Pages

Tuesday, October 27, 2009

segmen kuali bersama cikgu liza

Kehidupan saya pada dua tiga menjak ini boleh lah dikategorikan kepada beberapa kategori.. secara peratusnya.. 20% sibuk dengan kerjaya, 25% sibuk dengan kelas tuisyen malam, 30% aktiviti internet dan selebihnya adalah semata-mata malas atau di sini orang suka sebut.. DOK GHOK atau maksudnya tidak larat.

Ketika ini, saya sedang bersantai menunggu suami pulang dan anak2 murid yang dijadualkan bertuisyen malam ini. Walaupun portion malas saya agak besar namun begitu, keadaan adalah masih terkawal. For instant, meskipun saya sedang duduk santai depan tv sambil berblog, makan malam telah siap saya sediakan dengan jayanya. Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk berkongsi menu bersama rakan2 semua. Resepi ini saya cedok dari buku resepi merapu saya sendiri iaitu Campak Cooking Style yang sedang hangat di pasaran.


Bahan-bahan:

2 ekor ikan goreng yang dibeli di kantin sekolah (kantin opis atau kilang juga boleh)

7/8 batang cili api (tumbuk lumat boleh, hiris aje boleh: ikut suka hati, tak suka, jangan buat)

4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ketuk saja)

1 biji bawang besar (dimayang)

Halia sebesar ibu jari (dihiris atau tumbuk)

2 sudu sos tiram

sedikit belacan

Cara-cara:

Tumis bawang besar, bawang putih, cili. Agak2 bawang dah lembut, masukkan halia. Apabila sudah naik bau, bawang dan halia, masukkan sedikit belacan secukup rasa. Tambah sedikit air supaya berkuah sedikit. Seterusnya masukkan sos tiram. Kemudian masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih. Sambil tunggu ia mendidih, rasa cukup masin atau tidak. Biasanya bila guna sos tiram tidak perlu garam lagi. Matikan api bila mendidih dan hidangkan bersama nasi panas. Ia jugak sungguh enak dimakan begitu saja ( untuk kaki ratah ikan).

Catatan:
masakan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kehidupan pantas atau pendek cerita.. pemalas dan dok ghok seperti saya.



5 comments:

emmii the strange said...

yang tak tahan tuh bila berinternet lagi banyak dari kerjaya tuh. hueheheheheh!!! bagus! berkreativiti dalam memasak memang diperlukan mengikut citarasa masing2. kalo ikut resepi memang sah tak sedap. serius! selalu terjadi kat i. kalo campak2 ni menjadi ler plak...

zafwah said...

masak ni art org ckp..klu mcm aku ni campak2 ke ikut buku ke mmg 70% nyer tak menjd..tmbh plak tak di pratice kn..lg le kan..seb baik dpt hb yg leh la dikategorikan blh masak..hidup la aku kt dunia yg payah nk makan kt luar ni.. :D

apis585 said...

aku pon dulu selalu beli ayam goreng, pastu cili kan..beli ikan goreng, pastu 3 rasakan hahaha..

notice the word "dulu" ;-)
skang aku da xmsk daaa hahahaha...

ell_jay said...

sis emmi.. ehhh.. ai kan guru data.. sudah semestinya keje ai adalah beronline sepanjang masa.. kalau boleh 24/7.. hehhehehe..

farah.. the art of cooking eh? campak2 aje baru art kan? kalau sistematik dan ikut peraturan sgt adalah boring.. haiihhh.. zul pndi masak? bestnyer.. i wish that..

apis.. ala.. if aku ada two toddlers mcm ko.. being a working mom aku pun akan buat exactly the same.. if only boleh ku buat sekarang... I wish!!.. heheheee

*pemalas "do oh" aku ni.. org ganu kata..

chucky said...

arggghh
nampok sentapppp
semoga berbahgia yeah