Pages

Thursday, December 3, 2009

rimas

Perkara Satu

Pernah tak dapat panggilan yang promote2 hoilday card, vacation card, points card, membership dan sebagainya? Pernah kan.. rimas lah!!! Sangat rimas tau kalau nombor yang tak dikenali appear on hp screen tuh. Jijah bukan nak sangat kondem diorang ni. Jijah amat memahami yang mereka pun sedang mencuba mencari rezeki halal. Jijah pun pernah berada di tempat mereka ni. Daripada buat benda merapu better kerja gini. Merasa jugaklah suasana 9 to 5 (sambil humming ninnneee too fivee)..

Masalahnya verrryyy annoying tau.. bila disuruh kita jadi member itu ini. Mula2 katanya percuma dapat itu ini. Bila kita kata, OK jek.. dia pun kata kena bayar 300++ (vary on type of membership). Pulak.. kata percuma.. hisshhhh.. Kadang2 bila dapat bila bunyi berdering sampai rasa benci kat hp tu pun ada. Mana diorang dapat nama dan nombor telefon kita ni ye.. hmmm… Rasanya Jijah tau dari mana.. dulu2 kan Jijah pernah kerja bank kan.. buat marketing.. Pernah la bos Jijah bagi satu contact list prospect client. Bos kata dia beli dengan orang. Amboiiiii.. senang2 jek kan jual2 maklumat/butiran peribadi kita kat orang lain. Rasa2 boleh saman tak orang tu kalau kita dapat tau siapa yang punya angkaraaa?

Perkara Dua

Jijah ada akaun Skype and YM. Jijah takde masalah dengan YM tapi Skype. Jijah ni online Skype pun macam ala2 segan gitewww… selalu set status: away or invisible.. sebab tak suka nak accept request orang2 yang tak dikenali. Jijah puas dah merasa asam garam dunia ber"chatting" ni. Mula zaman IRC, ALAMAK sampai le sekarang ni YM, Skype.. udah masaaaaakkk sangat dengan sesetengah sikap manusia yang penipu dan sebagainya.. tapi.. ehhhh.. tapi pulak kan? Ngeggegehh.. ada loop hole jugak.. Jijah tengok jugak hamba2 Allah yang request tuh kot munasabah ajek Jijah accept lerr.. tak kira bangsa jugak.. among favourite Jijah yang pandai cakap omputih... Idakle nak berlagak tapi Jijah ingat boleh la Jijah dapat peluang untuk perbaiki mutu berkomunikasik bahasa Inggeris Jijah. Sumpah takdak niat laaaaiinnnn.. English wannabe la kununnnnn.. ni pinjam istilah mak ji esah.. wakakak..

Panjang benor mukadimah. Alkisahnya ada la satu orang kawan Skype Jijah ni. Lama dah Jijah bersembang dengan dia ni. Selalu sembang pasal girlfriend dia, pasal kerja. Jijah pun sembang la pasal sekolah, pasal Jijah. Lately ni.. dia jadik ala2 pelik pulak.. dia duk nganto email bukan2 kat JIjah.. mulanya Jijah ingat dia melawak jek.. makin lama makin banyak.. alaaaaa… lama2 Jijah pun jadik rimasssss.. ssssooooo.. zasssssssssss.. Jijah pun block dan spamkan email add dia.. mesti dia kecik ati dengan Jijah kan? Kecik ke? Hmm.. Lantak la situ.. Jijah nak larikkkkk jauh2 dari dia.. readddyyy…1 2 3.. larikkkkkkk!!!


7 comments:

chucky said...

perkara 1
pernah cekgu
hmpir teerangkap
tp,skill dia ialah
ckp awal2 kite x berminat
skill kedua,
matikan kad kedit sbb dr ctu ekceli derang dapat nombo(rasenye laa)

perkara 2

pervert...
kawan bahaya tul

jijah montel said...

chucky.. akak selalu kelentong diorang yang akak dah cancel card.. so diorang pun let go akak sambil kata nanti kami semak semula.. tapi selang sebulan.. dia call lagik.. maybe dia dah tau akak tak cancel lagik.. so akak pun ulang lagik the same reason.. so gitu la.. ulang2.. hehehee.. by the way.. memang pervert.. ada ke patut dia cakap kita ni adult.. takpe.. eeeeee..

zafwah said...

dorg jual ek details kite kt 3rd party..blh ke mcmtu..aku rs ko leh saman le kurut..saman yg juta2 tau..nnt hulur2 kt aku sket..muahahaha..

Anonymous said...

cikgu liza,
saya berpengalaman dalam perkara 1
dia tak putus asa tau. dalam 1 tahun banyak kali dia cuba. tahun ni tak berjaya pujuk aku, tahun depan call lagi..hehehhe. tapi orang berbeza-beza lah. ada sekali tu, budak laki yang baru start keje kot, tergagap nak cakap bila aku tinggi suara sket hehehhe.

"Boleh saya tahu kenapa cik tak berminat?"..

lerrrrrrrrrrrrrr dah kita tak nak, taknak lah :P

jijah montel said...

farah.. kalau aku tau dah lama aku buat kenduri besor.. wahahhauau..

along.. kan? dah kita tak berminat.. sudahla.. dia ingat kita suka nak bergayut2 lama2 kat tepon tu dgn dia.. rimas kan?

cik-zura said...

wakakakakak.. salunya aku layan je bg dia ckp byk2.. aku dengo jer.. dh naik letih bdk tu berckp.. aku ckp tak minat.. end of story.. bdk tu ckp byk lg.. aku letak hp kt tepi.. ko ckp la sorg2.. dia call lg.. aku angkat tp letak hp kt tepi.. cam gitu la seterusnya sampai dia givap tak call2 dah..

jijah montel said...

to that extend mai? bagus jugak kan..
aku pun nak buat gitu lah kalau diorang call lagik.. hehehehe..