagai keluarganya.. namun Anna masih sangat sedih dan rindu kepada Michael.. beliau telah menuruti Michael ke land down under itu.."Michael hidup kesunyian seumur hidupnya dan aku tidak akan membiarkan engkau  keseorangan lagi".. kata2 terakhir Anna.. yang akhirnya membunuh diri di kubur Michael.. 

nota kaki : perrrghhhhh.. tetiba update blog.. bercerita panjang lebar pulak tu.. kisah ini diadaptasi dari sebuah drama korea... bertajuk "I am sorry, I love you"... maklumlah akak kan hantu drama korea.. drama terbitan 2001 tak silap.. akak tengok cerita ni.. menangis sampai bengkak mata.. tak tido satu setengah hari.. sebab menghabiskan all 16 episodes.. nasib baik tak demam sebab sakit2 belakang bagai.. rumah macam rumah hantu dah.. bangun hanya untuk membersihkan diri, makan dan solat... * ni penangan bosan tahap cipan di bumi Dungun.. sekarang ni tengah layan cerita Scent of A Woman pulak.. cerita sedih+kelakar.. 

owh ye.. ampun maap le kalau ada salah bahasa... akak bukan orang bahasa.. I suck in languages.. either malay or english.. and.. akak ni orang maths.. tehee


Wednesday, October 12, 2011

a price to pay...

rezeki tuhan sejak akhir2 ni...
melimpah ruah...
literally...


among all those rezeki...
MM got promoted...
another milestone in his career...
as a wife.. I was jumping in joy..
congratulation dear husband!


namun begitu...
great power comes with great responsibilities..
and great sacrifices too... I guess...
MM is now busier than he used to be..
not so much of him coming home to our love nest..
but lotsa me travel to dungun instead.. 
enough said..
things change...


change is good, no?
depends on our acceptance.. 
as for me.. I embrace it...
if this is the price that I have to pay..
for a better living..
then... be it.. 
aint easy...
but it works.. for us both..


sometimes.. 
the greatest journey..
is the distance between two people...
true indeed... 
trust and believe...
that everything going to be all right.. 


chaiyok!!!!


p/s: since MM selalu tadek... maka makin kerap la mak layan citer korea.. layan balik cerita2 lama.. as such.. sam soon and coffee prince.. I think I have a huge crush for coffee prince's hero.. GONG YOO.. owhhh.. such a naughty girl I am,  am I not?