Pages

Wednesday, October 27, 2010

memory lane

*pic taken from SKSB's FB page

Sekolah rendah saya! Mula² terjumpa salah seorang rakan seperguruan yang ingin tukar suka sama suka for the next school session in 2011, which brings me to fb page of my primary school.. Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. 

Suddenly, the memories.. they are all coming back to me. Teringat abah pernah tunggu kat luar kelas dengan air kotak milo first day sekolah masa darjah satu. Masa tu beg sekolah pun tak ada. Kakak sepupu kesian, dia pun bagi beg dia untuk Jijah ke sekolah. Ingat lagi.. kelas 1 Hijau. Bangunan atas itulah tempat abah tunggu. Kelas paling kiri sekali. 

Teringat juga, pernah kongsi duit belanja dengan adik Jijah, Dila sebab abah tak cukup duit, masa rehat. Jijah dapat makanan RMT so share dengan Dila, duit Dila buat beli air dengan kuih. Seronok dapat RMT sebab makan free.. hehehee..

Teringat hari² kayuh basikal pergi sekolah lalu Jalan Nenas (lorong kecik ikut kampung). Selepas itu bila dah berani sikit, ikut laluan jalan besar sampai kemalangan kena sondol dengan kereta beberapa hari sebelum UPSR. Abah sampai sekarang kalau nampak kereta yang sondol Jijah tu akan cakap," haaa.. tu kereta yang langgar kamu dulu". Walhal berbelas tahun dah berlalu dan entah bukan pemandu yang sama pun.. heheheh.. 

Teringat pernah buat English story telling masa perhimpunan. Even malu, tapi kena paksa dengan teacher. Teringat juga Cikgu Maziah yang suka cubit perut kalau tak siap kerja sekolah. Ingat lagi dia suruh kitorang tanam pokok dan bawa ke sekolah tapi Jijah tak bawa. Cikgu Maziah nak cubit tapi tak dapat sebab perut tebal, banyak lemak.. heheheh.. 

Banyak lagi kenangan.. pernah simpan duit sehari 20sen lebih kurang sebab bila habis kokurikulum hari Sabtu nak singgah Pasaraya Meru, beli pen lah, mainan lah, jajan lah.. heheheh.. those were the days.. 

All of them, bitter sweet memories are flashing back again.. bangunan di atas tu pun dah roboh diganti dengan bangunan baru sebab uzur sangat dah.. dari zaman Jepun lagi.. heheh.. dan sebak pulak.. teringat abah dan emak.. susah payah membesarkan Jijah dan adik².. terima kasih mak abah.. kerana membesarkan kami :)



5 comments:

@tune® said...

kak...rasenye building kelas nih dah kene roboh...

budak kelas saya cakap bawah kolong tuh ade awang kenit la...hape la...spoooooooky siut...

.:nhalilah:. said...

1. sek. ren. kat port klang.. lepas darjah 2 tak pernah jenguk..

2. sek. ren kat pasir gudang.. lepas darjah 6 tak pernah pergi..

3. sek. men kat jb.. lepas form 3 pun.. tak pernah pergi..

4. maktab kat penang (sek. kamu juge..) lepas form 5 amik result puuuunnnn tak pernah jejak dah..

sian kan haku...

jijah montel said...

atune.. ha ahhh tau.. dah roboh dah.. dah siap pun bangunan barunya.. :(.. dulu memang femes cerita awang kenit tu.. askar jepun pun ada.. hehhehe..

ila.. aku dari darjah 1 smpi darjah 6 kat situ je.. so feeling lebih la sikit.. hehhe

keen said...

huhu cik jijah....


i pon rasa nk menitik air mata nihs..

rinduuu sgt zaman skolah..zaman yg mana kita xpayah pikir tensen2 pasal masalah org dewasa..masalah keje..

huhu..rindu men gelang getah (lompat smpai nmpak *toot*), rindu nk men netball..lecak2 pun belasah jugak..rindu kelas malam BI dgn cikgu mazlan..huhu

jijah montel said...

hahaha keen!! main gelang getah memang such an "in" thing masa tuh.. sapa tu yang smpi ternampak tuuuut tu? hehehehhe.. main sep tiang pun suka kan? hehehe.. those were the days.. those were the days.. our innocent days.. missing it so much!