Pages

Wednesday, June 2, 2010

tiada makna

Ada benda yang tak kena tapi aku tak tau apa dia. Semacam tak sedap hati. Percaya tak sebaik sahaja habis kelas tuisyen jam 9.30 tadi aku cuma membaca(tipu; berenti kejap masak maggi untuk MM tadi).. sehingga sekarang ini. Menjengah blog-blog yang tersohor. Tersohor bukan sebab ramai pengikut tapi penulisan yang sangat menarik untuk dibaca. Ada isi yang mantap sehingga mampu menarik perhatian untuk dibaca mesipun tanpa gambar² yang menarik. Yang penting tiada unsur² menunjuk atau show off langsung. Aku terasa amat malu..

In my defense.. kadang² berlaku satu fenomena tidak tahu hendak tulis apa dalam blog. Maka, tercipta lah entri yang ala menunjuk atau show off. Sekali terjebak, terus addicted dengan perhatian yang diberikan. Entri ala show off mudah dan senang. Pergi membeli belah seorang diri dan tiada tempat untuk berkongsi juga menjadi faktor untuk entri begini. Kurang seronok menikmati the shopping pleasure seorang diri. Jangan ditanya mana MM. Dia lelaki dan dia seorang workaholic. Bad combination for a shopaholic.

Niat asal aku tulis blog hanyalah untuk mencari wadah dan ruang untuk memperbaiki mutu Bahasa Inggeris. Bertugas di kawasan luar bandar dengan bahasa ibunda yang pekat memang tidak membantu dalam memperbaiki mutu Bahasa Inggeris aku. Namun, setelah hampir 2 tahun, aku rasa kecewa kerana masih tidak mampu menguasai bahasa kedua ini dengan baik. Bercerita tentang hal bahasa ini, terus terang aku katakan.. aku tiada masalah untuk berkomunikasi dengan rakan² yang bukan orang Malaysia. Maklumlah dunia tanpa batasan. Masalah sebenar ialah apabila aku cuba berkomunikasi dengan rakan² baik yang sememangnya berbangsa Melayu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi berbahasa Inggeris yang sangat baik. Luruh terus rasa yakin. Aku terasa sangat bebal...

Albeit perasaan bebal ini, sebagai seorang pendidik, aku tidak akan putus asa dalam usaha aku yang satu ini. Tapi, belajar sendiri tanpa guru, molekkah hasilnya?

Terdetik pula di benak hati dan fikiran aku ni kenapa aku tak boleh menulis macam anak-anak muda itu. Kebanyakan blog yang dijengah tadi milik mereka yang masih muda daripada aku. Namun, pengisian mereka segar, matang, penuh keyakinan dan juga punya lenggok bahasa yang baik. Jujurnya.. aku dengki dan iri hati dengan kemampuan mereka.. hmmm.. amat terasa kerana aku di usia yang sudah memasuki siri ke 3 kehidupan masih tidak mampu menulis sebaik itu. Aku tak pandai untuk menulis dengan jujur di samping mengekspresi diri tidak kira apa keadaan dengan yakin. Bila aku jengah balik apa yang telah aku tulis dari awal hingga yang terkini dalam blog ini.. ada terselit rasa kecewa. Aku terasa macam sampah..

Kenapa ya? Mungkin kerana aku tak ikhlas. Mungkin aku kurang membaca. Apabila kurang membaca, maka kurang menulis. Penaakulan mantik. Mungkin juga, aku simply got no talent in writing at all. Period. Lagipun aku cikgu ilmu kira².

9 comments:

Nana said...

hmmm I think you okay apa to express yourself. I tell you, the only boundaries in your life is yourself! Hentam aje! Salah tak salah that's another story. heheh pasal nak biasakan to express yourself in english, kena lah buat perlahan2! Start with mixing abit with BM. Then baru full blown english .. though I rasa some people might disapprove.

The key is to be able to express yourself comfortably. If it requires mixing then do so! sampai satu tahap nanti baru you boleh totally guna english!

Good luck :D write more! :D

And BTW, you're not a boring person huns :D

Ummu Jannah said...

mak long, baca entry ko yg ni buat aku pun terasa malu.. tersedar jp.. aku pun ade tulis entry show off nih.. haihh.. tima kaseh ye..

Lady of Leisure said...

jangan rasa down babe.. setiap orang ada kelebihan masing2.. macam u terer maths, i maths spm sangat mengecewakan the result tau uhuk...

.:nhalilah:. said...

show off?? ok pe.. aku tak kesah.. its us to decide what to write kan??? apasal kata bi ko tak bagus?? wallawei.. ko kan terrer english.. sejak zaman kat bp lagik..

jijah montel said...

sis nana.. i always mixed my bahasa and english.. i just got tired i guess.. since i myself cant measure or see how good my english is now.. i think my english is just way below average when i compare mine to urs and others.. maybe i should keep it simple.. that is dont give up just yet.. kan? thanx anyway.. for ur thoughts :)

ummiiiii... tu lah kan.. all this while i have been using it to boost my blog traffic.. bila baca those blog yg kreatif.. they dont need to show off or brag pun dah cukup menarik.. memang terasa malu..

owhhh lady.. thanx!!!so cute of u.. heheheh.. i tak lah terer Maths.. since im teaching primary school jek.. if secondary tuh barulah terer kan.. add maths and all that complicated calculation thingy.. sekolah rendah.. hafal sifir.. hafal sifir.. hafal sifir.. tu je.. hehehhe..

ila.. that is quite true.. blog kita.. so we can share anything we want kan.. be it our braggings or ramblings kan.. cuma aku malulah.. that i use it to boost my blog traffic tapi tak menjadi.. unlike them.. tulisan yg sgt kreatif dah cukup dah utk boost traffic.. by the way.. bila masa pulak aku terer english masa sekolah dulu.. u just have no idea how i suffered masa tuh.. hahahha!!

keen said...

owh cik jijah..pendapat kita nyata berbeza dlm hal ini..mcm aku pulak, aku gunakan blog aku utk tulis apa pun yg aku suka, yg aku terpikir,yg aku rasa, wpun ader post yg semacam show off, tapi yang penting aku ada medium utk express myself.i dont bother about traffic,follower bla..blaa.. and aku xde masalah pun baca blog kau..its entertaining..mind theraphy i would say..
& i think ur english is far better than mine..aku nih lagi berteraburr..tapi aku peduli haper..haha..tujuan utama aku tulis blog tu utk diri aku sendiri je sebenarnya..bukan utk puaskan hati org lain..kalu ader org baca tu cuma bonus tambahan utk aku..TAPI, x salah kalu kita admire& mencontohi penulisan blog org lain yg lebih bagus mahupun lebih berfaedah..kannn?? what ever it is, i support u cik jijah! keep on writing!

cik jijah said...

keen.. Aku dah lupa tujuan blog yang utama. Sepatutnya blog adalah tempat untuk kita berekspresi secara bebas.. Tanpa sekatan kan? Tulah my mistake.. Being an attention seeker.. How pathetic i was.. Thanx keen.. I should just write about anything i want kan.. Be it my braggings or ramblings pun.. Who cares? Lets not give up.. Go blog!!

fatenton said...

its ok.. i suke je baca penulisan u :)

jijah montel said...

errr.. cik fatenton.. terima kasih sebab sudi suka baca my writings..

ohhh.. terima kasih juga sebab singgah ke sini.. ill pay ur blog a visit pula nanti ye.. :D