Kehadapan Abg Din yang jauh di mata namun nak kata dekat di hati pun idak le seberapa dekat sebab kita sendiri pun tak pernah bersua muka lagi. Meskipun begitu, Jijah sentiasa berharap Abg Din berada dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa sejahtera di samping keluarga tercinta dan tenang ketika memandu lori.
Dear Abg Din,
Tujuan Jijah menulis surat ini adalah untuk memperjelaskan tentang level kefahaman Jijah terhadap satu persoalan yang Abg Din utarakan dalam blog Abg Din. Sebelum hal ini melarut sampai Jijah termimpi2 pulak akan gerangan Abg Din hatta membawa pula ke igauan lalu timbul syakwasangka oleh suami kesayangan Jijah. Maka haruslah Jijah memperjelaskan hal ini.
Persoalan itu yang mana Jijah telah mungkin.. tersalah jawab di mata hati Abg Din. Tindakan Jijah meng"convert" nilai matawang itu telah membuatkan Abg Din tidak henti2 bertanya pada Jijah dan telah mengatakan bahawa Jijah tidak faham akan maksud Abg Din.
Untuk pengetahuan Abg Din yang dihormati, Jijah faham apakah yang cuba Abg Din sampaikan. Mungkin cara Jijah menjawab semula pada Abg Din adalah kurang menepati kehendak selera Abg Din kerana pada Jijah hal ini merupakan sebuah perkara yang umum. Semua orang pun tahu negara yang dinyatakan oleh Abg Din merupakan sebuah negara maju. Oleh itu, adalah tidak adil dibandingkan dengan negara kita yang masih dalam usaha untuk membangun. Negara2 yang Abg Din nyatakan merupakan negara2 pengeluar yang mempunyai kuasa mengawal harga barangan. Kita masih bertatih nak keluarkan kereta tapi dema dah jemu dah buat kereta.
Jijah idaklah menidakkan 100% apa yang Abg Din cuba nyatakan. Ada sesetengah negara, orang yang homeless atau merempat pun dapat elaun bulanan. Banyak pula agensi yang menyediakan makanan percuma mahupun tempat perlindungan percuma sementara untuk golongan yang hidup susah. Pendek kata, kalau ada kerja, confirm hidup senang. Kerja kerani jek tapi boleh beli rumah sendiri dan setakat nak beli kereta second-hand tuh boleh beli cash ajer. Kalaulah tak silap Jijah la kan Abg Din kan.. retirement plan dia orang pun menarik. Siap ada tabungan khas untuk melancong bila dah tua2 nanti.
Amatlah berbeza di negara kita. Kita terpaksa bersusah payah untuk hidup senang berbanding mereka. Jijah cuma boleh fikir antara sebab kita jadi begitu adalah kerana inflasi yang agak tinggi. Jijah pun tak pastilah inflasi negara kita ni tinggi mana. Jijah pun tak pandai bab2 ekonomi ni. Namun demikian, Jijah pasti apabila inflasi berlaku, harga barangan atau keperluan akan meningkat tanpa berlaku kenaikan gaji. Ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan telah menyebabkan berlakunya inflasi. Gaji ciput aje.. tapi harga barang 3/4 kali naik setahun. Apatah lagi musim perayaan. Semua barang pun mahal.
Begitulah adanya setakat mana Jijah faham akan pernyataan dan persoalan Abg Din itu. Kot la Jijah salah faham lagi Jijah betul2 surrender lah kali ni. Kot ada lah fakta2 yang salah minta di"repair" lah.. Jijah pun googled aje fakta2 tuh. Buat pengetahuan Abg Din, Jijah dulu cuma major course biologi pemuliharaan alam sekitar jadi memang sangat lah tidak mahir bab2 ekonomi nih. Kalau ekonomi rumahtangga boleh la sikit2.
Walaupun begitu Abg Din.. meskipun kita hidup susah di negara kita.. Jijah pegang satu je.. hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. biarlah di negara sendiri. Tapi kan, Jijah tak pasti la pulak kot la Jijah gi luar negara nanti, mata berpinar tengok emas negara orang dah tanak la pulak balik negara sendiri.. hehhehehehe.. siap angkut mak abah pulak gi duduk sana jual murtabak segera.. manalah tahu.. hehehehe... rasa2 laku tak Abg Din? hehehhehe..
11 comments:
hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, mmg lah elok dinegeri sendiri kan.
walaupun gitu, janganlah disebabkan hujan batu dinegeri sendiri, habis direjam rakyat jelata.
itu kejam namanya.
wawa.. hehehhehe.. hari2 hujan batu.. masak jugak ye.. hehehhehe..
pandai pun, sayang cik jijah kita ne...baik org nya... kirimsalam balik kat hubby... untung dpt isteri baik camne.... mintak dia belanja makan besar mlm ne.. ikan siakap tiga rasa ke... jgn marah ye abgdin suka usik2 org ne...
Mak aihhh.. surat yg sangat memprovok otak aku yg sedia terprovok... Haishhh!
abg din.. jijah nak jawab gini ari tu.. tapi jijah tak gemor la nak komen panjang2 kat dlm space yg kecik dlm ruang komen tu kan.. sbb jijah tulis entri spesel kat abg din.. hehhehe...
kikuri ku sayang.. i miss u tau!! how on earth have i ever provoke u.. ke hang dpt offer gi overseas ni..
salam..jijah Panjang lebar betul Surat Kat Din, ingat surat perr tadi...
Tapi best jugak hidup ni kalau tiap-tiap bulan elaun tak kerja pulak tu..Kalau macam tuu Getah skrap tak hilang lagi laa kat kampung...hehehee
my 5 cents:-
kat sini tax on barang2 tinggi sbb tu imported items mahal...
kat sana income tax mahal, although gaji 1500p/m byk pegi ke derang nye inland revenue, kita bole salurkan ke zakat
so +-x/ same jeee...
aikk.. bile tukar jd jijah nie... ooo.. jah
apis... if we put aside our political views.. aku setuju banget sama kamu.. tapi sana barang murah sbb bnyk produk local.. so belilah barangan tempatan.. :)
adik ku dila.. rindu lah!!! saja tukar.. akak kan mcm chameleon suka tukar2 warna.. tapi tubuh badan serupa ni la.. tebal dan gebu..
hang nadim.. ha ahkan? confirm aman damai bahagia ajek.. dapat elaun pastuh boleh lagi kutip getah.. tapi bertahun2 lagik la kot baru nak rasa.. bila kita dah betul2 maju..
terliur tengok nasi kerabu Cik Jijah ...
Post a Comment