Pages

Thursday, December 31, 2009

di sini bermula

2009 hampir berakhir. Hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum the last curtain call. Bagi Jijah 2009 agak bermakna kerana ini pertama kali Jijah dapat duduk sebumbung sebantal dengan MM 24/7. Sebelum itu, 3 tahun lebih kami hanya menjadi weekend husband & wife. Maksudnya hanya berjumpa di hujung minggu. Pernah juga cecah sebulan lebih dan memaksa Jijah membuat keputusan gila dengan memandu seorang diri ke tempat MM bekerja. Hampir terkejut beruk MM dibuat Jijah.

Selain daripada itu, anak buah Jijah & MM juga terus bertambah. Semakin besar family kami. Namun begitu kami masih berdua. Mungkin tuhan suruh kami terus honeymoon dan kami memang tak jemu untuk honeymoon selalu. Alhamdulillah meskipun tiada si kecil di samping kami, kami masih gembira dan bahagia. Kadang² adalah sedikit gelinciran lidah berlaku tapi itu fenomena biasa dalam rumahtangga. Percayalah jika kita benar² embrace kehidupan berumahtangga, perkara demikian akan membantu merapatkan perhubungan suami isteri :)

2009 juga menyaksikan Jijah telah terkena 'greed trap' bukan speed trap buat pertama kalinya. Selalunya Jijah kena speed trap sebab memandu agak laju sehingga MM pernah merayu supaya Jijah kawal gaya pemanduan. Sejak duduk berhampiran sekolah Jijah hanya memandu 80 km/j sahaja. Namun begitu, tahun ini Jijah telah menjadi seorang shopaholic yang terlampau. Itu sebab Jijah sudah kena 'greed trap'. Betapa mudahnya untuk membeli belah secara online telah menyebabkan Jijah indulged terlebih. Hence, Jijah telah berjanji dengan MM untuk tidak lagi shopping sebaliknya Jijah akan cuba doublekan simpanan yang sedia ada. Ini semua kerana kami teringin menyiapkan rumah kecil kami seselesa mungkin. Rumah itu dijangka bakal siap tahun hadapan. Modalnya pastilah besar. Bagaimana Jijah ingin double simpanan? Itu.. tunggu dan lihat.. :)

Sempena tahun yang baru ini juga..

  • Jijah berazam untuk menjadi hambaNYA yang lebih baik. Lebih beramal jariah daripada membuang duit entah ke mana.
  • Jijah juga mahu menjadi guru yang lebih bagus. Kalau dulu Jijah datang sekolah awal hanya kerana berebut parking tapi sekarang Jijah berazam demi seorang Jijah yang sentiasa awal. Lagipun.. parking kereta memang tak de.
  • Jijah juga berazam untuk memberikan buatkerja yang sangat baik sebelum Jijah mohon untuk berpindah balik semula ke kampung halaman tahun hadapan. Betul, Jijah akan berpindah ke Klang. Mohon sahaja, dapat belum tentu.
  • Jijah juga berazam untuk menjadi seorang isteri yang baik, dengan mengurangkan waktu berinternet sebaliknya mengemop lantai rumah at least 2 hari sekali (instead of once a week) dan memasak sekiranya masakan kantin adalah tidak sedap untuk ditapau.
  • Jijah juga ingin menjadi anak dan kakak yang baik pada keluarga Jijah dan keluarga MM. Tak mau gaduh2 lagik :)
  • Jijah juga ingin terus cantik dan anggun.. seterusnya menukar gelaran Jijah Montel kepada Jijah Menawan.. errkkkk.. yeee.. Jijah berazam untuk lebih konsisten dalam usaha untuk menguruskan badan (pagi tadi bedal nasi lemak singgit 2 bungkus). Lunch only Usana. Dinner.. tak tau lagik.. haruslah Usana sahaja bersama sedikit oat.

Itulah dia.. Secara keseluruhan, Jijah harap 2010 akan bermula dengan baik (dengan menonton avatar 3D) dan berterusan makmur sepanjang tahun. Jijah harap MM dan Jijah terus sihat dan semoga lebih murah rezeki. Jijah juga mendoakan ahli keluarga dan kawan² semua kebaikan yang sama. Semoga Tuhan memberkati 2010 untuk semua.



17 comments:

~*irjune*~ said...

ye cikgu jijah aku akan sentiasa mengikuti perkembangan cikgu jijah untuk menjadi jijah menawan...hehhehe...(aku pun nak jadi menawan gak la)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

good luck..
sy pun berusana jugak... heheh..
tp kontrol mkn adalah wajib utk saya...

jijah montel said...

waaaaaa spammmm!!! sakit ati.. hari tu smpi terpaksa delete satu entry sbb tak abis² spam.. delete.. spam.. delete.. spam.. issssskkkk!! kena buat comment moderation jugak ni..

jijah montel said...

june.. actually ini cubaan ke berapa ratus kali ntah untuk menjadi jijah menawan.. usaha je lah.. kan?

cik lailasani.. thank u for dropping by.. thanx.. anyway i agree.. pabila umur semakin meningkat.. selera makan juga harus dikawal.. huhhuuuuu..

Ashikin said...

ok la nk bg u bersemangat menawa nsket, so i panggil jijah menawan yer.. teroskn usaha gigih utk jd jijah menawan tau!! i plak dlm usaha menjd mummy anggun :D ahahaha. ya kat ofis kita dok bahasakan diri mummy anggun. ntah bila nk jd mummy dan jd anggun. :P

lynda_siebie said...

hepi new year cik jijah....hopefully both of us will be a better person than before...today aqish register thn satu...dah tue rupenyer aku...huhuhu

jijah montel said...

lynda sensei... along sudah masuk darjah satu? waaaaa... cepatnya masa berlalu...

jijah montel said...
This comment has been removed by the author.
Us said...

Jijah, ko nya azam no.4 tu ada sama dgn akula...(mop lantai)...harap2 kita dapatla buat sepertiyg diazamkan ye...hehehehe

Jijah, aku nak kasik cadangan skit pasal nak jadik jijah menawan tu kan...try gugel 'Low Glycemix (LG)Diet'...

Selamat tahun baru jijah...moga azam2 kita dapat dicapai...aminn

jijah montel said...

eoryyy.. i know about the low GI thing.. tapi biasa la kan.. aku reti beli jek.. dulu duk teluk intan ada la bakery ni jual roti yg low GI.. rajin la beli.. duk dungun ni.. tade dah la.. lapor jek.. oat.. lapor jek oat..

Us said...

Ni cadangan aku, jgn terus mkn oat je..nanti boring dan x rasa meriah. Buat permulaan campurkan yg low GI food dlm meal sikit2, nak campur low dgn high pon ok..agar kita dapay biasakan diri dgn meal tu...check balik food list dia

Slowly upgrade...lama2 kita dah biasa..so, xdelah terasa nak stop kan..

Yang penting kita makan sedap dan berkhasiat dan x bazir byk duit...boleh jugak if nak maintain extra 'helper'yg kau ambik tu,...maybe the result lagi nampak cepat...

jijah montel said...

hmmm.. betul laa.. aku kadang2 pun bisan dengan oat.. dan semestinya aku mesti rajin untuk buat itu kan? aku akan cuba.. nak seribu daya.. tanak seribu dalih!! go jijah go!!

Ummu Jannah said...

maklong, rajin2 la puasa sunat 2010 ni.. boleh kurus punye.. buat isnin khamis.. tak terasa pun kite bepuasa sbb esoknye dh tak puasa.. pastu puasa lg.. ha at the same time, leh puasa soping gk.. boleh cube... jom jommm!

jijah montel said...

ummiiiiiii!!! ko kejut akak bangun sahur buleh ka? start khamis ni.. akak bab bangun pagi awal gilosss ni laaa susah amat..

Ummu Jannah said...

ahaha.. buleh aje.. jannah la yg salu jd alarm pepagi.. kul 5.00 salu die bgun nak susu.. buleh je.. start nex week ler.. kang ummi miscl k.. insyaAllah :)

jijah montel said...

ummmiii!! mak long tunggu neh :)