*pic taken from SKSB's FB page
Sekolah rendah saya! Mula² terjumpa salah seorang rakan seperguruan yang ingin tukar suka sama suka for the next school session in 2011, which brings me to fb page of my primary school.. Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.
Suddenly, the memories.. they are all coming back to me. Teringat abah pernah tunggu kat luar kelas dengan air kotak milo first day sekolah masa darjah satu. Masa tu beg sekolah pun tak ada. Kakak sepupu kesian, dia pun bagi beg dia untuk Jijah ke sekolah. Ingat lagi.. kelas 1 Hijau. Bangunan atas itulah tempat abah tunggu. Kelas paling kiri sekali.
Teringat juga, pernah kongsi duit belanja dengan adik Jijah, Dila sebab abah tak cukup duit, masa rehat. Jijah dapat makanan RMT so share dengan Dila, duit Dila buat beli air dengan kuih. Seronok dapat RMT sebab makan free.. hehehee..
Teringat hari² kayuh basikal pergi sekolah lalu Jalan Nenas (lorong kecik ikut kampung). Selepas itu bila dah berani sikit, ikut laluan jalan besar sampai kemalangan kena sondol dengan kereta beberapa hari sebelum UPSR. Abah sampai sekarang kalau nampak kereta yang sondol Jijah tu akan cakap," haaa.. tu kereta yang langgar kamu dulu". Walhal berbelas tahun dah berlalu dan entah bukan pemandu yang sama pun.. heheheh..
Teringat pernah buat English story telling masa perhimpunan. Even malu, tapi kena paksa dengan teacher. Teringat juga Cikgu Maziah yang suka cubit perut kalau tak siap kerja sekolah. Ingat lagi dia suruh kitorang tanam pokok dan bawa ke sekolah tapi Jijah tak bawa. Cikgu Maziah nak cubit tapi tak dapat sebab perut tebal, banyak lemak.. heheheh..
Banyak lagi kenangan.. pernah simpan duit sehari 20sen lebih kurang sebab bila habis kokurikulum hari Sabtu nak singgah Pasaraya Meru, beli pen lah, mainan lah, jajan lah.. heheheh.. those were the days..
All of them, bitter sweet memories are flashing back again.. bangunan di atas tu pun dah roboh diganti dengan bangunan baru sebab uzur sangat dah.. dari zaman Jepun lagi.. heheh.. dan sebak pulak.. teringat abah dan emak.. susah payah membesarkan Jijah dan adik².. terima kasih mak abah.. kerana membesarkan kami :)