Pages

Saturday, January 30, 2010

i am a bee

hari itu tadek idea.. betul berhari2 idea tak datang. Sekarang idea ada.. sangat banyak.. thanx to those yang bagi idea in my FB status.. already started writing a few but damn was so busy that I couldnt find time just to publish it sampailah cerita dah jadi basi... as busy as a bee my life is now.. as if ramailah pembaca setia kunun... by the way though life is packed, I still managed to join a get together with some friends yesterday... a small farewell party for a dear friend and my twilight buddy :D.. who is going to further her studies to the land of the kanggaroo.. truly gonna miss her.. huuhuuuhhuu..
from clockwise: me, baiti, kiah, harry, elly and apis
*the itinerary was eat.. and eat some more from as early as 10am till 3pm..
balik rumah perut adalah over sengkak.. kenyang sampai sekarang which is 3.35pm of today..

Saturday, January 23, 2010

iDea


My blog theme for these past few days is SUNYI... not that I am lonely. It just that my mind is so "sunyi" of idea... The surroundings and my daily activities do not helping either. Maybe sebab belum gaji.. nanti dapat gaji.. mesti banyak idea kan? Apa pulak kena mengena idea dengan gaji and its not that Im that broke either to be this grumpy... hmmmm.. by the way.. any idea on what I should blog about?

*pic were all googled

Sunday, January 17, 2010

aku skandal

As cliche as it may seems.. time flies.. Pejam celik pejam celik... dah masuk minggu ke 3 sekolah dibuka. As in 2010 session I consider myself as lucky, sebab tak payah pegang kelas. Pegang kelas means a lottttttt of work.. literally a lot.. yang mana almost every of my colleague yang menjadi Guru Kelas sedang sibuk grooming their class. Tak wajib pun nak berdeko² ni tapi nak juga kelas tu comel dan penting sekali kondusif untuk murid-murid.

Walaubagaimanapun.. sesi 2010 dimulai dengan sedikit kontroversi. Mana taknya.. pada tahun ini macam² kena potong. Ingatkan ke Jijah jek berazam nak berjimat cermat tahun ni. Rupa²nya sekolah pun nak berjimat juga. Baguslah... tapi kalau sampai macam² kena potong.. tak ke kontroversi jadiknya.. Sikit² kemudahan yang ada di sekolah kena tarik balik. Paling nyata Skim Baucer Tuisyen dan Rancangan Makanan Tambahan. KWAMP untuk murid miskin pun macam kena catu. Kalau sejak beberapa tahun lepas, pakaian seragam uniform ditaja sepenuhnya untuk murid miskin, tahun ini.... yiiiillllleeekkkkk... Yang duduk asrama lagi lah. Mulanya sampai kena balik tiap² minggu sebab bajet makanan hujung minggu kena sekat. Nasib baik revise semula jadi 2 minggu sekali. Unlike previously once a month.. macam zaman kita duk asrama dulu lah..

Ada pulak saranan untuk tabung KWAPM, cikgu² digalakkan menyumbang untuk tabung tersebut. Aduyaiiii.. nak cerita pasal sumbangan cikgu² ni, tak cukup satu entri ni.. Kebanyakan cikgu² nih tak pernah lokek pun nak buat $$$$ contribution kepada sekolah. Bukan tak biasa berhabis duit untuk anak murid mahupun aktiviti² sekolah. Bila jadi gini, terasa lah sangat²... Macam cikgu² ni jakun dan lokek sangat dengan duit gaji tu.. Ni awal tahun gini, semua yang jadi guru kelas berhempas pulas nak hias kelas. Mana nak carik dana kalau tak dana poket sendiri. Nak harap kat murid² yang rata² mak ayah pun kais pagi kais petang ajek... *sigh*

Ni latest.. ada pulak khabar angin yang memang tak berapa best didengar.. elaun COLA nak kena potong. Kalau mansuh la COLA.. memang buruk siku betul la.. dah bagi.. ambik semula.. elok lah tuh.. Masa meeting baru ni ada pesanan oleh big boss tak boleh buat JUALAN MEGA. Kalau gini gaya semua pun nak kena potong, bukan takat jualan mega saje, aku buat JUALAN SUPER MEGA terus kat sekolah.

Ok.. Jangan salah anggap. Jijah tak marah pun... cuma bila ada perubahan drastik gini terasa amat perbezaannya... *nguap*.. ngantuk lah... malas nak fikir lagi.. luah sini and then.. just wait and see.. what is next.. apa pulak yang kena potong...

Saturday, January 16, 2010

wa timang landok

Bongkar sana.. bongkar sini.. bukan bongkar rahsia orang.. bongkar gambar yang beratus² dalam hard disk.. tak pernah di print.. either being uploaded into FB/FS or here in my blog. Lepas tuh berkhutub khannah la all those pictures in the hard disk..

Sambil layan nostalgia and being sentimental konon.. terjumpa ni.. which is not that nostalgic pun.. Alkisah kononnya beriya² ambik gambar ni nak buat special entry for the recent Raya Haji.. it was the main dish of the day. Masa nak gi amik gambar tuh sampai tergolek jatuh lalu terduduk sebab lantai basah baru lepas mop. Seminggu sakit leher sakit pinggang masa tu. Dek sakit² badan semua terus tak ingat nak buat any blog entry...

So what was it that so special? ni haaa.... daging landak.. ada berani? I DONT!!! pernah je cuba daging rusa, arnab, ostrich tapi yang ni.. entah.. memang tak berani langsung..

abah tengah siang daging

macam daging ayam kan?

landak yang direndang.. the rest of my family including MM berani makan...
They said rasa macam daging lembu. Mak dengan Jijah jek tak lalu.. Entahla...

Monday, January 11, 2010

gold rush



Gelang ini adalah pemberian suami semasa nikah dahulu. Sayang ya amat dengan gelang ini. Kadang² ada jugak usik MM, konon² dah jemu dengan gelang ini dan mahu trade in. Marahnya MM. Nak² pulak hajat tipu² disokong oleh mak mertua.. heheheee.. Mak mertua Jijah seorang collector emas ye. Tabik spring sebab mak berniaga kantin sahaja tapi mampu membeli barang kemas sendiri tanpa mengharap pada suami. Jijah ni kerja makan gaji saja kan.. boleh la juga.. merasa sikit²... tapi masih harap kat MM jugak kadang tu.

Kisahnya gelang Jijah ni tercabut(macam gambar di atas) masa lepas nonton movie di Kuantan. Ingatkan dah hilang la sekeping cinonet emas tu tapi MM dengan tabah mencari sampai ke dalam cinema theater dan nasib baik jumpa. Almaklumlah, gelang ni memang dah jadi basahan sebab dipakai selalu. MM sangat bangga suka amat tengok Jijah pakai gelang tu. Maka akan bertanya lah dia kalau Jijah tak pakai gelang tu. Dek dipakai selalu, ate buruk lah sudah gelang ini.. namun nilai nostalgia gelang ini yang sangat tinggi membuatkan Jijah berasa berat hati untuk trade in ia... TETAPI.. bila window shopping sesorang kat pekan baru² ini dan ternampak pula kedai ini..


Rasa macam nak masuk dan cuci mata. Sebenarnya Jijah ni kadang² suka jek masuk kedai emas dan pura² mahu trade in barang. Nak berangan tengok aje. MM kalau baca ni jangan risau ye. Jijah akan simpan gelang MM bagi ni sampai mati, biarpun sudah huduh dan kusam dek calar. So, dua kali pusing dan nasib baik takde parking sebab Jijah ni kadang² bukan boleh percaya, mau kot "ter" seketul dua... macam masa ikut mak pergi trade in barang dia kat habib, Jijah pulak yang lebih² barang seutas. MM marah jugak mula tu tapi ini kan kira investment jugak ni(pujuk berejam baru ok). Back to my story, though takde parking, Jijah sempat berhenti tepi jalan nak amik gambar ni...



Sejak bila la pulak beli barang kemas boleh buat installment gini? Siap blacklist pun boleh mohon. Kalau dengan koperasi, memang biasanya boleh. Tapi ni.. lain ni... ni macam ada satu kemudahan baru. Menarik?

Bila fikir balik harga emas sekarang pun memang sangat mahal. Kalau tak silap 1 gram 916 = RM135 (okt lepas)... ke naik dah jadi RM150 idakle Jijah pasti. Yang kompom.. memang harga emas ni naik aje. Tak turun² dah. Selalunya orang yang baru nak kahwin la kesian. Baru nak mula hidup kan. Duit nak buat belanja kahwin bukan sikit². Kalau dapat pasangan yang sama bagus, syukur tapi kalau salah seorang tu demand pulak.. hmmmm... orang kerja gomen juga senang.. boleh buat loan beli hantaran serba berdiri.. buat personal loan untuk duit belanja 1000 kepala.. pastu.. TILL DEBT DO US PART.. hooaaaa... mintak dijauhkan ye.. pandai² la mengurus selepas itu....


Saturday, January 9, 2010

happy hour

I dont have any idea what to blog these few days. The mind is focusing more on the school things.. maklumlah awal² tahun. This year I get skipped from being a class teacher. Thus, I am less busy compared last year. Kalau jadi guru kelas ni kenalah rajin nak decorate classroom. A class teacher has to prepare a good class ambiance so that students rasa best jek nak belajar. Tak boleh lokek untuk keluar duit juga. Has to invest a little for your students. Besides, classroom ni macam second house so of course kita nak our house to be as tip top as it can be. Basically, kena lah rajin dan murah hati ye!!

Life is.. good albeit nothing much happened. Lets see.. well my washing machine has broke down for the first time after 5 years. Frankly.. I felt like its the end of the world! Sangat susah hati.. Until the machine is fixed, it means laundry service.. luckily there is only us. If anak ramai ke.. Haruslah everyday menempek muka kat dobi.. dah lah jauh nak pergi.. handwash? Kalau yang kecik² and baju kurung boleh la. Ni jeans, pants, towels.. oh tidaaakkkk... domestic diva wannabe konon kan? I wonder how mak can cope with this.. My mom still handwash though ada washing machine sampai hari ni.. All jeans, bedsheet, curtains and even towels pun dia handwash.. Entah bila I can be tabah like my mom.. the true super woman.. domestic goddess.. sigh..

Enough with the laundry blues.. Yesterday.. MM & I went berjimba² at Mesra Mall. Ooooh weeelll.. I know its so overated dah Mesra Mall ni but where else to go. Kuantan every weekend haruslah kopak jadinya and I dont prefer KT because too hectic with mat rempit. So Mesra Mall lah jugak. Tup tup.. ada pulak a karaoke lounge baru dibuka.. MM is the most excited. We sang merely for 2 hours. Tak puas ok.. next week kena pergi lagi. I once proposed to MM to install a karaoke set at home but MM disagree. He said the neighbours wont be happy lagipun suara bukan sedap sangat nak melalak anytime we like. Better syok sendiri somewhere else and jauh dari rumah.

MM is quite tall and Im only a 5 footer..
thus most of MM's piccas adalah sekerat saja...
hehehehee


Wednesday, January 6, 2010

something is wrong!!

I think there is something wrong with my nuffnang stats. It showed a tremendous increase of my blog visitors which I find very ridiculous when normally the most I used to get was only 4 or 5 visitors at a time. I noticed it all started after I posted my Avatar and Usana entry. Is those stat reliable? It just got beyond my expectations..


*click on the picture for better view

Check this out.. 412 visitors on the Jan 3rd.. I just could not believe my eyes.. tak pernah² ok... and the weirdest thing is they came mostly from the United States.. From Malaysia pun ramai.. Malaysia tak pelik because I mostly write in Malay kan.. so logik lah if many of my readers were local pun.. but the States? Even Hungary pun ada.. issskkk.. aku mana ada kawan kat sana.. logik ke if my humble blog ni ada reader from all over the world? I dont think so.. Who are these silent readers ?



This is the most recent... today its even weirder.. with 141 visitors most of them were from the US & Germany.. Malaysia's pun tak seramai itu.. Hmmm.. I just dont understand.. Orang putih sekarang ramai dah pandai cakap Melayu ke? pelik.. pelik.. one of my blogger friend, Nana said those from Switzerland, Poland are orang Malaysia yang duduk kat sana, either kerja or furthering studies.. takkan la sampai ramai macam tu kan?



If its true.. Alhamdulillah.. tapi takut pun ada.. Siapa agaknya mereka ini ye.. now nak tulis blog ikut suka pun tak berapa nak berani.. takut kot ada menyinggung perasaan pihak² tertentu.. ehhh.. on second thought.. this is my blog.. I can write anything that I want kan? screw others!! lalalalallalaaaaaa....

Sunday, January 3, 2010

Running In Heels

Ini bukan program reality yang kat E! tu ye but I was literally running in heels today because it was the first day of school session in 2010. Actually... I have been busy since last Monday. Cuma malas nak layan kan mode busy itu. Awal² tahun ni nak pening² hal kerja tak stylo ok....

Anyway hari ini, gatal kaki pulak nak put on heels yang dah lama terperap dalam bonet kereta. Lupa lah pulak the fact that I have to climb the stairs up to the 3rd floor for my Year 4 & 5 class.. huhuhuuuu.. thus, kaki ku adalah berblister dan tumit sakit² sikit. Sungguh masih in denial that high heels is a BIG NO NO for a big girl like me.. tapi kalau tak pakai nampak sangat la Jijah ini sama tinggi dengan anak² murid tersayang.. huhuhuuuu..

So the new session has begun. I was more than happy to see the new and familiar faces again. The day started cloudy and a bit drizzled. Alhamdulillah, I managed to wake up early after days of late mornings.. and I did not delayed any lesson. Selalu first day orang malas mengajar. Aku takkkk.. terus jek ngajorrr... Sebab exam's system kat Terengganu ni tidak sama dengan negeri lain. Silap haribulan boleh tertinggal syllabus. Siapa yang susah nanti.. Cikgu Jijah jugaaakkk..

On the first day, I stayed until 3pm. Bukan nak bodek sesiapa. Since its still early and masih fresh lagi, kerja² yang tidak berkaitan dengan P&P pun belum bermula lagi... Haruslah Jijah buat lesson plan dan tanda buku on time. Once delayed.. alamat terus berserabutla nanti.. I just cant afford to be that fibre(serabut)... kekekkeke.. suka ati jek fibre..

Ohhh well tak tahu la nak cakap apa lagi.. Bila la Jijah nak jadi like Rachel Mc Adams in the picture below..

sangat bergaya lah Cikgu Jijah bila running in heels gini.. hiksssss!!!

*pic was googled