Pada entri kali ini aku akan berbahasa ibunda sepenuhnya.. sebab aku malas nak cari dan bina ayat BI kali ini.. sebenarnya yang aku beriya2 sangat menulis dalam BI adalah kerana aku ada seorang rakan "caucasian" yang bernama Bronwyn... beliau kadang kala ada membaca blog aku.. kini aku rasa beliau pun terlalu sibuk dengan kerjaya nya sebagai penulis sehingga tidak sempat untuk singgah ke blog ku sekerap dulu..
meskipun pembaca mat salleh aku hanya seorang namun aku pikir ini adalah salah satu peluang untuk aku memperbaiki mutu BI ku.. bukannya aku ini obses "omputih" meskipun aku akui lagu2 melayu kurang mendapat tempat di hati.. namun begitu aku akan pergi menonton konsert SEARCH di Kuala Terengganu 22 MEI nanti..
meskipun pembaca mat salleh aku hanya seorang namun aku pikir ini adalah salah satu peluang untuk aku memperbaiki mutu BI ku.. bukannya aku ini obses "omputih" meskipun aku akui lagu2 melayu kurang mendapat tempat di hati.. namun begitu aku akan pergi menonton konsert SEARCH di Kuala Terengganu 22 MEI nanti..
Sebagai seorang guru, aku sangat malu dengan tahap BI aku yang hanya setinggi tahap sekolah menengah sahaja.. aku rasa aku perlu memantapkan penguasaan aku terhadap bahasa ini.. tiada kena mengena dengan isu PPSMI yang tengah hangat sekarang walaupun aku akui aku suka mengajar subjek matematik & sains dalam BI.. sebab aku rasa bila di dalam BI, ilmu yang mahu disampaikan tidak terbatas cuma aku hadapi masalah dari segi untuk memahamkan anak murid aku yang semuanya memiliki sindrom lidah berdengung pelbagai harkat.. tidak mengapa.. aku anggap semua itu sebagai cabaran..
Justeru itu, aku pun kerap menulis dalam BI hanya untuk memperbaiki mutu BI aku.. bukan mahu berlagak atau menunjuk2.. ramai bekas rakan sekolah aku semasa di MRSM dan SMK (P) Sri Aman yang sangat baik mutu BI nya.. aku juga mahu jadi seperti mereka.. malangnya apabila aku mula menjadi guru, BI merupakan satu perkara yang sangat asing di sekolah rendah.. hingga guru BI sendiri mengajar BI dalam BM.. aku tiada pilihan lain kecuali di sini untuk aku melakukannya.. namun aku bukan seperti Tun Mahathir untuk menulis entri dwibahasa.. dengan hanya pembaca yang tidak mencapai 20 orang aku rasa tidak perlu.. jadi entri aku samaada dalam BI sepenuhnya atau BM sepenuhnya atau rojak campur.. :)
Isu sebenar entri kali ini adalah tentang hidup aku yang sangat caca merba sejak 2 minggu lepas.. semua pembaca blog ku yang setia sedia maklum bahawa sekolah aku yang tercinta telah terpilih untuk mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan AIM.. bukan.. ALS.. Anugerah Lonjakan Saujana..
Betul.. hidup aku sangat sibuk.. sudah dua minggu dapur aku tidak berasap.. cuma oven saja yang berasap sebab aku lupa nak tutup suis selepas membuat roti bakar.. sehinggakan nak sapu lantai rumah pun jadi 2 hari sekali.. kadang2 mahu mencecah 4 hari.. sudah hampir 3 minggu aku tidak mop lantai rumah.. maklumlah hampir setiap hari balik pukul 5pm.. ngok ngek ngok ngek sampai rumah dalam kul 6pm.. letihnya.. kasihan suami yang terpaksa bersabar.. mujur dia sangat memahami.. nasib baik rumput di luar rumah ada orang yang datang tebang.. kalau tidak.. aku pun kurang pasti apa yang akan berlaku seterusnya..
Terasa hati ... dengan cik puan besar sekolah aku.. minggu lepas dan sebelumnya aku ada hantar pada dia draf power point supaya beliau semak apa yang perlu ditambah kepada slides yang telah siap.. maka beliau telah semak dan aku juga telah menambahbaik ia.. jadi semalam aku bentang secara total kepada seluruh warga guru sekolah.. selesai saja pembentangan.. cik puan besar aku pun berkata ," pada saya ini tiada isi..."
Hairan.. kenapa dia tidak komen apa2 semasa aku hantar draf yang pertama dan yang kedua.. cuma beliau minta menambah se dua tiga perkara sahaja.. tiba2 depan semua rakan beliau berkata demikian.. mujur ada yang membela aku.. terima kasih ustaz dan PK Kanan.. mereka usulkan kepada cik puan besar aku supaya menyediakan satu checklist untuk aku semak dan tambahbaik ke dalam power point itu..
Angin... sebab minggu depan nazir dijangka datang.. dan minggu ini yakni petang ini aku terpaksa balik kampung di KL.. terpaksa.. kerana ada majlis tahlil arwah adik iparku.. terpaksa sebab aku rasa seperti tidak mahu balik kampung sebaliknya mahu berkubang di rumah untuk menyiapkan power point aku ini.. tetapi aku harus jaga hati suami yang amat sangat sabar terhadap aku selama ini.. ;(
Sejuk ati.. bila semalam ada makcik yang jual kuih tepi jalan panggil aku comel.. :)
aku : berapa harga kuih ni?
makcik : 3 seringgit.. comel nak kuih apa?
aku : (sambil senyum sampai ke hujung telinga) saya nak karipap sardin 2 ringgit..
makcik : kejap comel ye.. nah.. makcik jual ye comel..
aku : saya beli makcik...
Walaubagaimanapun.. aku mahu tanya.. comel tak aku pakai semula cermin mata.. selama ini aku berkanta lekap.. sudah hampir 7 tahun aku berkanta lekap.. tetapi baru2 ini dek kerana kesibukan yang amat.. aku tidak berkesempatan untuk membeli yang baru apabila yang sedang dipakai sudah tamat tempohnya.. kalau comel.. aku malas nak pakai kanta lekap lagi.. biarlah dengan imej ini..