Pages

Tuesday, October 12, 2010

gelabah

Gelabah Jijah tadi.. mana taknya.. baru je nak isi permohonan SBP untuk murid tahun 6.. tiba ² website permohonan tu dah ditutup.. sepatutnya closing 15/10.. pasal apa hari ni dah tutup.. Akak punya gelabah usah cakap lah.. habislah.. kesianlah murid² akak semua tak ada peluang dah nak ke sekolah berasrama penuh. Peluh jantan, peluh betina semua keluar dah.. seram sejuk aje rasa.. sebenarnya takut pun ada.. takut kena marah..


(sila klik untuk tumbesaran imej)

teliti punya teliti.. rupanya yang ni kemasukan 2010.. memang berzaman dah tutup permohonan.. akak punya kemasukan 2011.. tulah yang pergi taklimat orang lain.. yang buat kerja orang lain.. haihhhh.. nasib baik belum sempat calling sana.. calling sini.. kalau tak malulah Jijah.. huhuhu..

nota kaki cagu: tak suka tau buat kerja gini.. lainkali nak suruh kita buat kerja.. suruh kita la yang gi taklimat.. yang gi taklimat pun buat apa tah.. iskkk.. menjeruk rasa sungguh..

No comments: