Baru cuci mata dengan gambar² wedding angkasawan negara. Cerita dah nak basi pun.. akak baru je ada masa nak gi belek gambar² sekitar wedding of the year tu. Actually akak confuse sebab ramai yang ngate macam² pasal wedding tu. Nope.. akak tak tengok yang live kat tv3 hari tu. Ada tuisyen. Anyway.. akak rasa tak ada cacat celanya lah majlis tuh except for its cake. Sorry to say that was the ugliest wedding cake ever tapi maybe rasanya jauh lebih sedap dari rupanya. Hodoh macam mana pun, ke lu**** jam*** juga perginya. Apart from that, I think overall it was perfect. Just like any other wedding. Ada yang complaint that Missy Doc tak sepadan dengan Mr Astronaut. Adeh.. ni soal hati.. doakan yang baik².. sudahlah.. haihhh.. tapikan.. akak suka baju nikah bini Mr Tokei Bas.. simple and yet so pretty. Tahun depan nak buat baju raya cenggitu.. pengsan MM tengok bini dia.. hahahah..
tahniah!!!
Back to my entry.. hajat hati nak cerita benda lain jadi melalut pula tapi rasanya belum lari konsep lagi. Sebenarnya akak nak ngomel pasal rumahtangga, suami isteri dan dot dot...
Apa kes ek with ex lover, ex beau, ex bf ni eh? I mean.. tadi terdengar kisah seorang kawan yang bergaduh besar suami isteri hanya semata² si isteri dapat tahu pasal si suami punya affair. For God sake, it was an old fling long before they got married. After almost 8 years of marriage benda ni timbul and jadi issue pula. Anak dah dua dah yang.. kenapalah ko meroyan tak pasal ni.. Nak kata sang suami gi contact semula orang ketiga tu, confirm memang tak ada.
Seriously, I dont get it why it became such an issue. Ok.. jealousy sikit² akak rasa acceptable jugakla tapi takkan sampai nak berperang, bergaduh laki bini. Cemburu tandanya sayang tapi kalau dah over cemburu sangat adalah sangat berbahaya untuk kesihatan.
Ok.. so sang suami mungkin sedikit 'buaya' masa zaman bujang dulu. Bujang. Zaman enjoy. So he befriended and dated a lot of girls before si isteri. Nama pun lelaki. Doesnt it occur in her mind, bahawa dia adalah insan terpilih untuk menghiasi hidup suaminya? She beat the rest of the girls yang gi mari, gi mari dalam hidup suaminya. Tidak cukup bertuah lagi ke? Kalau orang ketiga yang dimaksudkan tahu pasal ni, bikin malu aje tau. Dia pun dah bahagia dengan suami dan anak²nya.. sudah sudah lah ye...
In my case, terbalik sikit kisahnya. Raya baru ni, ex uni mate yang pernah jadi pojaan hati akak texted bagitau nak datang beraya ke rumah. Takkan lah kita nak kata tak boleh, suami aku tak bagi ko datang.. gila? He is now happily married as well with a wife(1 baru) and 2 boys. Akak serba salah juga because Jijah and MM memang tak ada rahsia. So MM is fully aware and knows who he used to be in my life dolu but hey.. past is past.. let bygones be bygones.. MM was a bit uncomfortable at first but I think being a grown up and a mature man, he pulls it all together, put aside all the stupid feelings and.. elok aje bersembang, berborak semua.. and that was it. Lepas dia balik, MM and Jijah continue with our normal life. I am so proud of MM and I learnt the best from him. Insyallah kalau MM ajak jumpa his exs Im willing to go. As far as I know, semua pun dah berkeluarga dan ada life masing². Why cant we stop making enemy, stay friends and go on with our life?
Janganlah biarkan benda remeh temeh zaman tok kaduk kita dulu menghantui kehidupan kita sekarang. Tuhan dan susun cantik dah that everything happens for a reason. Jangan comotkan benda yang dah cantik, kalau TERcomot, cuba kesat dan bersihkan elok².
Tapi kan kalau sang suami punya 'buaya' masih dok ada dan tiba² timbul lepas bertahun² dok diammmm.. maklumlah zaman teknologi kan.. benda dari tak ada, jadi ada.. memang cari nahas la kan? Mentang² bini tunduk pada dia, tak pandai nak berFB pulak tuh.. dia amek kesempatan pulak ye.. memang confirm lah perang dunia ke 18... yang itu.. no komen lah kan.. pandai² lah settle.. jangan maraaa aaaa.. nanti kena jual..