Pages

Monday, January 11, 2010

gold rush



Gelang ini adalah pemberian suami semasa nikah dahulu. Sayang ya amat dengan gelang ini. Kadang² ada jugak usik MM, konon² dah jemu dengan gelang ini dan mahu trade in. Marahnya MM. Nak² pulak hajat tipu² disokong oleh mak mertua.. heheheee.. Mak mertua Jijah seorang collector emas ye. Tabik spring sebab mak berniaga kantin sahaja tapi mampu membeli barang kemas sendiri tanpa mengharap pada suami. Jijah ni kerja makan gaji saja kan.. boleh la juga.. merasa sikit²... tapi masih harap kat MM jugak kadang tu.

Kisahnya gelang Jijah ni tercabut(macam gambar di atas) masa lepas nonton movie di Kuantan. Ingatkan dah hilang la sekeping cinonet emas tu tapi MM dengan tabah mencari sampai ke dalam cinema theater dan nasib baik jumpa. Almaklumlah, gelang ni memang dah jadi basahan sebab dipakai selalu. MM sangat bangga suka amat tengok Jijah pakai gelang tu. Maka akan bertanya lah dia kalau Jijah tak pakai gelang tu. Dek dipakai selalu, ate buruk lah sudah gelang ini.. namun nilai nostalgia gelang ini yang sangat tinggi membuatkan Jijah berasa berat hati untuk trade in ia... TETAPI.. bila window shopping sesorang kat pekan baru² ini dan ternampak pula kedai ini..


Rasa macam nak masuk dan cuci mata. Sebenarnya Jijah ni kadang² suka jek masuk kedai emas dan pura² mahu trade in barang. Nak berangan tengok aje. MM kalau baca ni jangan risau ye. Jijah akan simpan gelang MM bagi ni sampai mati, biarpun sudah huduh dan kusam dek calar. So, dua kali pusing dan nasib baik takde parking sebab Jijah ni kadang² bukan boleh percaya, mau kot "ter" seketul dua... macam masa ikut mak pergi trade in barang dia kat habib, Jijah pulak yang lebih² barang seutas. MM marah jugak mula tu tapi ini kan kira investment jugak ni(pujuk berejam baru ok). Back to my story, though takde parking, Jijah sempat berhenti tepi jalan nak amik gambar ni...



Sejak bila la pulak beli barang kemas boleh buat installment gini? Siap blacklist pun boleh mohon. Kalau dengan koperasi, memang biasanya boleh. Tapi ni.. lain ni... ni macam ada satu kemudahan baru. Menarik?

Bila fikir balik harga emas sekarang pun memang sangat mahal. Kalau tak silap 1 gram 916 = RM135 (okt lepas)... ke naik dah jadi RM150 idakle Jijah pasti. Yang kompom.. memang harga emas ni naik aje. Tak turun² dah. Selalunya orang yang baru nak kahwin la kesian. Baru nak mula hidup kan. Duit nak buat belanja kahwin bukan sikit². Kalau dapat pasangan yang sama bagus, syukur tapi kalau salah seorang tu demand pulak.. hmmmm... orang kerja gomen juga senang.. boleh buat loan beli hantaran serba berdiri.. buat personal loan untuk duit belanja 1000 kepala.. pastu.. TILL DEBT DO US PART.. hooaaaa... mintak dijauhkan ye.. pandai² la mengurus selepas itu....


5 comments:

chucky said...

fuhh
ai bukannla pakai ghelang emas maupon rantai dan cincin

tp,kalau kompol emas,pastu jual...menareks tuuu

~*irjune*~ said...

hmmm...semenjak aku kerja aku cuma beli seutas gelang tangan yang dibeli menggunakan gaji aku setelah dipaksa oleh mak aku untuk membelinya (masa tu emas murah lagi 1gram 916 = RM76), dan selepas itu kedai emas adalah kedai yang akan aku elak untuk masuk sbb sampai sekarang aku takde feeling dengan barang kemas. tapi tak tau la plak kalau lepas aku kawin aku jadi gila barang kemas. hehhehehhe

jijah montel said...

chucky.. better still buat gold investnment mcm kct public gold tu.. beli simpan terus..

jun.. aku ada la sikit.. dulu tak minat tapi dah kawin and makin dewasa ni suka pulak dgn emas.. actually baik beli emas rather than collecting designer's handbags or shoes.. tapi in europe handbags ni mcm investment jugak..

Abg Din said...

gi kedai emas bawak je tukul besi... pasti balik nanti, dapat banyak emas...hehehe

jijah montel said...

bang din.. sungguh ke ni? nak try lah.. pastu kena gari besi pulokkk..