Hujannnnnn yang turunnnn bagaikan mutiaraaaaa.. ececewaaahh.. senang hati jek kan? seronok tau.. setiap hari hujan... sejuk ajek.. tak pakai deodorant pun takpa sebab kurang berpeluh.. level hangit hanyalah suam2 kuku gitewwww kan.. alahhh.. Jijah duk rumah jek.. tak gi mana2 sangat pun.. best kan hujan? walaupun baju lambat kering namun cuaca yang ala2 winter ini memang sangat besttttt.. syukur kepadaNYA di atas rahmat ini... tetaaaaappiiiiii.. apabila kejadian seperti ini berlaku...
Jijah nak payungkan dia.. tapi MM macam macho..
tak mahu dipayungkan.. hehehe..
maka, basah lah lencun dia dek hujan lebat..
dah lah basah jherrukk orang ganu kata... nat tayar tu
punyalah ketat gila.. sampai bersepak terajang la si MM
tu nak loosen nat tu..
Benar belaka.. tayar kereta pecah ketika on the way to berjimba-jimba di Kuantan Jumaat lepas. Bengang bak kata si akim AF7 (jijah gugel ni).. bukan bengang kat hujan.. tapi bengang kat jalan yang berlubang. Mau tak bengang. Masa balik Klang last week kereta tuh dah tip top servis balancing alignment sampai tukar tayar siap. To be exact, Isnin last week.. which means jangka hayat tayar tu tak sampai pun seminggu lagi. Inilah yang orang kata.. malang tak berbau..
namun begitu.. kami bengang sikit jek. Udah tak ada rezeki kami.. redha ajek la.. and so the journey to Kuantan continued.. hehhehe.. kalau patah balik Dungun pun.. semua kedai adalah tutup pada hari Jumaat.. maka MM dengan semangat memandu sambil berhati2 menuju destinasi.. walaupun mood adalah sedikit kureeeengggg..
iyeeee... item pertama dalam shopping list kami ialah tayar baru.. dan biasalah sampai kat kedai tu.. bukan tayar jek kena tukar.. rim bengkoklah.. nat hilang lah.. maka berterbangan lah dalam 200++ jugak.. apa nak buat..
tiba-tiba...... setibanya kami di Kuantan..
.
.
.
.
.
.
.
.
Mood akak pun boost up kembali!!! MM sengaja parking kereta betul2 depan Ariani tau.. saja jek tau nak gegar akak.. memang gegar punnnnn... tu dia 90% lessss!! Apa lagi kan.. akak pun berjimba2 dengan penuh girang la kat dalam Ariani tu. MM pulak pergi cari baju spare nak tukar baju basah dia.. terkinja2 sensorang la akak dalam kedai tu..
Ada lah dekat 6 helai hasil tangkapan di Ariani semalam.. puas hati ku... ishhh ishh ishhh.. mengucap Jijah.. mengucap.. tapi terfikir jugak tau.. asal gi jek Ariani mesti ada sale.. asal sale jek mesti Ariani. Hari tu gi Ariani Mutiara Damansara pun sale jugak.. tapi tak la sampai 90%.. agaknya susah dah nak jual kot.. kan banyak dah pesaing sekarang.. bagus bagus... I loiiikkkkeee!!
Sesudah berhabis uwaaanggg di Ariani, kami pun ke ECM (sopping kompleks kebanggaan rakyat Pahang) nak jenguk2 kemeriahan YEAR END SALE di sana.. memang meriahhh.. tapiiiii.. tak semeriah yang ini...
Addduhhhh.. jauh sangat nak ke PJ sana.. Jijah terpaksa 'makan hati' sebab tak boleh balik KL minggu ni. Lagipun adik ipar nak kenduri next week. Kelam kabut lah MM kalau Jijah paksa gak balik KL minggu ni kan.. takpe.. lain kalilah (pujuk ati sendiri).. kalau ada rezeki :)
Begitulah kisah December Rain.. hujan di Terengganu nampaknya dah reda.. tapi hujan "megasale" baru nak mula.. hmmm.. bagus jugak duk sini.. jauh dari tempat2 yang boleh merabakkan poket ku.. tidor lagi sedap.. *sigh*
side note: thanx to CIK NINA.. sebab belanja karaoke semalam (sempat lagik kan?)... hehehheee.. babe.. we should do it often.. best giler masa kita melalak lagu jai ho!!