isssk.. kunun2 nak meng"renovate" blog kan.. tak ada satu pun template yang berkenan di hati.. dibantai pulak aku tertido petang tadi.. harammmm tak jadi apa pun.. untuk pengetahuan rakan2 semua.. di Terengganu sekarang ni musim "Winter".. tapi bukan salji yang turun... hujan.. sejuknya sama je nyahhh.. mau tak sedap aku membuntang atas sofa petang tadi.. tok laki ku pun tiba2 senyap aje.. rupanya kuak lentang dalam bilik..
Sedap2 tido.. tiba2 teringat la projek nak masak murtabak petang ni.. inspired by sheri.. kawan baru yang duk kat aussie.. dia yang duk kat tempat yang payah nak jumpa barang halal pun boleh buat ini kan pulak la cik jijah yang duduk kat terengganu ni.. lembu bersepah2 atas jalan.. melampau tau...
Lagipun dah pasang niat kena la buat jugak kan.. lekas keluarkan daging bagi dia thaw.. tuh orang kampung mak cakap tu.. kalau bahasa saintifiknya.. nyahbeku..
Oleh kerana, hasilnya boleh dikatakan not bad.. maka seperti biasa inginla mak engku berkongsi resepi dengan kalian semua.. sebenarnya mak engku pun cedok dari tempat lain.. hehhehe..
tumis bawang besar, bawang puti yang dah dipotong dadu..
agak2 naik bau, masukkan kari daging dalam lebih kurang satu sudu besar setengah..
tumis sampai naik minyak.. masukkan daging cincang cap ramli pulak..
ikut lah nak pakai daging cincang cap apa..
nak berkungfu cincang sendiri pun boleh..
agak2 daging dah masak.. masukkan kentang yang dipotong dadu..
ikut resepi yang betul kena bubuh daun sup..
dek kerana daun sup nan ado..
maka mak engku bubuh rempah rosemary (konsep campak masih kekal ye)
biarlah smpi kering.. kering pun tak kering sgt.. lembab2 gitu..
ini kita panggil inti..
sejukkan dulu inti.. lepas tuh pukul telur 2 biji..
gaul dengan inti tadi..
tepek lah atas kulit popia..
ikut suka hati la nak lipat macam mana kulit popia tu..
panaskan kuali.. pakai kuali leper senang sikit..
bubuh minyak zaitun and sedikit butter..
pastuh tepeklah murtabak yang baru dilipat tadi atas kuali ni..
biarlah masak sampai agak2 oren2 keemasan gitu..
boleh la diangkat...
tadaaaaaa...
potong kecik2..
kalau rajin buat la sos dia tuh..
cuka+bawang..
mak takde cuka..
makan gitu ajek...
besttt (seperti biasa, masuk lif tekan sendiri)..
rasanya.. crispy and kari like..
yummmyyyylicious!!!
cuba2 lah kawan2.. nak resepi betul2.. pegilah singgah website dia.. sesungguhnya.. murtabak ini sungguh sedap dimakan begitu saja sambil menonton nurkasih di tv3... heheheh...