Pages

Saturday, March 20, 2010

Tag Sepuluh ( yang gedik )

Jijah tiba² ada mood nak buat tag. Maka Jijah menggelintar blog² rakan mencari tag yang sesuai dan seronok untuk dibuat. Itulah kerja Jijah sepanjang cuti sekolah ini. Berinternet hampir setiap masa. Semasa sedang melompat blog, terjumpa sebuah blog yang sangat menarik milik seorang blogger wanita; LITTLE PARLOUR. Tertarik hati nak buat tapi dalam masa yang sama.. malu pun ada.. ;P

Kenapa malu? Sebab orang tak tag kita, tapi kita beriya nak buat.. nggegeehhh.. Ok.. arahan tag itu berbunyi: Anda dikehendaki kopipes tajuk entri dan gambar di bawah serta menjawab 10 soalan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.


1. Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri dan kawan baik kepada suami saya. Juga seorang kaki internet yang tegar. Namun begitu saya cuba sedaya upaya untuk menseimbangkan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan hobi saya dengan baik.

2. Siapakah diri anda di samping rakan?
Saya perasan.. ye saya perasan bahawa saya antara yang jelita peramah di kalangan rakan². Saya juga perasan yang saya baik dengan semua orang. Saya juga sedar kadang² mulut saya yang paling bising sekali kerana pernah sekali saya sedang sibuk dan duduk diam membuat kerja, salah seorang rakan sekerja saya kata dunia hari ini sunyi kerana saya diam sahaja. Kadang² saya seorang yang paling penakut sensitif di samping kawan² saya tetapi adakalanya, saya lah kawan yang muka paling tak tahu malu.. ini bergantung pada keadaan ye..

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
Saya baru saja menjangkau alam 30an. Pada usia begini tak banyak saya ingin capai. Salah satunya saya kepingin seorang anak kecil dalam rumah. Saya idamkan pergi haji/umrah bersama suami dan ibubapa saya. Saya ingin luangkan lebih masa bersama keluarga saya dan keluarga mertua seperti pergi bercuti bersama. Saya juga kepingin handbag mahal iaitu hermes birkin tapi percayalah yang ini hanya angan² saja dan saya tak mau beli sendiri. Saya mahu orang lain yang hadiahkan. Ngggeeeeee...

4. Siapakah nama pasangan anda?
MM.. initial untuk MUHAMMAD MUZAMMIR.

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
  • Kesabaran MM yang tinggi terhadap kerenah saya yang selalunya merepek.
  • MM.. tinggi, gelap dan kacak.
  • MM.. gagah berani.. ye dia pernah pukul seorang ulat tiket kat Pudu.
  • Sangat kuat bekerja untuk sebuah masa hadapan.
  • Dengkuran MM.. walaupun kadang² saya susah nak tidur sebab dia berdengkur tetapi dalam masa yang sama saya juga susah nak tidur kalau dia tiada di sisi saya.
6. Bila tarikh anda couple?
16 Mei 2003.. saya rasa MM sudah lupa tarikh ini. Takpe.. saya tak marah =D

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Ketika kami dibebani hutang yang banyak. Ketika itu kami baru berkahwin dan MM sedang bekerja di Kuantan. Oleh kerana tidak capai target jualan di sebuah bank tahan berjauhan dengan isteri maka dia berhenti kerja dan pindah ikut saya yang sedang mengajar di Hutan Melintang, Perak. Namun, saya kira ada hikmah di sebalik itu, mula² ia pahit, lama² ia menjadi semakin manis.. dan syukur.. rezeki kami sekarang sudah semakin murah.

8. Lagu tema cinta anda.
Banyak.. kerana kami suka muzik dan menyanyi.. ye kami kaki karaoke. Kami juga suka tonton persembahan pentas. Sebab itu kami ada banyak lagu tema. Antaranya lagu Cinta Antara Kita (duta), Always(Bon Jovi), Love Me With All of Your Heart( Engelbert Humperdick), Bila Kau Tak Di sampingku (Sheila on7), More Than Words (Extreme) dan banyak lagi. Namun yang paling simbolik sekali ialah CANT TAKE MY EYES OFF YOU versi Lauryn Hill kerana lagu ini lagu tema semasa dia lamar saya untuk jadi makwe dia di atas Bukit Langat.... ehhehehehe..

9. Apakah perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Saya cuma mahu dia berhenti merokok dan kekal sihat tubuh badan kerana saya mahu kami berdua hidup lama untuk menikmati nikmat tuhan yang melimpah ruah di muka bumi ini.. dan sama² menyemai hidup yang diberkati untuk akhirat nanti.. insya Allah..

10. Tag 10 rakan lain.
Ini paling senang. Siapa baca.. dialah yang kena tag... =D



13 comments:

@tune® said...

terkena tag la!!
wakakaka...

16 mei 2003?
ala² peristiwa 16 mei gitu

jijah montel said...

ha ahhh kan.. tak perasan lah.. peristiwa 16 mei.. jgn jadi tragedi sudahlah.. hehehee..

K.e.e.N~si empunya blog said...

alamak..'ter'baca...so kena buat jugak ke cik jijah?? i pun malu jugak..hehe

cik-zura said...

alamakkk... purak2 tak baca nih.. lalala

Nurul said...

awhhhh!! I love the way u answer the ques!! shomellll gileee!!

~*irjune*~ said...

hahhah....aku dah baca...nanti aku buat plak ek utk tag aku..kah kah kah kah...

jijah montel said...

keeennn.. ehehehe.. malu² kucennn..8D

zura.. nak ngelat yeee... nanti cikgu jijah rotan nanti.. =D

comel.. why dont u do it too? i bet urs will be much more shommmelll...

hehehe.. jun.. mesti buat ye??? nanti cikgu jijah nak mark and bagi markah... ehheheh..

Abg Din said...

ayoyoyo...

tak baca..tak baca....

hehehehehe.....

jijah montel said...

ehhh.. abg din.. ni kira homework dah ni.. kena gak buat.. tak buat kang.. kena demerit.. hehehhe..

Lady of Leisure said...

hehe tq sudi buat tag ni... lady tag semua pembaca, maknanya termasuk cik jijah gak la...
hehehe..
:)

jijah montel said...

Lady.. tq for the tag... :)

zuesaran said...

aku kena tag dah...hua hua hua..tp aku suka kan entry ni...it shows how much you love your hubby..betuahnye Encik MM kita ye...hihiihi...

jijah montel said...

zueee.. Salah tu.. Aku yg bertuah dpt suami mcm dia ;)