Pages

Tuesday, February 2, 2010

LONDON

Pada suatu malam yang hening.. di sebuah rumah kuarters yang kecil, seorang guru sedang sibuk mengajar anak² murid tuisyennya Bahasa Inggeris dengan berkonsepkan individual guidance...

Cikgu Jijah nan montel : Cuba Bang Chik baca nih.. ( an English passage)
Bang Chik : *Dok *pahannggg teacher...

Lantas Cikgu Jijah nan montel cuba guide Bang Chik untuk baca passage tersebut. Bang Chik pun ikut dengan sungguh tekun sehingga sampai ke satu ayat ni.. " Orile had once ran away from a law school in London"...

Cikgu Jijah nan montel : Tau tak kat mana London?
Bang Chik : Tau!! ( dengan begitu *kondifen )
Cikgu Jijah nan montel : Bagus.. London tu apa?
Bang Chik : TEMPAT *OGHANG GI BUAT KUGHUSSS *BADDANGGG..

Cikgu Jijah nan montel adalah terkesima lalu bedebuuuukkkkk!!! Cikgu Jijah bagi sebijik kat Bang Chik...... serentak dengan deraian ketawa oleh murid-murid lain...


nota kaki satu:
*dok=tak
*pahangggg=faham
*kondifen= confident
*oghang= orang
*kughusss=kurus
*baddanggg=badan

nota kaki dua:
Cikgu Jijah nan montel pernah satu ketika menjadi pelanggan tetap LONDON WEIGHT MANAGEMENT di Klang.

nota kaki tiga:
Jijah ingatkan ke Bang Chik nak jawab tempat David Beckham main bola ke, negara omputih ke... tapi bukan salah Bang Chick pun kan? Teknik Jijah menyoal tuh yang salah... kesian Bang Chik kena bedal... tapi Bang Chik pun ketawa jugak sambil Cikgu Jijah gosok² bahu yang kena bedal tadi!!!


8 comments:

emmii the strange said...

adoiiii liza weiiiii!!!

whooz said...

hebak aa bang chik nih..

whooz said...

kurt, cuba hantar dialog ni kat reader's digest..hehehhehe

cik jijah said...

kak emmi... adoyaiiiii...

along... bijjjjokkkk!! nak antar RD ke? hehhehe.. tak mau lah... malu...hehehhe

cik-zura said...

kahkahkahkah (terlambat sket gelak)

cik jijah said...

hehehehe.. zura... aku sayang dia tau.. tapi lurus bendul lah!!

whooz said...

alaaa anta la..buleh dapat duit tuu.. :D

cik jijah said...

alaaa along.. along nak tolong anto boleh jugak.. hehehe.. insya allah.. nanti kalau ada kelapangan saya akan usahakan.. ill let u know!!