Pages

Wednesday, December 28, 2011

mengidam...


tetiba mengidam...
tak cantik mana beg ni...
tapi... entah...
susah la nak explain...
bila hati dah suka...
dah tiga pat malam..
termimpi2.. 
rege kat retail...
1.5k...
gulp!!!!!
simpan angan2...
kalau ikut Law of Attraction...
insyaallah...
satu hari nanti... boleh jadi hakmilik mutlak :)

*picca credit to PV

Monday, December 26, 2011

M.A.C lip gloss for sale.. and its brand new!!!!

hajat di hati.. hanya nak beli studio fix seketoi...
sebab selasa dah kena mula ghoje..
harus lah prepare bagai..
*motivated sangattttt... 

sampai kat kedai... bukan seketoi aje..
berketoi-ketoi akak borong..
impulsive buy omputihs kata..
over indulgence gitewwww...
*agak2 esok kalau beli susu anak mau tak over indulgence gini? hmmm.. i wonder.. 

by the way.. back to the topic..
im letting it go.. 
selepas kena tazkirah dgn tuan MM..
tak sempat acu try test posing bagai lagi..
so its 100% brand new.. 
*baru 2 malam umur depa ni..

so.. presenting... mac tiga beradik..
*empat sebenarnya.. akak amek satu.. hiksss




kakak sulong.. bernama CREMESHEEN GLASS PETITE INDULGENCE

ni tadop glitter glitter... creamy and smooth..  
bibior tu nanti nampak gebusss and munggil ajek... 
gerammmmssss... hehehe

kak ngah.. namanya.. DAZZLEGLASS RAGS TO RICHES..

ya ampun.. lenguh carik gambor bibior.. jumpa yang ini je yang paling cantik...  
lawa kan though dia kulit gelap.. manis je :)


che su.. si bongsu.. nama dia.. DAZZLEGLASS LIKE VENUS

cantik tak? ala2 nude gitewww.. natural ajek khennnn... 


jenis dazzleglass ni memang glittering.. 
sesuai kalau nak buat gi dinner ke.. 
dating or jumpa bakal mak mertua even!!!  hiksss...

okehhh.. retail kalu.. RM80..
but im going to let it go at RM67 only...
COD pon bolehhhhhh... 
klang valley only lah ye...
interested? 
PM me in my FB at Jijah Montel.. 


* piccas are from google.. tenkiu pakcik google :)

Friday, December 16, 2011

latest crush!!!

naughty naughty me!!!

orang lain semua tengah kemaruk aaron aziz la, adi putra la..
akak tengah tangkap leleh dengan hero ni..




































cliche.. i know!!!!!
i myself have no idea why i am so smitten with these korean actor and actress..
diorang ni pakai susuk gamaknya... kekekekeke!

tapi jangan risau.. pak itam si tinggi lampai a.k.a. mr husband tetap di hati :)

Monday, October 24, 2011

Im sorry, I love you

Dunia semakin hari semakin kejam..
betul tak..

suatu masa dahulu..ada sepasang kembar yang dilahirkan out of wedlock..*anak luar nikah.. demi menjaga nama baik keluarga anak kembar ini telah dihantar ke rumah anak yatim... malah si ibu yang kembali sedar dimaklumkan pula si anak telah mati tanpa mengetahui ia sepasang kembar...kembar tidak seiras ini kemudian dipisahkan pula.. seorang dihantar ke Australia.. manakala seorang lagi dibela di tanahair.. 

Michael.. telah dijadikan anak angkat kepada sepasang suami isteri rakyat tempatan Australia.. namun begitu.. apabila umurnya mencecah 10 tahun.. beliau telah dihalau dari rumah..  lalu hidup bergelandangan bersama kekasihnya Lily.. satu hari beliau bertemu dengan seorang pelancong, Anna.. dan telah menyelamatkan Anna dari perompak jalanan... pertemuan yang sekejap itu telah memberi kesan terhadap beliau... namun Anna segera pulang ke tanahairnya kerana visanya telah tamat... Michael pula telah menerima berita bahawa Lily bakal berkahwin dengan seorang mafia.. pada hari perkahwinan Lily.. Michael telah ditembak 2 kali dikepala kerana mahu menyelamatkan Lily.. Beliau berjaya diselamatkan namun begitu hanya sebutir peluru sahaj yang berjaya dikeluarkan.. sebutir  lagi telah terbenam di ruang yang tidak dapat dibedah kerana dikhuatiri akan membunuh beliau serte merta... lebih malang lagi apabila beliau dimaklumkan jangka hayatnya tinggal beberapa bulan sahaja lagi kerana peluru itu ibarat bom jangka... Lily yang berasa bersalah telah menghadiahkan beliau sejumlah wang yang besar untuk menyara hidup.. malahan Lily mendorong beliau pulang ke tanahair untuk mencari ahli keluarga asalnya... 

Setiba di tanahair.. Michael telah menyertai sebuah rancangan Jejak Kasih demi mencari keluarganya yang hilang... terutama.. ibunya... dengan harapan agar dapat membina hidup baru sambil menghabiskan sisa hidupnya dengan gembira bersama ibunya... melalui rancangan itu.. beliau bertemu kembali dengan kakak kembarnya, Daisy tetapi Daisy adalah seorang yang terencat akal dan mempunyai seorang anak, Bob... betapa luluhnya hati beliau melihat kedaifan kakak dan anak saudaranya... dia berikrar untuk menjaga Daisy dan Bob sebaik mungkin...

rentetan pertemuan kakaknya itu.. Michael akhirnya berjaya mencari ibunya... hancur berkecai hatinya.. kerana ibu yang disangka hidup susah rupanya adalah seorang aktres terkenal, Audrey dan mempunyai seorang anak lelaki, Jason. Jason pula adalah seorang penyanyi yang terkenal... Michael sangat bengang dan marah... beliau meluahkannya dengan cuba membalas dendam terhadap Audrey dan Jason dengan menjadi pengurus Jason. 

Dalam kemelut itu.. beliau bertemu kembali dengan Anna.. rupa2nya Anna merupakan sahabat baik Jason.. dek kelembutan dan kebaikan Anna itu, hati Michael tertawan... namun, Anna sebenarnya telah menyimpan hati terhadap Jason sedari kecil.. tetapi setelah bertemu Michael hatinya berubah.. semasa dengan Jason yang ada hanya kesunyian dan kesedihan kerana Anna terpaksa menahan perasaan sementelah Jason hanya menganggap Anna sebagai kawan baik sahaja.. dengan Michael, Anna berasa selalu berasa gembira dan tenang.. Pertama kali tuah memihak kepada Michael.. beliau tidak bertepuk sebelah tangan..  pertama kali juga beliau berasa gembira dan tidak kesunyian.. 

Buat seketika.. hidup Michael kembali bahagia.. Anna telah menceriakan hidupnya.. Anna mendampingi beliau dan Daisy.. Anna membawa kembali cahaya dalam hidupnya dengan menjaga Daisy dan Bob dengan penuh kasih sayang.. Michael berdoa.. "tuhan.. seandainya kau benarkan gadis ini hadir selama2nya di sisiku.. akan aku buang semua amarah dan benci dalam hatiku"..

Sebagai pengurus Jason pula.. Michael berpeluang menghampiri ibunya, Audrey.. Beliau berpura2 mesra terhadap Jason, sehingga dianggap abang oleh Jason.. namun setiap kali beliau melihat kemesraan Jason dan ibunya.. Michael patah hati.. Kenapa ibunya sanggup membuang Daisy dan dirinya sedangkan Audrey mampu untuk membesarkan mereka.. Setiap kali beliau sedih setiap kali jua kepalanya menjadi sakit.. .. Michael sedar.. beliau sudah kesuntukan masa.. dalam masa yang sama juga beliau cuba melepaskan rindu yang terpendam terhadap ibunya.. 

Satu demi satu rancangan Michael untuk membalas dendam berjalan dengan lancar.. sehingga lah satu hari Jason telah terlibat dengan kemalangan dek perancangan Michael.. Jason cedera parah dan jantung beliau telah mengalami kerosakan dan satu2nya rawatan adalah melalui transplan jantung.. ketika inilah Michael bertemu Anna dan memberitahu bahawa beliau sanggup memberikan jantungnya kepada Jason tetapi Anna mestilah sanggup untuk bersamanya sehingga dia mati... Hal ini telah mendatangkan kemarahan pada Anna kerana beliau sanggup bersama Michael tanpa sebarang syarat.. bagi Anna, seolah2 Michael mengejeknya dan Jason.. pada Anna, Michael telah bersikap kejam.... sedangkan Michael memang akan mati dan Anna tidak tahu menahu tentang hal itu.. 

dalam diam2.. rupanya Jason yang kecewa dengan teman wanita beliau, akhirnya sedar bahawa Anna adalah gadis idamannya.. dalam keadaan yang sedang sakit.. Jason pula merayu agar Anna tidak pergi darinya.. kerana beliau tidak mampu hidup tanpa Anna.. Anna yang sangat kasihan melihat kawan baiknya dan masih marah terhadap Michael telah memilih untuk berada di sisi Jason.. 

Audrey pula setelah mendapat tahu bahawa Michael hanya tinggal beberapa bulan sahaja telah cuba untuk meminta "jantung" daripada Michael demi Jason... Michael bertambah kecewa.. adakahnya nyawa tiada harga sehingga Audrey sanggup meminta pertolongan beliau untuk menyelamatkan Jason.. 

Anna akhirnya mendapat tahu bahawa Michael akan mati dan cuba kembali ke sisi Michael.. bapa Anna,  Richard yang merupakan chauffeur kepada Audrey dan Jason juga telah melarang Anna bertemu Michael.. ini kerana Richard sudah tahu Michael adalah anak Audrey dan Richard juga lah yang telah membuang Michael dan Daisy ketika bayi atas arahan ibu Audrey.. Richard juga tahu bahawa Michael akan menemui ajal maka beliau melarang Anna untuk bersama Michael.. walaupun begitu, Anna memberontak dan terus kembali kepada Michael.. Namun Richard tidak dapat menahan rasa simpatinya terhadap Michael.. 

Akhirnya Michael telah berterus terang kepada Jason siapa beliau sebenarnya.. dan segala perancangan beliau.. Jason tertawa kerana beliau sebenarnya hanyalah anak angkat kepada Audrey.. Hal ini telah mengejutkan Michael dan Michael semakin benci kepada Audrey kerana membuang beliau dan Daisy sehingga sanggup membela anak angkat.. 

Richard yang tahu kisah sebenar tidak sanggup melihat penderitaan Michael akhirnya berterus terang... Michael bertambah kecewa apabila mendapat tahu ibunya tidak bersalah.. Anna pula tersentak dan menjadi sangat simpati terhadap Michael sehingga tidak mahu melepaskannya lalu meninggalkan Jason.. tetapi Michael tidak mahu menjadi beban kepada Anna dan kembali ke sisi Lily apabila Lily kembali mencari beliau.. beliau pergi dengan rasa bersalah kepada ibunya.. termasuk Anna... beliau hanya mampu mengucapkan kata2 terakhir" I am sorry, I love you" kepada Anna.. lalu pulang ke Australia dan mati di sana... sebelum beliau mati beliau telah mendermakan jantungnya kepada Jason... 

Jason kini kembali sihat dan Audrey yang sudah tahu segalanya telah mengambil Daisy dan Bob sebagai keluarganya.. namun Anna masih sangat sedih dan rindu kepada Michael.. beliau telah menuruti Michael ke land down under itu.."Michael hidup kesunyian seumur hidupnya dan aku tidak akan membiarkan engkau  keseorangan lagi".. kata2 terakhir Anna.. yang akhirnya membunuh diri di kubur Michael.. 

nota kaki : perrrghhhhh.. tetiba update blog.. bercerita panjang lebar pulak tu.. kisah ini diadaptasi dari sebuah drama korea... bertajuk "I am sorry, I love you"... maklumlah akak kan hantu drama korea.. drama terbitan 2001 tak silap.. akak tengok cerita ni.. menangis sampai bengkak mata.. tak tido satu setengah hari.. sebab menghabiskan all 16 episodes.. nasib baik tak demam sebab sakit2 belakang bagai.. rumah macam rumah hantu dah.. bangun hanya untuk membersihkan diri, makan dan solat... * ni penangan bosan tahap cipan di bumi Dungun.. sekarang ni tengah layan cerita Scent of A Woman pulak.. cerita sedih+kelakar.. 

owh ye.. ampun maap le kalau ada salah bahasa... akak bukan orang bahasa.. I suck in languages.. either malay or english.. and.. akak ni orang maths.. tehee


Wednesday, October 12, 2011

a price to pay...

rezeki tuhan sejak akhir2 ni...
melimpah ruah...
literally...


among all those rezeki...
MM got promoted...
another milestone in his career...
as a wife.. I was jumping in joy..
congratulation dear husband!


namun begitu...
great power comes with great responsibilities..
and great sacrifices too... I guess...
MM is now busier than he used to be..
not so much of him coming home to our love nest..
but lotsa me travel to dungun instead.. 
enough said..
things change...


change is good, no?
depends on our acceptance.. 
as for me.. I embrace it...
if this is the price that I have to pay..
for a better living..
then... be it.. 
aint easy...
but it works.. for us both..


sometimes.. 
the greatest journey..
is the distance between two people...
true indeed... 
trust and believe...
that everything going to be all right.. 


chaiyok!!!!


p/s: since MM selalu tadek... maka makin kerap la mak layan citer korea.. layan balik cerita2 lama.. as such.. sam soon and coffee prince.. I think I have a huge crush for coffee prince's hero.. GONG YOO.. owhhh.. such a naughty girl I am,  am I not? 

Sunday, August 7, 2011

once in a blue moon

Sejenak di Dungun... sambil menonton downloaded series of Nora Elena.. 
(Im probably the last person on earth yang baru tengok cerita ni)

Jijah : Cantik kan si nora elena ni..
MM : Ha ahhh..
Jijah : Kalau ayg cantik mcm nora ni mesti abg suka.. kurus langsing..
MM : Mcm ni pun suka... nora liza... debab sikit jek.. 

hehehehe... 
MM.. we are at the 6th year of our marriage... 
U never fail to make me laugh.. 
Though u always drive me crazy...
lambat angkat call.. lambat return call.. 
lambat smpi rumah.. lambat hantar duit.... heheheh.. 

One thing for sure.. 
u never stop making me be crazily in love with u.. 
semoga tuhan berkati hubungan kita..
happy 6th anniversary sayang..
(sebenarnya dah lepas.. twas on 30th July)

*tetiba update blog kan... laju rupanya streamyx kat ceruk padang pulut ni.. hmmm.. malam ni nak balik klang dah.. masa dah "time".. how time flies..  huhuhu

Thursday, June 30, 2011

pecah rekod

ooooo mak aihhhh.... May 9th!!!! 
the last entry akak posted... perghhhhh... 
pecah rekod peribadi dah ni... 
sebulan lebih blog ni terbiar ajek...
serius.. memang tak sempat...
satu sebab memang tak convenient nak online..
line tepon tak masuk2 lagi...
bayang tiang tepon pun tadek...


kat sekolah... lagila tak sempat...
kelas berjujuk nak kena attend... 


namun begitu... terima kasih kepada yang sudi menjenguk...
minta maaf sebab lambat respond... 


selain sebab2 kesibukan bekerja dan tiada kemudahan internet..
laptop akak yg seketul tuh pun dah nak kaput...
tu yang akak lagi malas nak online...
tgh sedap2 layan... tiba2 skrin jadik ala2 matrix tu... 
tapi colourful la sikit... ada merah.. hijau.. ungu.. 
entah apa penyakit tak tau... 
nak beli baru... tapi tadek modal lagi nokssss...
akak ingat nak beli desktop ajek...
maleh la pakai laptop.. sebab kena berhangkut... letihhhh.. 
jenis akak ni...  memang tak tinggal laptop kat rumah... serammmm..
kalau desktop... terletak aje kan... 
tak berapa nak laku sangat.. orang gemar laptop lagi..
so possibility laptop dicopet itu lebih tinggi.. ngehgehgehhh... 
online via HP/mobile? facebook aje boleh lah..
tu pun naik pinar mata.. kebas ibu jari... 
kecik benar keypadnya.. 
IPAD?? hmmmm... teringin jugek..
tapi skrin kecik... 
akak kalau boleh nak skrin mcm TV..
luas.. besar... sedap mata memandang...
ada pulak keyboard sekeping.. senang nak menaip..
akak memang fail lah bab touch screen nih... 
dah tua2 ni tadek la nak fancy2 sangat...
nak mudahkan kerja aje... 
back to basics la konsepnya... hikhik.. 


ni.. akak update blog ni.. tak tau la lagi next bila..
malam ni online pun sebab ada kerja sekolah nak kena buat..
selalunya akak bongkang aje depan tv...
layan cerita korea... ngehhhhh.. 
penat korang... ngajo afternoon session ni..
panassssss... balik sekolah.... nak bergolek aje...


lagi satu... hari tu ada yang tanya.... 
pasal correll yang akak beli kat rantau panjang... 
sama je regenya kat langkawi pon.. 
yang akak beli tu set 4... untuk 4 orang punya lah...
dalam 400++ kot.. tak ingat dah wehhhh..
sekarang ni tak tau la regenya berapa... 


ok.. ni kerja pon dah siap..
blog pun dah update..
tapi mata pulak tak ngantuk...
overdose caffeine dah akak ni..
nak online lagik... apa daya..
dah lenguh pulak rasanya...
apa lagi.. cerita korea la jawabnya..
akak tgh mabuk WON BIN dgn HYUN BIN..
kenal?? tak kenal kalu... 
kome  gi lerr tanya kat pakcik google... 
tata!!!!







Monday, May 9, 2011

life is..

sucks??? tak baik ko..
ok.. life is not always perfect.. 
tapi bukan kah kita mesti selalu bersyukur?
no matter how sucks it can be?

tahukah kamu.... 
rumah baru saya telah saya plasterkan siling nya..
dari depan terus ke belakang..
yakni hampir keseluruhan rumah?
me sounded berlagak?
tak ada niat keji begitu nokssss..

ada sebab kenapa saya plaster semua siling saya..
ada kajian menyatakan (kajian lah sangat...)
rumah yang berplaster siling...
cicak kurang... 


that is my point..
sejak dua menjak menginjak ke alam 3rd series ini..
saya telah menjadi seorang yang amat fobiakan cicak... 
suami saya sering mentertawakan saya..
katanya.. cicak itu pun punya perasaan yang sama seperti saya..
tapi suami saya tidak sampai hati melihat saya susah hati.. 

hence.. the plastered ceiling... 
but instead of the ceiling.. those bastards and cowardice lizards..
they crawled on the floor... 
bikin jiwa saya lagi tertekan... 

hence.. suami saya telah membeli sejenis divice..
divice yang kununnya.. that emit a wave..
a wave that can keep bugs and lizards away... 

he bought just one.. 
maka saya pasang dalam bedroom..
tapi malam tadi.. 
saya terperasan seekor cicak di bawah katil saya.. 
bikin jiwa saya bertambah runsing... 


why.. why... 
macam² telah saya usahakan..
even though saya takut cicak..
tapi saya telah bejaya membunuh tiga ekor cicak so far...
sekarang saya hanya mampu berdoa..
agar tuhan berikan saya kekuatan dan mungkin kekebalan perasaan..
untuk tidak takut pada cicak..
doakan saya kawan².. huhuhuhu..





Wednesday, May 4, 2011

HARAP MAKLUM

saya bagi pihak TM dengan ini memohon ampun kerana masih tidak dapat online dan menghapdet blog seperti biasa. Tiang talipon yang dipohon masih belum dapat disediakan oleh pihak TM meskipun perpindahan talian telah dipohon sejak 5 bulan yang lalu. Maka dengan ini, blog ini akan terus digantung tak bertali sehingga ke tarikh yang belum dapat dipastikan. harap maklum.

*kita bakor je.. kita bakor je tm tu!!!!!



Friday, March 25, 2011

18SX

semalam pergi cuci keta kat satu sopping center neh..
ala... tesco..
akak memang suka gi cuci keta kat tempat sopping2 ni..
tak lalu nak duduk menung sampai berejam..
tunggu keta kan..
sambil menyelam minum air kiranya..
while cik kelisa mandi buih....
cik jijah cuci mata...
ekekekek...


kisahnya.. sebelum masuk cuci mata..
ada terasa hati sikit dengan budak cuci keta tu..
akak tanya.. kul berapa buleh siap..
dia jawab.. kul 8.30..
masa tu jam baru pukul 6.45..
akak pun cakap , "LAMA BETUL.. kalau cuci luar aje lama tak?"
tetiba adik tu berleter kat akak..
dia kata, "kereta banyak.. akak kira la sendiri berapa biji kereta tengah tunggu turn.. bla.. bla..bla.."


ek ehhh.. tak pepasal jijah kena marah pulak...
oklah.. ikut kau lah dek.. 
cuci je lah ikut lama mana ko nak dek oiii.. 
janji bersih cik kelisa haku...


masuk dalam tesco.. cuci mata sana cuci mata sini...
tetiba nampak kedai periuk belanga..
actually memang nak cari kuali baru..
so haruslah survey kan...
op koslah akak tanya memacam kat tokei kedai tu...
bagus tokei kedai tu.. a lady..
memacam dia explain pasal kuali tu kuali ni..
malangnya.. kuali yang akak nak tak ada..
akak carik kuali saiz sederhana...
so.. akak cakap lain kalilah tokei..
tetiba.. tokei tu mendengus and buat muka..
jijah pon cakap la..
, "ehhhh.. jangan lah marah saya tak jadi beli..."
dia pun sengih mcm kerang busuk...


apsal diorang ni semua macam ni?
bad mood semacam ajek..
apa kes???
mesti malam tadi tak dapat ni...
LOL!!!!

Thursday, March 24, 2011

orang ketiga

minta hampun minta maap..
abes cuti.. blog pun malap...
ekekekeeeke...
busy nokssssss...
back to school already...


nak cerita..
last week kan MM balik..
tapi kejap benorrrrrrrrrr rasanya...
tak puas lah...
abes.. MM cuti 4 hari je...
bukan 4 minggu...


cuti 4 hari.... tapi tak 100% kualiti time..
2 malam MM tak tido malam kat rumah..
hari rabu... hari khamis (dah la malam jemahat.. huhuhu)...
pukul 4 pagi baru balik rumah...
terpaksa.. kalau tak pergi karang macam mana....
demi isteri montel dia jugak...

itulah orang ketiga.. 
malam first MM sampai.. 
dah ada orang anto sms..
ajak sentri aka lepak2 kat pondok belakang taman...


dia kena la spend masa jugak dengan jiran2 di taman kami tu...
pergi sentri... jadi sukarela... berjaga malam...
sebab seminggu sebelum cuti sekolah semalam..
3 buah rumah sudah kena pecah masuk... 
maka haruslah MM turut serta jadi sentri..


jijah pun redha lah... 
nak buat macam mana kan..
kita ni hidup berjiran... 


tapi.... kat terengganu pun ada juga orang ketiga..
anto sms kat MM.. tanya bila nak balik..
boring duk sorang katanya...
roomate pangkat adik pada MM...
tinggal sorang sbb MM kan cuti..
haihhhh.. jangan pelik2 sudahhhhh....
nggggeeeeeeeee... 

Tuesday, March 15, 2011

PLAN

hari ke 4 chotttiii..
masih tidak banyak yang dilakukan... 
ingatkan mahu berjimba² bersama rerakan...
for some lunch or tea...
juga tidak berkesempatan.. 
cepat betul masa berlalu...


plan hari ini adalah untuk membuat plan..
plan bagi hari esok dan seterusnya...
ini kerana malam ni.. 
MM balik!!!!!...  yippie!!!!
MM pesan.. 
sila buat tentatif program sepanjang 4 hari beliau di sini...


baiklah!!!! saya sebagai isteri akan menjalankan tugas ini sebaik mungkin...


day 1 
- shopping spree.. KLCC and ONE UTAMA and klang 
( nak cari bathroom gadgets and pending b'day gift.....  ngeeee)


day 2 
- cabut rumput di laman.. while MM installs gadget² yang ada... 


day 3
- dolan² rumah sedara mara.. 


day 4
- membungkang dengan MM.. for some movie treat.. tapi kat rumah jek.. (vampire diaries marathon.. hikhik)




Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.. 
again.. kita sekadar merancang..
tapi tuhan yang menentukan.. 


Semoga MM selamat kembali ke dakapan ku.. tonite!!!
(uweeeekkkkkkk!!!)
jelessss lah tuuuu.. ekekekek.. 






Monday, March 14, 2011

ondscene

pinjam nama blog ondscene yang famous tu as title hari ni.. 
kena kabo awal².. karang takut dituduh bukan²..


kome tau tak blog ondscene ni?
tuan tanahnya.. wartawan kalau tak silap..
ke jurugambar profesional..
tak sure.. tapi ada kaitan la dengan dunia kewartawanan..


blog ni selalu bercerita tentang kemalangan² kenderaan yang berlaku di sekitar ibu negara..
kadang² jijah tak berani nak baca..
seram ada.. ngeri pun ada..


kisahnya.. yang jijah nak berondscene sangat ni..
semalam depan rumah emak..
betul² kat jalan besar depan rumah emak jijah....
betul² kat simpang masuk ke rumah emak jijah la kiranya..










sebelum kejadian.. 
ada bunyi benda benda bergesel kuat..
bunyi macam besi besi berlanggaran.. 
sekali tengok.... anak²  jiran semua dah lari ke depan.....

emak yang tengah sibuk isi bantal dengan kekabu pun stop kerja....
dengan ijun.. adek jijah..  jijah sekali.. pergi ke depan...
tengok²... adehhhhh...
bersepah kaca atas jalan... 

lepas dirisik²...
mangsa.. sepasang...
lelaki perempuan... india...
yang drive perempuan... 
pecah kepala...
ada yang kata.. sudah abesssss...
ada yang kata.. belum abessss...
tapi dua² dibawa ke hospital... 

kisahnya.... lori berenti nak masuk kanan...
mangsa tak sempat nak elak...
terus hentam... 
kesian kan??.. 
(haku rasa lori tu tadek lampu brek.. speculate.. jangan tak speculate... )

and... 
it is the same spot..
everyday.. that i stop and signal to the right..
to get to the alley to emak's house.. 
everyday.. after work...
heeeeee... ngeriiiii... 
mintak dijauhkan... 




Sunday, March 13, 2011

bila cuti...

hari kedua cuti..
tak banyak aktiviti..
mostly berkisarkan rumah..
semalam.. operasi mengvakum..
dan mengemop lantai..
dan membasuh piles of clothes...
seminggu tangguh sebab busy dgn exam week..
tapi sorang punya baju..
apa ada hal sangat kan?


hari ni..
masih berkisarkan rumah juga..
tapi mengemas buku² dan laci²...
laci? kena kemas sebab selalunya main sumbat aje isinya..


hari ni juga..
operasi membasuh baju²  sutera..
dan tudung² thai silk...
yang tak terbasuh dah dekat sebulan..
~ euwwwww... exactly!!!!


ingat nak hantar dry clean..
tapi malas ya amat nak drive masuk town...
(macam besar sangat TOWN nya... )
nak singgah² and cari parking...
masalah betul..
dah bawak kereta kecik pun malas lagik..
tu yang bertangguh²...
lagi pun dry clean sini mahal lahhh... huhuhu
(tu yang sebenornya.. ekekeke)
sudahnya.. basuh tangan..
bagus untuk jari jemariku...
dan.. of course less damage to my purse..
(berapa sen sangat.. berkira betul sekarang ni.. ekekek)


ok.. now nak pergi sidai baju dan tudung..
petang sikit lagi nak pergi rumah mak..
nak selak tudung saji.. apa ada untuk dimakan..
lapar ni.. dari pagi tak makan apa²..
boleh percaya ke?
serius lahhhhhh..






nampak fail² tu.....
tu kertas exam yang nak ditanda.....
malas lah....
kalau rajin.. malam nanti tanda.....
kejap je settle tu.....





Friday, March 11, 2011

peace of mind

ingat lagi.... masa memula buat lesen.. 
tahun 2005.. umur 25 tahun.. 
dah tua bangka baru nak buat lesen..
nak buat macam mana.. tak berduit..
terpaksa tunggu dah kerja baru boleh buat.. ecehhhh... 
(padahal penakut ya amat nak bawak kereta.. ekekekek)
tapi serius.. pakai duit gaji sendiri..
alhamdulillah..
tuhan permudahkan urusan..
rupanya ada pulak kawan setempat kerja yang nak buat lesen sekali.. ada la kawan.. kurang sikit debor nya.. ekekek.. 


akhirnya.. berjaya dapat lesen memandu.. 
errr... itu pun.. siap amek air penawar dengan bakal mak mentua...
(mak mentua I pandai jampi² tau... )
nak elak gabra masa test dgn JPJ..
mana tak nya.. second test baru lulus.. ekekekek..


Terus heret sepupu kesayangan.. KAK LALA..
pergi perodua.. survey KELISA..
naik kereta KELISA KAK LALA.. 
masa tu berkenan sangat dengan KELISA...
one of my housemate masa tuh pakai KELISA jugak.. 
memang berkenan sungguh...
feeling MINI COOPER gitewwww... 
alhamdulillah..  tuhan permudahkan juga urusan...
LOAN lulus!!!!
terus merempit dengan KELISA je sana sini..

masa ni.. bujang lagik.. 


Sekejap je bujang.. seminggu couple dengan KELISA...
kawin pulak... dah sampai jodoh.. (gatal nak dating dalam kelisa.... ekekek)
selang 3 tahun kawin.. 
MM hadiahkan OPTRA.. 
sempena 3rd wedding anniversary la konon..
padahal.. KELISA aku bayar.. MM pakai..
OPTRA MM bayar.. aku pakai..
ekekekek.... sama jek la kan?
alhamdulillah.. sekali lagi tuhan permudahkan urusan..
sakan aku dengan OPTRA.. dah la besar..
AUTO pulak tu.. KELISA tu MANUAL.. 
fo course le power lagi dari KELISA.. 
dah dia ni 1.6 kan.. 
speeding aje aku pergi balik kerja..


sudah beberapa tahun asyik dating dengan OPTRA jek..
aku pulangkan balik OPTRA pada MM...
aku amek balik KELISA aku (sekarang dua² keta MM bayor.... ekekek)


aku rindu KELISA aku..
aku rindu feel zaman memuda dulu.. ecewahhhh!!!


tipu je..
sebenarnya sakit jiwa pakai KELISA..
nak² MM dah tukar its original spring to sporty..
asek melambung ajek bila langgar lubang or uneven surface..
tapi feeling muda remaja jugak kadang²..
cilok sana.. cilok sini...
layan lap... (ni MM yang ajor ni.. )
ekekekkeke...


tapi.. sekarang.. sejak residing di Klang.. 
Im staying with my KELISA... biarlah buruk mana pun..
sumpah buruk.. lepas eksiden langgar lembu 2 tahun lepas...
memang tak comel dah KELISA.. 
kesian KELISA...
sudah la bocor.. paint dah worn out pulak.. 
tapi... biarlah.. aku sanngup jek.. 
banyak lagi kelebihan lain.. 
JIMAT banyak...
bukan jimat minyak je.. (full tank boleh belasah 2 minggu)
JIMAT space jugak..
senang haku nak parking..
(kome tak tengok lagi parking kat sekolah haku.... kereta sana sini.. horror)


Biarlah MM bawak keta besar tu..
selesa pun selesa for him to drive to and fro balik kampung..
bukan untuk sapa.. untuk BINI dia jugak.. kan?
tak kisah lah kereta besar tu hadiah dari MM..
and seems like MM buruk siku.. 
and MM didnt ask for the car... 
infact dia tak mau pun pakai OPTRA..
but i insisted him.. 
janji.. aku dapat PEACE OF MIND.. 
hati aku damai aje.. dia drive kereta yang selesa..
kalau dia bawak KELISA...
aku selalu susah hati.. 
stress for whole 5-6 hours he was driving.. 
selagi dia tak sampai rumah sana..
selagi tu lah aku tak tido... 
sebab MM ni bukan reti slow atas hiway..
KELISA cenonet tu pun dia bantai 140-150.. 
elok² atas jalan.. terbang pulak.. HORROR!!!
(nauzubillah...)


InsyaAllah.. semoga tuhan sentiasa permudahkan urusan kami..
selamatkan perjalanan pergi dan pulang MM.. suamiku itu..
aaminnnn.. 




kelisa merah ku.. suatu ketika dahulu..
bila MM langgar lembu... 
RIP to that poor cow... huhuhuu.. 


*entry dibuat  bagi menjawab mereka yang tertanya².. apsal akak bawak kereta kecik skrg.. nggehhhh..

Thursday, March 10, 2011

tepu

rasanya dulu tak ada masalah ni..
tapi lately.. 
seringkali terjadi..
nak marah pun ada..
sebab tension..

apsal marah? apsal tension?
sekarang suka nak kompius...
THEN and THAN.. 
which is which.. 
every time nak guna those two words..
jadi blank....
again.. which is which..
maka terpaksa bukak kamus..
supaya confirm betul..
(malu sehhh.. cikgu kena gelak sebab salah)

rasanya dulu² masa kecik² tak pernah ada masalah ni..
(ecehhhh... kondifen aje kan?)

haihhhh.. tepu sudah..
macam mana nak sambung belajar ni?
bukan tepu je.. karat dah pun.. 
adehhhh..








Wednesday, March 9, 2011

ujian

minggu akhir sebelum first school break in 2011..
minggu ujian bulanan satu .. 


semalam.. masa kertas bahasa inggeris.. tahun 3.. 


cikgu : pastikan kertas soalan yang kamu terima mempunyai bla.. bla.. bla.. sekiranya kamu ada sebarang masalah.. sila bertanya pada saya.


murid : cikgu.. see saw tu apa?


cikgu : jongkat jongkit.. 


murid : cikgu.. boleh tak jawab dalam BAHASA MELAYU?


cikgu : ????????????????








semalam.. masa kertas sains.. tahun 4.. 


cikgu : sila pastikan.. bla bla bla.. jawab dwibahasa.. BM boleh.. BI boleh.. bla.. bla.. ada masalah sila tanya saya..


murid : cikgu.. mana satu BAHASA MELAYU.. mana satu BAHASA INGGERIS? 


cikgu : ??????????????






* minggu yang agak serabut.. 3 hari 3 malam berkubang dengan kertas soalan.. hari ni baru bertenang sikit.. next week school holidays.. yippie!!!!





Saturday, March 5, 2011

pencarian

dalam hidup ini.. macam² yang kita cari.. 
hari ni cari.. esok jumpa... lusa cari lagi..
ada sahaja yang tak pernah cukup..

bila cari tak jumpa.. cari lagi..
kadang² jemu.. marah...
yang dicari.. tak jumpa²..
tahu² timbul aje.. bila kita dah tak perlu mencari..

sudah cari.. sudah jumpa...
rupa²nya salah pulak..
bukan apa yang dicari...

mula² disangka.. itulah yang dicari..
apakan daya.. kerana nafsu.. 
yang dicari itu.. memakan diri pulak.. 

apapun kita baliklah kepada qada dan qadar tuhan..
tawakal... 


ok...
sekarang korang tolong akak.. 
cari peti ais mana yang paling best?




yang ni ke...
yang ni energy saver tak disebut.. tapi tempat sayuq dia besaqqqq... 290liter.. 

yang ni..
hat ni.. energy saver.. ada bacterial anticrisp apa tah.. size tak tau..


or yang ni...
ada hybrid apa tah.. dengan cool air.. tak sebut pulak energy saver.. 290liter.. 



zaman sekarang ni kalau nak cari peti ais..
peti ais macam mana yang best ek? 




Thursday, March 3, 2011

lubang

dedulu.. masa bekerja di tempat orang..
asyik marah² aje.. kalau jalan bersopak.. berlubang.. 
mana tak nya.. ada 2 kali rasanya.. 
adegan pecah tayar...
si lokong tukar tayar..
si lopo payungkan.. 

sekali balik sini.. sama sahaja..
dah nama pun duduk pindah randah dalam negara..
pusing ikut mana pun.. serupa sahaja.. 
tapi bagus jugak.. 
walaupun usia tuan tanah tak muda mana..
latihan memandu sambil mengelak lubang... 
dan jalan² tak rata ini..
sangat membantu psikomotor kaki-kaki ku.. 
terutama dalam memperbaiki skill memandu kereta manual.. 
tanya akak keen korang.. 
sampai senak perut dia naik kereta dengan akak.. hehehe..
mintak mahap bebanyak keen.. hikhik.. 

tapi apa kes kalau lubang tu...
pada lantai cenggini...
nak buat macam mana? 





walau kelas itu berlubang² lantainya..
konsep mengajar sambil round keliling kelas adalah wajib...

thus.. jangan lah mengada nak pakai high heels ke.. 
stilettos ke.... hatta wedges sekali pun.. 
simpan sahaja lah clarks, or even vincci korang tu.. 
harus terpeleot kaki mu yang bak bunting nangka tu.. 
berjengkot lah korang barang seminggu dua.. 
nak selamat.. pakai jek kasut sekolah..
macam anak² murid tu.. 
nescaya akan selamat sampai tamat kelas.. huhuhuu



*hari tu masa YB datang.. lupa pulak nak sound dia pasal kelas ni.. kan dah nak dekat PRU kan.. mana tau kot dapat peruntukan ke.. 






Wednesday, March 2, 2011

kena sound lagik..

since back  for good ke kampung halaman..
daily routine adalah.. setiap kali after work..
mesti singgah rumah emak.. 
which literally 5 minutes away jek dari rumah jijah...


singgah rumah emak.. merangkap dinner sekali kat situ..
that explain my massive weight gain..


cerita pasal weight gain ni...
semalam akak mengadu.. sakit kaki + letih pada emak..
"kena kuruskan badan kamu ni", emak sound.. baik punya.. 
"memang la.. tapi mak asek masak sedap² aje.. akak ingat takmo makan petang ni", jawab jijah kondifen jek.. 
(macam mana nak skip dinner semalam.. dia masak nasi lemak... )
"ok.. esok petang mak masak *lempeng jek.. ", emak bersungguh la nak suruh jijah diet..
"errrr... ok!!", jijah layankan je..
tapi.. dalam hati..


" yeayyyyy!!! lempeng!!! bestnyaaaaa!!!"


apalah emak ni.. dia lupa ke.. 
lempeng tu favourite anak dia ni..
cicah sambal ikan ke.. sambal bilis ke.. pergghhhh...
kena pulak teh o panas... memang nyamannnn..
mau jijah bedal sampai 8 -10 keping.. 
tak ada maknanya nak diet...
wakakakkkk.. 








daily breakfast menu.. multigrain cereal+coco crunch...
jijah  tak boleh telan kalau multigrain ajek..
so mix with coco crunch.. 
dah 2 bulan dah rutin macam ni... 
ni kira bagus la ni.. 
upgrade sikit from usual..
dulu kalau tak nasi lemak + nescafe tarik hari²... tak sah..
umur dah meningkat so kena reduce sugar intake..
so no more susu pekat manis but low fat milk.. huhuhu




*lempeng : sejenis makanan yang diperbuat dari tepung gandum semata dan sedikit garam sebagai perasa. Tepung diuli menjadi doh dan digelek menjadi lempeng. Tepung itu kemudiannya dimasak secara deep fried. Ia akan manjadi garing dan  mengembung seakan puri (chapati goreng). Sangat sedap dicicah dengan sambal, sos mahupun gulai masak lemak. perghhhhh...