{sesi luahan hati sebagai guru... Lama dah tak buat perangai gini.. Hihi}
Semenjak mengajar di klang ni, semenjak dua menjak menjadi ibu (adam skrg dah besar dah 15 months old), sangat tak sempat untuk meluangkan masa di blog tinggal ini. Namun, bukan kesibukan kehidupan seharian yg menjadi sebab utama tetapi faktor internet yg lembab turut menyumbang kepada masalah ini. Walaubagaimanapun bukan itu yg saya mahu bincangkan di sini.
Motif sebenar adalah untuk meluahkan rasa geram kepada ibu bapa murid yang saya ajar sekarang. Terlalu banyak kerenahnya sehingga menjadikan saya rimas. Namun, saya tak salahkan ibu bapa. Saya faham mereka mahukan yg terbaik untuk anak mereka tetapi matlamat tidak akan menghalalkan cara.
Terbaru adalah dalam menyiapkan kerja rumah. Saya tahu dan pasti bahawa masakini anak-anak kita terbeban. Jadual belajar yang padat. Aktiviti persekolahan mahupun kelas tuisyen. Namun begitu, ibu bapa tidak berhak menyiapkan tugasan atau kerja rumah yg diberi oleh guru bagi pihak anak anda.
Bukan sekali dua anak-anak ini 'terkantoi' dengan saya. Bermati-matian tidak mahu mengaku itu bukan hasil tangannya. Sehingga jawapan "saya tak tahu" terkeluar dari mulutnya setelah didesak berkali-kali. Saya tidak putis asa kerana saya amat pasti tulisan asal dan tulisan hasil kerja di buku itu amat berbeza sekali. Akhirnya "saya minta maaf" terbit juga dari mulutnya dan mengaku itu bukan tulisannya.
Apa yang saya lakukan hanyalah memberi amaran kepada murid saya di samping nasihat. Saya minta murid saya menyampaikan sedikit pesanan kepada ibu bapa mereka. Antara yang saya pesan ialah supaya ibu bapa menulis hasil jawapan di kertas lain dan minta murid menyalin sendiri ke dalam buku mereka.
Apa yang ada dalam fikiran anda sebenarnya ibu bapa sekalian? Tindakan anda sama sekali tidak mendatangkan kebaikan untuk anak anda. Malahan anak anda boleh ditimpa masalah kerana tindakan anda.
Setiap kali saya memberi kerja rumah saya pasti akan memberi tempoh masa yang 'reasonable' untuk murid saya menyiapkan. Ibu bapa tolong semak. Bukan tolong buat. Itu sahaja yang saya pinta. Andai tidak siap juga saya tidak marah malahan saya tulis amaran agar latihan itu disiapkan dan lanjutkan lagi tempoh masa.
Mohon semua ibu bapa tidak mengambil lewa akan hal ini. Tidak salah untuk memberi bantuan kepada anak anda tetapi kasihanilah anak anda. Hanya kerana anda rimas dengan rungutan mereka anda mengambil jalan mudah untuk membantu mereka.
~jijah montel~
Pages
Monday, April 15, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Cubaan pertama
Gheja banyak oiiii... Ni ada masa pulak godek menda alah ni.. Mana enter wehhh.. Tak minat la tulis panjang panjang sampai hujung.. Huwaaa.. Test boh gambo sket.. Macam tu je lahhh ehh.. Camne nak tulis caption kat gambo ni.. Kena explore lagi la ni.. Ok ... Ehhh tetiba jumpa enter..
Jeng
Jeng
Jeng
Hihi
Jakun aihhh
Anyway
Tata
See u soonnnnnn...
Jeng
Jeng
Jeng
Hihi
Jakun aihhh
Anyway
Tata
See u soonnnnnn...
Subscribe to:
Posts (Atom)