Pages

Showing posts with label ghoje... comatose. Show all posts
Showing posts with label ghoje... comatose. Show all posts

Friday, January 13, 2012

buku

" cikgu!!! saya tak bawa buku teks!!," sambil tersengih2...
" saya tak bawak buku juga...," sambil tersenyum gedik... 
" cikgu!!! buku saya tertinggal!!!," sambil terkinja2 ketawa... 

macam2 versi la cara bebudak sekarang bagitau kalau tertinggal buku...
tapi satu yang pasti... 
tak ada seorang pun yang takut...

kalau kak jijah dulu...
tertinggal buku.. 
takutnya ya amat.. 
nak mengaku dengan cikgu pun malu...

itulah zaman sekarang..
nak marah2 sangat pun buang masa...
budak2 tak berapa nak takut...

apa kak jijah buat kalau ada murid tak bawa buku?
selalunya warning aje.. 
and make sure murid buat jugak either in jot book or kertas kosong..
later tampal dalam buku.. 
tak boleh nak marah sangat...
karang kita sakit hati sensorang..
sebab budak2 ni bukan takut...
tapi sengih macam kerang busuk... 
terhibur agaknya dengar bebelan cikgu dia...
huhuhu.. 

Wednesday, March 9, 2011

ujian

minggu akhir sebelum first school break in 2011..
minggu ujian bulanan satu .. 


semalam.. masa kertas bahasa inggeris.. tahun 3.. 


cikgu : pastikan kertas soalan yang kamu terima mempunyai bla.. bla.. bla.. sekiranya kamu ada sebarang masalah.. sila bertanya pada saya.


murid : cikgu.. see saw tu apa?


cikgu : jongkat jongkit.. 


murid : cikgu.. boleh tak jawab dalam BAHASA MELAYU?


cikgu : ????????????????








semalam.. masa kertas sains.. tahun 4.. 


cikgu : sila pastikan.. bla bla bla.. jawab dwibahasa.. BM boleh.. BI boleh.. bla.. bla.. ada masalah sila tanya saya..


murid : cikgu.. mana satu BAHASA MELAYU.. mana satu BAHASA INGGERIS? 


cikgu : ??????????????






* minggu yang agak serabut.. 3 hari 3 malam berkubang dengan kertas soalan.. hari ni baru bertenang sikit.. next week school holidays.. yippie!!!!





Thursday, March 3, 2011

lubang

dedulu.. masa bekerja di tempat orang..
asyik marah² aje.. kalau jalan bersopak.. berlubang.. 
mana tak nya.. ada 2 kali rasanya.. 
adegan pecah tayar...
si lokong tukar tayar..
si lopo payungkan.. 

sekali balik sini.. sama sahaja..
dah nama pun duduk pindah randah dalam negara..
pusing ikut mana pun.. serupa sahaja.. 
tapi bagus jugak.. 
walaupun usia tuan tanah tak muda mana..
latihan memandu sambil mengelak lubang... 
dan jalan² tak rata ini..
sangat membantu psikomotor kaki-kaki ku.. 
terutama dalam memperbaiki skill memandu kereta manual.. 
tanya akak keen korang.. 
sampai senak perut dia naik kereta dengan akak.. hehehe..
mintak mahap bebanyak keen.. hikhik.. 

tapi apa kes kalau lubang tu...
pada lantai cenggini...
nak buat macam mana? 





walau kelas itu berlubang² lantainya..
konsep mengajar sambil round keliling kelas adalah wajib...

thus.. jangan lah mengada nak pakai high heels ke.. 
stilettos ke.... hatta wedges sekali pun.. 
simpan sahaja lah clarks, or even vincci korang tu.. 
harus terpeleot kaki mu yang bak bunting nangka tu.. 
berjengkot lah korang barang seminggu dua.. 
nak selamat.. pakai jek kasut sekolah..
macam anak² murid tu.. 
nescaya akan selamat sampai tamat kelas.. huhuhuu



*hari tu masa YB datang.. lupa pulak nak sound dia pasal kelas ni.. kan dah nak dekat PRU kan.. mana tau kot dapat peruntukan ke.. 






Tuesday, March 1, 2011

buang tebiat

bz mode.. has been working non stop since last week..
its the 9th day today.. it will go on till the 13th day..
yakni sabtu ini..


today.. total minutes of teaching.. 240..
reaching the 180th minutes..
one of them pupils suddenly vomit... 
all over his uniform and desk..


all shaking shivering.. and noticed how hot his body temp.. 
kesian sangat.. terus papah dia to the toilet..
and went to get the mop..
without hesitating terus mop lantai kelas..
takkan nak biar aje.. nak mintak tolong pekerja..
segan.. sebab tak kenal lagik.. 


sekarang ni.. jadual seminggu adalah sangat padat..
about 930 minutes a week.. afternoon session pulak tu..
hence.. no more eye liner... no more mascara..
not even any compact powder.. let alone the foundation.. 
just sunscreen + lipstick..
lipstick pun lepas solat asar... malas nak pakai..


Selekeh je cikgu jijah ni..
sekali sekala boleh lah melaram...
hikhik... sekali sekala la..
bagus jugak.. jimat bedak eyeshadow semua kan??


Kalau melaram cenggini ke sekolah...
peh tu bersingsing lengan pulak mop lantai..
apakah?
yeeee... buang tebiat agaknya.. 
LOL!!!!



Wednesday, February 9, 2011

sleepless in klang..


ok.. its official.. I am an owl now.. past midnite again.. and I cant sleep.. tak best hokeyyyy.. even though I have the privilege to wake up late.. almost everyday... tapi tak best betul.. dah try nak tido tadi.. guling sana guling sini.. harammmm.. terkedip kedip.. terkedip kedip.. hence I leave the bed and kumpul semua buku yang tak bertanda lagi.. amek.. piles of them!!! accompany by the idiot box, a big mug of nescafe, some munchies and my laptop.. here I am.. embarking the nite with books marking.. sigh..



Tuesday, January 25, 2011

cerita ceriti

ok.. sila lupakan seketika ye.. projek kecil yang saya sedang usahakan.. tapi jangan lupa terus.. sisipkan ia di ruang tepi minda separa sedar kamu.. hikhik.. its coming soon.. so.. tungggguuuuu...

Sudah lama Jijah tak ngomel pasal kerja kan? Almaklumlah sekolah baru.. suasana baru.. Sekarang ni Cik Jijah engkome ngajar sesi petang. Mula² dulu adalah sangat seronok bila dapat tahu sebab ni pertama kali nak mengajar petang. Boleh bangun lambat!!! hikhik.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. panjang oh tapi ku.. kepanasan di siang hari dan jadual yang sangat pack; 31 periods compare usual around 24 - 25 really put myself into a test.. antaranya.. Kak Jijah korang dah tak boleh nak over over make up cam dedolu.. cair foundation mak dek non.. eyeliner kembang smpi mata pun dah serupa mata mak panda mcm kena tumbuk.. adehhhh.. pehtu terkejar² antara solat, masuk kelas dan minum petang.. mesti minum satu kali kat sekolah.. kalau tak duduk kantin rasa macam the day is incomplete.. biar tak masuk bilik guru.. jangan tak masuk kantin.. hikhik.. 

Overall is ok.. Akak still survive uolsss.. bab paling best.. mengajar.. akak suka mengajar budak² sini.. maybe because budak² sini dah stream ikut capability masing². Even though Kak Jijah dapat kelas hujung² tapi enjoy lah mengajar diorang ni.. walaupun respond adalah sedikit hampeh macam kerja sekolah tak siap dan sebagainya tapi akak selesa mengajar budak²  ni... 

Adalah jugak kisah² terpencil macam siang tadi.. bila ada seorang murid perempuan ni yang selalu tak keluar rehat. Kak Jijah uols neh ingatkan dia tak ada duit nak rehat so bagi lah dia singgit. Sebelum tu akak interview dia dulu. Tanya dia mak ayah kerja mana, adik beradik berapa orang kan.. Katanya ayah kerja bawak lori tapi mak tak kerja, adik sorang baru, baby.. Akak tak puas hati akak tanya kawan²  dia pulak. Kawan dia kata satu hari dia bawak duit 4 hengget.. means 2 hengget pagi (sek agama) 2 hengget petang. Mak aihhhh.. banyaknya duit dia.. terkesima akak sekejap... mana pergi duitnya kalau gitu kan? rupanya duit yang dia ada tuh abes buat beli mechanical pencil dgn jajan masa sek pagi.. sabar je lah.. 

Lagi satu kisah.. ni murid lelaki pulak.. dia ni dah MC dari semalam.. hari ni MC lagik tapi orang biasa anto MC besoknya bila dah sihat dan datang sekolah kan.. ni tengahari tadi tengah akak baru nak buka mukadimah pelajaran hari ini tiba²  dia datang dengan pakaian seluar pendek+t-shirt hantar surat MC.. bukan official MC pun.. surat yang ayah dia tulis. Dia kata semalam saya selsema hari ni saya jatuh basikal sambil dihulurnya surat ayah dia tu.. Aku ni terkedu kome tau.. tak tau nak cakap apa.. sepantas kilat kejadian tu.. Selamba betul lah.. sah² la sihat walafiat kalau gitu gaya kan? tapi tak terkata apa.. esok tak datang juga.. lusa aku sound.. 

Dalam ramai² murid yang akak ko ajar tahun ni.. ada sorang yang betul² mencuit hati.. tak tercuit lah sangat tapi terkenang² lah jua.. budak ni sengau.. sengau lah sangat to the extend memang haku tak paham sesen pun apa dia cakap.. mulut dia sumbing tapi dah restructured dah and bibir dia dah elok tapi sengau dia tu tak ilang lagi..kesahnya.. bila dia bercakap, aku ni asek ter "ha? ha?".. aje dengan dia.. sampai ada sekali tu dia mintak izin nak buat apa tah aku tak bagi pasal aku tak paham dia nak buat apa.. tiba² hilang je.. rupanya dia pergi je terus tanpa izin aku pasal tak tahan sangat dah.. ye lah.. cikgunya pun tak paham².. mau tak tensen dia nya? ada sekali kitorang buat ala² motivasi untuk budak² ni main lah game tepon karat.. budak sengau ni beriya nak main.. kitorang bagi je la kan.. ingatkan ke mau tunggang langgang ayat kumpulan budak ni tapi it turn out to be one of the most complete sentence.. rupanya kawan² dia paham apa dia cakap.. walaupun dia sengau tapi dia ada keyakinan.. bagus betul.. memang sukalah dengan dia.. tapi ada jugak yang tak tahannya.. dia sengau.. tapi banyak sangat bercakap.. kaki bising tau budak ni.. hehehe.. 

Itu antara ragam baru di sekolah baru akak ni.. tak cerita lagi kat sini kena check in/out setiap hari guna thumb print.. canggih sekolah akak ni korang.. korang ada? hikhik..



Thursday, November 4, 2010

two weeks

Saya sedang bersiaran dari dalam kelas. Sudah distributed kerja kepada murid². Tak ada lah kerja berat sangat sebab semua dah habis exam. Pejam celik.. pejam celik.. tinggal lebih kurang 2 minggu je sebelum sesi persekolahan 2010 berakhir.

Seperti biasa, bila hujung tahun ni kerja adalah sangat banyak sebab no one willing to stay during holidays for some unfinished works. Semua struggle nak siapkan sebelum cuti. Masa cuti nanti banyak lagi kerja lain nak buat. Lagi² yang tengah further study, PJJ.. masa cuti sekolah lah kelas diorang.

So, saya online via broadband sebab kemudahan internet sekolah adalah sangat mengecewakan. And broadband is always a 'berukbang' like people always say. It got worse bila  nak update satu info makan masa dekat 5 minit.  I tell you, government website really pissed me off. Sakit betul sebab bila tak siap kat sekolah, kena sambung di rumah. Bila dah sampai rumah, banyak kerja lain nak buat hence the job is postponed. So, bila nak siap?

Nak cerita pasal kerja adalah tak cukup setakat ini. Ada macam² lagi tapi kalau asyik merungut sahaja pun tak bagus juga. Cekalkan saja hati dan abaikan semua anasir² yang mengganggu. 

Tinggal 2 minggu saja lagi.. tapi rasa macam long way to go..




Sunday, October 24, 2010

sekayu

Just got back from Sekayu. Not really. I have been home since yesterday. MM drove back earlier and left me there to finish the camping as he had to work on that Saturday. I went back with a friend whose husband had left early as well and end up I drove her Exora since she just didnt have enough guts to drive all the way back home.

Overall, it was the best camping I have ever joined. First, I have MM spending both camping nites with me. Second, the commitment from all my colleagues were so overwhelming. Third, the happy faces of my dearest students. Not so often my students get to experience such a thing. Some of them, didnt even get the chance to step out of their home. Not even to nearest town, Dungun. This is definitely a good thing for them.

So the camp ended successfully. No one get hurt or injured but I fell sick once I got home. My head spinning, my body ache wholly and I threw up few times during dinner. Thank God there is MM, again taking care of me. He is my best buddy and my caretaker.. I dont know what will I do without him around.. ( ni sebak kenang kot dapat pindah balik Klang nanti because I will pindah first then barulah MM).


*we have just discovered that this 'sunway lagoon' exist in the woods.. apa lagi..
the morning activity had been canceled and replaced with pool party..
lagi la budak² tu excited :D


Friday, October 15, 2010

pee tee kay



esok Jijah exam!!! elehhh.. PTK je pun.. tapi kalau lulus buleh naik gaji.. yeeehaa!! tapi kalau dah ada sijil BTN buleh la naik gaji.. BTN pun tak panggil² lagi camno.. takpelah.. janji lepas PTK.. tinggal satu paper je pun.. wish me luck ok!! I do need 100% of luck because I literally not studying at all.. cuma drill questionnaires jek.. hehehe.. apalah cikgu ni! so see ya.. daaaa..

Tuesday, October 12, 2010

gelabah

Gelabah Jijah tadi.. mana taknya.. baru je nak isi permohonan SBP untuk murid tahun 6.. tiba ² website permohonan tu dah ditutup.. sepatutnya closing 15/10.. pasal apa hari ni dah tutup.. Akak punya gelabah usah cakap lah.. habislah.. kesianlah murid² akak semua tak ada peluang dah nak ke sekolah berasrama penuh. Peluh jantan, peluh betina semua keluar dah.. seram sejuk aje rasa.. sebenarnya takut pun ada.. takut kena marah..


(sila klik untuk tumbesaran imej)

teliti punya teliti.. rupanya yang ni kemasukan 2010.. memang berzaman dah tutup permohonan.. akak punya kemasukan 2011.. tulah yang pergi taklimat orang lain.. yang buat kerja orang lain.. haihhhh.. nasib baik belum sempat calling sana.. calling sini.. kalau tak malulah Jijah.. huhuhu..

nota kaki cagu: tak suka tau buat kerja gini.. lainkali nak suruh kita buat kerja.. suruh kita la yang gi taklimat.. yang gi taklimat pun buat apa tah.. iskkk.. menjeruk rasa sungguh..

Wednesday, August 18, 2010

early ramadhan gift



The biggest congregation for all Dungun teachers was held last week. If Im not mistaken if all of us showed up that day, there would be approximately 2500 teachers altogether. The whole lot of us..

The purpose was to meet the MB of Terengganu who has this ambitious desire to meet all teachers of Terengganu face to face, one by one. Impossible as it may sound, it was made possible as he came to district by district. Dungun was the last and with no other choice but held during Ramadhan. Apparently, his visits wasnt with empty hand but with a souvenir for every teacher. An 8GB pendrive for each teacher.

I, when heard about this for the first time was a bit reluctant only to meet and receive an 8 GB pendrive. Its not like it's first appearance. A 128MB pendrive only, was as expensive as $130-$150. Today, it is one of the most common IT tools that can be found almost anywhere with cheaper price and bigger memory size. Anyway, as an obedient government staff, I changed my mind and thought why not I gave it a shot. I might not be able to experience a big gathering like this anymore next time (sebenarnya kalau tak datang, kena buat surat tunjuk sebab).



It wasnt a disappointment at all. Each of us receive this petite pendrive.. beautifully crafted with swarovski crystals.. the ladies were the happiest I tell u.. who doesnt like the blink blink stuff? if possible from tudung till shoes.. most of us, teachers want to decorate them with beads and crystals.. blink blink kiasu I may say :)

The men's was slightly different from the ladies. Ours was a pendrive necklace but their's was a keychain and a bit bigger in size.





Im loving mine so much but Im not any meticulous type of person that I dread I might lost it someday so I exchanged it with my male pal for the keychain one as he wanted to give the necklace to his wife.

I think the MB of Terengganu and his clan did a good job. It was very thoughtful of him to get each of us such a pretty pendrive which is rare and hard to get anywhere. If its any kingston pendrive might as well we get it ourselves and not to hassle and waste our time, energy especially in finding the parking for the gathering that day. I tell you.. it was a mess.. people parked their car almost everywhere. It was the worst scenario ever. Luckily I decided to carpool with some friends but we waited for almost 20 minutes for someone who parked in front of us to move his car. Oh well.. once in a while..

Monday, April 19, 2010

bring me back the mojo...

Really.. at this moment being lonely is a bless. Sincerely I felt like nagging. I felt so grumpy but since I am all alone the urge-ness of talking and nagging ease slowly to the land of nowhere and disappear. If I have a child, she/he will definitely be the victim of all this. And that will make me the evil mother..

Given a task that was not delivered well by the power-that-be has really put me into a real pressure. Well... I think it was not being delivered well since it was handed down to me without any further explanation... she seems to let me do it all by myself. In the first place, it wasnt her fault either. The "other" power-that-be supposedly specifically called for me instead of her and explain it right to my face... I think things could be easier then.. enough said.

All these pressure and tense.. hence the diversion of mind. I decided to have a makeover to this blog. Its been a while since the last one.. Having this change hopefully will motivate me more to blog that I actually think that lately... I... have lost the mojo to write..

Thursday, April 1, 2010

13 things.. Us, teachers wont tell..

directly to the face of those who only know how to complain of what teachers jobs really is.. dont simply judge us of something that you see from far.. meh sini.. akak bagi pihak cikgu cikgi nak meluah rasa hati yang mencengkam jiwa raga bakul kami ini..

Jijah found this article while reading the Reader Digest months ago. I think it is well-written and would like to share it here regarding the arisen of the issue of how we complaint that our workloads have mounted tremendously that it has taken its toll among some of us. Not all teachers I would say because it may vary according to school's location and the surroundings... and how well teachers tolerate and dwell their jobs in their life too.. so here goes.. according to the Reader Digest its not just the workloads..

Fact #1
RD: If we teach small children, don’t tell us that our jobs are “so cute” and that you wish you could glue and color all day long.

Cikgu Jijah: I really wish it is all that.. but it is more than that ye.. belum lagilah yang terkencing terberak tuh.. kitorang redha ajek.. kalau ada akak² pembantu am, bolehla minta tolong.. tapi kadang tuh kena settle sendiri la dek non...

Fact #2
RD: I’m not a marriage counselor. At parent-teacher conferences, let’s stick to Dakota’s progress, not how your husband won’t help you around the house.

Cikgu Jijah: kita nih nak bercerita pasal report card anak dia kan.. sampai ke hal rumahtangga pulak.. adehhh.. memang tak dapek akak nak nolong de.. takkan la nak pantau anak buat kerja rumah pun tak sempat..

Fact #3
RD: We’re sick of standardized testing and having to “teach to the test.”

Cikgu Jijah : percayalah.. boring tahu asyik² buat latih tubi.. life has bigger meaning and more than just some marks and grade on a piece of paper.. ada kan satu kes yang budak bunuh diri sebab tak dapat 5A in UPSR.. aduyaiii.. ada jugak yang suka tanya "cikgu, kenapa anak saya tak lulus subjek ni?" and tak puas hati pulak bila kita jawab sebab anak encik kurang usaha. So what, if your kid failed his/her paper? My MM only knew how to read when he was 9 years old and he is now an engineer. Not to mention Albert Einstein who had speech difficulty as a child and failed his university entrance test..

Fact #4
RD: Kids used to go out and play after school and resolve problems on their own. Now, with computers and TV, they lack the skills to communicate. They don’t know how to get past hurt feelings without telling the teacher and having her fix it.

Cikgu Jijah : budak sekarang manja amats.. tak kata orang lain.. esok kalau akak ada anak pun gini jugak gamaknya.. mintak jauhla ye.. letih dek nonnnnn.. marah sikit nangis.. marah sikit merajuk.. kawan usik sikit terus " teacherrrrr!!!" sebatu dengar dia jerit panggil cikgu.. katalah satu kelas 20 orang murid .. kalau 20 tuh semua perangai gitu.. 5 orang cukuplah.. tak menang tangan akak jadinya.. nak go on with other lesson pun payah.. so jangan la marah cikgu ye if anak² tu balik mengadu itu ini..

Fact #5
RD: When I hear a loud belch, I remember that a student’s manners are a reflection of his parents’.

Cikgu Jijah: terimalah hakikat.. i dont simply blame the parents but.. malu kan kalau anak tu buat perangai gini? Buka lah mata dan telinga luas².. tegurlah anak tu dulu sebelum hal jadi besar.. setakat sendawa ke kentut jek ke takpe.. takut benda lain... a note for myself too..

Fact #6
RD: Your child may be the center of your universe, but I have to share mine with 25 others.

Cikgu Jijah : minta maaf lah ye.. memang akak tak dapat nak give full attention to all of my pupils. Setakat yang mampu ajek. In a day, a teacher may have to face at least 70 different faces with hundreds of different attitude.. letih yanggggg...

Fact #7
RD:Please help us by turning off the texting feature on your child’s phone during school hours.

Cikgu Jijah : some school may have restricted the use of hp. But I know sometimes its easier if our children have one especially bila nak suruh jemput bila dah habis satu² program tu.. To those yang bagi anak pakai hp.. kawallah sikit penggunaan hp nih.. sila pantau inbox anak anda.. kot ada yang "sexting".. minta dijauhkan.. and.. tak payah lagi bagi hp yang canggih².. kot hilang kena curi kat sekolah.. ahkaaaaakkkkk jugak..

Fact #8
RD: Guys who dribble a ball for a couple of hours a game can make up to $20 million a year. We educate future leaders and make about $51,000 a year.

Cikgu Jijah : To Jijah personally.. I dont complaint much about the moolah that we made.. sebab dah cukup makan pakai.. tak taulah cikgu² lain.. even if ada mesyuarat ke apa ke.. Jijah selalu kena marah dengan kerani sebab malas nak buat mileage claim.. mana tak nya.. banyak lagi kerja lain nak dibuat tu yang terlupa pasal nak buat mileage claim.. but being a normal human being takkan la tak suka kalau ada pay raise kan?

Fact #9
RD: We take on the role of mother, father, psychologist, friend, and adviser every day. Plus, we’re watching for learning disabilities, issues at home, peer pressure, drug abuse, and bullying.

Cikgu Jijah : sometimes jadi minah despatch pun ada.. nih kalau merungut nih.. kang hilang pulak pahala kan.. cuma nak mintak timbangrasa lah sikit.. jangan lah terus hukum kami nih macam² kan..

Fact #10
RD: Kids dish on your secrets all the time—money, religion, politics, even Dad’s vasectomy.

Cikgu Jijah : berhati² la ketika bercakap di rumah... anak² kita ni kadang suka menguping (pasang telinga).. esok kat sekolah habis di cerita nya satu kelas.. "malam tadi abah kita gaduh dengan mak kita sebab tak cukup duit bla bla bla"..

Fact #11
RD: Please, no more mugs, frames, or stuffed animals. A gift card to Starbucks or Staples would be more than enough. A thank-you note: even better.

Cikgu Jijah: seriously.. tak payahla berhabis duit sangat nak bagi hadiah kat cikgu.. Ahkak sendiri tak tau nak letak mana dah hadiah² yang banyak tuh.. bukan tak suka.. sukaaaaa sangat sampai akak ada a small cabinet for all these gifts.. tapi percayalah.. kami tak harap semua tuh..

Fact #12
RD: We love snow days and three-day weekends as much as your kid does.

Cikgu Jijah : errr.. M'sia tadek snow la kan.. just nak highlights that even kami suka dan amat perlukan cuti tapi ramai antara kami yang tak kisah berkorban cuti, buat kelas tambahan untuk anak murid. Yang kesalnya is when some of them pupils just dont bother to show up.. ada kenduri kahwin katanya..

Fact #13
RD: The students we remember are happy, respectful, and good-hearted, not necessarily the ones with the highest grades.

Cikgu Jijah : Definitely not the grades.. bonus je tuh.. nak good grades haruslah semua pihak bekerjasama. Tak cukup if cikgu sahaja yang beriya² nak bagi anak murid pandai. Parents have bigger role than us, teachers.. we are just the outsiders.. Jijah just nak anak murid Jijah jadi manusia yang berguna. Manusia yang berguna doesnt mean kena excellent in exams. We want it to be both pelajaran dan kehidupan. Better still to balance all the JERI aspects.. Jasmani, emosi, rohani dan intelek..

Now.. with all these facts, call us whiny, grumpy, cranky or anything you like.. Actually banyak lagi yang bermain dalam kepala ni. We, teachers are just normal being who is no different from any other normal people. We have our needs and we have our flaws too. Like myself, frankly I have a lots of weaknesses.. Im trying and hoping to improve it lil by lil. A step at a time. Not all teachers are like jerks atau berkira sangat every single details. So lets just help each others out ok... help to build a better life and a better future for us both and our children..

Sunday, February 7, 2010

sutera batik and jijah

Mari cuci mata kawan-kawan










Oh well.. my canon ixus did not do justice to the sutera chiffon in the pictures. Its actually full beaded all over the printed motives and it is so exquisitely beautiful. I asked how much will they take just for the work on the beads to a pair of baju kurung and they told me it may take around RM200-300 per baju kurung... perrrghhhhh...


Lovely isnt it? A complete baju kurung with this type of beads would cost RM450 and above.. depending in the volume and capacity of beads and the cloth material.

My school is in the search of the school batik uniform to be worn in the coming Hari Guru. Personally it also my first experience in searching for batik sutera. Just so you know, we did not go to Pasar Payang which is overrated actually. Nowadays there are lots of other outlet outside Pasar Payang that sell sutera batik in better bargains. Like the one that I went to. You can get a sutera Jacquard at as low as RM170 there. If you buy in massive amount you may even get better bargain.. as low as RM120 per piece..


Jijah was not alone though. Being accompanied with 2 of my colleagues and my boss (GURU BESAR).. I must say my boss is quite an amazing lady. Her knowledge in batik is quite impressive. She is the one who is wearing the bawal tudung. That young man is the one who is in charge of the outlet..


Bargaining the best price for our school uniform...


A real beauty. Price range RM250-RM320

God knows that I cant afford one just yet sebab habis duit banyak dekat Ariani bulan ini but my friends and I did order a plain material of the sutera above for our Puteri Islam uniform. 2meters for RM60.. for a plain sutera cloth.. not bad huh? Some of my friends in school disagree.. whatever.. tepuk dada tanya selera...


and presenting.. our 2010 sutera uniform...

Tuesday, February 2, 2010

LONDON

Pada suatu malam yang hening.. di sebuah rumah kuarters yang kecil, seorang guru sedang sibuk mengajar anak² murid tuisyennya Bahasa Inggeris dengan berkonsepkan individual guidance...

Cikgu Jijah nan montel : Cuba Bang Chik baca nih.. ( an English passage)
Bang Chik : *Dok *pahannggg teacher...

Lantas Cikgu Jijah nan montel cuba guide Bang Chik untuk baca passage tersebut. Bang Chik pun ikut dengan sungguh tekun sehingga sampai ke satu ayat ni.. " Orile had once ran away from a law school in London"...

Cikgu Jijah nan montel : Tau tak kat mana London?
Bang Chik : Tau!! ( dengan begitu *kondifen )
Cikgu Jijah nan montel : Bagus.. London tu apa?
Bang Chik : TEMPAT *OGHANG GI BUAT KUGHUSSS *BADDANGGG..

Cikgu Jijah nan montel adalah terkesima lalu bedebuuuukkkkk!!! Cikgu Jijah bagi sebijik kat Bang Chik...... serentak dengan deraian ketawa oleh murid-murid lain...


nota kaki satu:
*dok=tak
*pahangggg=faham
*kondifen= confident
*oghang= orang
*kughusss=kurus
*baddanggg=badan

nota kaki dua:
Cikgu Jijah nan montel pernah satu ketika menjadi pelanggan tetap LONDON WEIGHT MANAGEMENT di Klang.

nota kaki tiga:
Jijah ingatkan ke Bang Chik nak jawab tempat David Beckham main bola ke, negara omputih ke... tapi bukan salah Bang Chick pun kan? Teknik Jijah menyoal tuh yang salah... kesian Bang Chik kena bedal... tapi Bang Chik pun ketawa jugak sambil Cikgu Jijah gosok² bahu yang kena bedal tadi!!!


Sunday, January 17, 2010

aku skandal

As cliche as it may seems.. time flies.. Pejam celik pejam celik... dah masuk minggu ke 3 sekolah dibuka. As in 2010 session I consider myself as lucky, sebab tak payah pegang kelas. Pegang kelas means a lottttttt of work.. literally a lot.. yang mana almost every of my colleague yang menjadi Guru Kelas sedang sibuk grooming their class. Tak wajib pun nak berdeko² ni tapi nak juga kelas tu comel dan penting sekali kondusif untuk murid-murid.

Walaubagaimanapun.. sesi 2010 dimulai dengan sedikit kontroversi. Mana taknya.. pada tahun ini macam² kena potong. Ingatkan ke Jijah jek berazam nak berjimat cermat tahun ni. Rupa²nya sekolah pun nak berjimat juga. Baguslah... tapi kalau sampai macam² kena potong.. tak ke kontroversi jadiknya.. Sikit² kemudahan yang ada di sekolah kena tarik balik. Paling nyata Skim Baucer Tuisyen dan Rancangan Makanan Tambahan. KWAMP untuk murid miskin pun macam kena catu. Kalau sejak beberapa tahun lepas, pakaian seragam uniform ditaja sepenuhnya untuk murid miskin, tahun ini.... yiiiillllleeekkkkk... Yang duduk asrama lagi lah. Mulanya sampai kena balik tiap² minggu sebab bajet makanan hujung minggu kena sekat. Nasib baik revise semula jadi 2 minggu sekali. Unlike previously once a month.. macam zaman kita duk asrama dulu lah..

Ada pulak saranan untuk tabung KWAPM, cikgu² digalakkan menyumbang untuk tabung tersebut. Aduyaiiii.. nak cerita pasal sumbangan cikgu² ni, tak cukup satu entri ni.. Kebanyakan cikgu² nih tak pernah lokek pun nak buat $$$$ contribution kepada sekolah. Bukan tak biasa berhabis duit untuk anak murid mahupun aktiviti² sekolah. Bila jadi gini, terasa lah sangat²... Macam cikgu² ni jakun dan lokek sangat dengan duit gaji tu.. Ni awal tahun gini, semua yang jadi guru kelas berhempas pulas nak hias kelas. Mana nak carik dana kalau tak dana poket sendiri. Nak harap kat murid² yang rata² mak ayah pun kais pagi kais petang ajek... *sigh*

Ni latest.. ada pulak khabar angin yang memang tak berapa best didengar.. elaun COLA nak kena potong. Kalau mansuh la COLA.. memang buruk siku betul la.. dah bagi.. ambik semula.. elok lah tuh.. Masa meeting baru ni ada pesanan oleh big boss tak boleh buat JUALAN MEGA. Kalau gini gaya semua pun nak kena potong, bukan takat jualan mega saje, aku buat JUALAN SUPER MEGA terus kat sekolah.

Ok.. Jangan salah anggap. Jijah tak marah pun... cuma bila ada perubahan drastik gini terasa amat perbezaannya... *nguap*.. ngantuk lah... malas nak fikir lagi.. luah sini and then.. just wait and see.. what is next.. apa pulak yang kena potong...

Sunday, January 3, 2010

Running In Heels

Ini bukan program reality yang kat E! tu ye but I was literally running in heels today because it was the first day of school session in 2010. Actually... I have been busy since last Monday. Cuma malas nak layan kan mode busy itu. Awal² tahun ni nak pening² hal kerja tak stylo ok....

Anyway hari ini, gatal kaki pulak nak put on heels yang dah lama terperap dalam bonet kereta. Lupa lah pulak the fact that I have to climb the stairs up to the 3rd floor for my Year 4 & 5 class.. huhuhuuuu.. thus, kaki ku adalah berblister dan tumit sakit² sikit. Sungguh masih in denial that high heels is a BIG NO NO for a big girl like me.. tapi kalau tak pakai nampak sangat la Jijah ini sama tinggi dengan anak² murid tersayang.. huhuhuuuu..

So the new session has begun. I was more than happy to see the new and familiar faces again. The day started cloudy and a bit drizzled. Alhamdulillah, I managed to wake up early after days of late mornings.. and I did not delayed any lesson. Selalu first day orang malas mengajar. Aku takkkk.. terus jek ngajorrr... Sebab exam's system kat Terengganu ni tidak sama dengan negeri lain. Silap haribulan boleh tertinggal syllabus. Siapa yang susah nanti.. Cikgu Jijah jugaaakkk..

On the first day, I stayed until 3pm. Bukan nak bodek sesiapa. Since its still early and masih fresh lagi, kerja² yang tidak berkaitan dengan P&P pun belum bermula lagi... Haruslah Jijah buat lesson plan dan tanda buku on time. Once delayed.. alamat terus berserabutla nanti.. I just cant afford to be that fibre(serabut)... kekekkeke.. suka ati jek fibre..

Ohhh well tak tahu la nak cakap apa lagi.. Bila la Jijah nak jadi like Rachel Mc Adams in the picture below..

sangat bergaya lah Cikgu Jijah bila running in heels gini.. hiksssss!!!

*pic was googled

Tuesday, November 17, 2009

to the climax of the week

Rasanya lama dah tuan tanah tak bercerita pasal sekolah terchenta dia ni.. Sebenarnya tuan tanah tak berapa berkenan sangat nak kongsi hal2 kerja.. even dengan MM pun.. kalau balik rumah tuh memang tanak pikir hal sekolah.. tapi selalunya memang meleret sampai ke rumah.. panas duk sekolah.. penghawa dingin takde.. huahhahahha.. esok2 kot ada orang sponsor aircon, alasan lain pulak di cari.. hehehehhe..


sadly.. majority kaum hawa yang datang.. bapak2 sekalian entah ke mana.. nak kata sibuk kerja.. mostly kerja kampung jek.. even makan gaji pun.. boleh amik cuti kan?

By the way.. the most important event of the week had just ended this afternoon.. saya sangat lega.. dari minggu lepas tunggang terbalik buat preparation.. tapi.. though it has started since last week.. dek kerana takde rehearsal kelam kabut la jugak dibuatnya.. so konsep yang diambil oleh guru2 sekolah ni ialah.. back to basic.. which was "janji siap".. hmmmm.. tak boleh nak kata apa.. kita ni pun kuli juga.. tak bagus kan? lantakkkkk..


kesian anak2 kecil ini.. 2 kali cancelled show.. 3rd time baru jadi.. kes nya budak2 ni tak dengar volume lagu yang ditelan dek ruang besar.. maklumlah dewan takde.. sekolah kan tengah renovation.. kesian kat cikgu yang latih jugak.. menangis dia.. kecik ati.. banyak hari practise.. to the moment of the show.. suruh batal pulak.. moralnya.. sila pasang speaker banyak2 ye..
ohh yeaa.. dan juga rehearsal :)


yang ni paling cute.. anak prasekolah.. memang lah kaku kauuu.. siap mengira lagi sambil menari tuh.. 1, 2, 3, 4... hehehhe.. but 2 thumbs up to the teacher.. ingat senang ke nak ajar budak2 kecik ni hafal step tarian tradisional..

and Cik Jijah ni.. being as stubborn as the mule.. hehehe.. dah dipesan untuk pakai baju rasmi sekolah.. but pretended that I did not know.. pakai lah baju purple yang sah2 sangat kontra dengan orang lain.. memang sengaja cari pasal kan? hehhh... apalagi kena sound lah dengan the lady boss.. selamba jek jawab tak tahu about the instruction...hiksss.. setakat kena sound.. ni pun satu cerita jugak ni.. saya ni selalu jadi black sheep.. takpe.. yang itu lain kalilah cerita.. semua nak sumbat in one entry.. takde bahan pulak nanti.. hehehhe

kan.. kan? semua orang pakai baju rasmi sekolah..


Cik Jijah? tu haa.. selamba kodok dia pakai baju lain.. hehehhe..

Saya ditugaskan membuat buku cenderamata (accomplished before the event lagik) dan pada hari ini di bahagian kedudukan tempat.. maksudnya kena susun murid ikut aturan untuk menerima hadiah.. jenuh la jaga budak2 ni.. ramai yang tak duduk diam.. yang panjat pokok kat belakang tu pun ada.. when it came to turn murid yang patut amik hadiah tu.. hilang pulak sebab gi mengular dalam surau (the event took place nearby the surau).. macam nak tercabut buku lali ngejar budak2 tuh (in my two inches bonia ok).. haihhh.. rasanya tadi.. ada turun dalam sekilo dua kot.. but.. dont worry.. got it covered back masa jamuan after the event.. hehheh.. nasik minyak.. mak bedal cukup2.. huahhahaha... burrrppp.. alhamdulillah... :)

Selesai sudah.. but not yet.. Thursday ada jamuan guru and jamuan kelas jua.. sekarang ini tengah mereka2 apa nak dibeli untuk jamuan kelas.. duit kelas ada arround RM50 jek.. cikgunya haruslah menambah sikit supaya happening.. nak beli KFC.. dengarnya lady boss tak izinkan.. kalau gitu.. bihun goreng+kuih popia.. goodie bags which full of jajansss and.. ganache choc cake.. air.. bawak sendiri.. heheheh... and jamuan guru.. though ada orang mengeji.. ambe nok gok bawok cheese cake ambe tu.. hahhahaa.. kan? degil kan?

So it was an exhausting day.. balik tadi.. tersu membungkang sampai pukul 4.30.. lama dah tak tido petang gini (after school).. cuaca pulak ala2 merajuk.. mendung ajek.. bestttt..

ok.. till then :) nak solat maghrib and then masak dinner.. naper? tak percaya? iyeee.. Jijah masaklah hari ni.. lauk telur goreng ajek.. heheheh..



Wednesday, October 28, 2009

lazy bum


I will always choose lazy person to do a difficult job because definitely he will find an easy way to do that
~ Bill Gates

I stumbled upon this while browsing the internet. Being a very pemalas I am.. adalah sedikit kecik hati dengan statement di atas.. ok.. konsepnya adalah who eat the chilli, dialah terasa pedasnya kan? the very peppery, pungent hot tau.. Or maybe Bill Gates simply adores or admires those people who .. inactive, sluggard, sluggish,lazy, fainéant, idle, indolent, slothful ( base on my e-thesaurus)... hahhahhaa.. u name it..

*pix googled

Soooooooooo... What say you? Are you the one that Bill Gates looking for? ye dokkkkkk mung!!!

*I am definitely the cute lazy kitty.. meoooowwww..

Tuesday, October 27, 2009

segmen kuali bersama cikgu liza

Kehidupan saya pada dua tiga menjak ini boleh lah dikategorikan kepada beberapa kategori.. secara peratusnya.. 20% sibuk dengan kerjaya, 25% sibuk dengan kelas tuisyen malam, 30% aktiviti internet dan selebihnya adalah semata-mata malas atau di sini orang suka sebut.. DOK GHOK atau maksudnya tidak larat.

Ketika ini, saya sedang bersantai menunggu suami pulang dan anak2 murid yang dijadualkan bertuisyen malam ini. Walaupun portion malas saya agak besar namun begitu, keadaan adalah masih terkawal. For instant, meskipun saya sedang duduk santai depan tv sambil berblog, makan malam telah siap saya sediakan dengan jayanya. Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk berkongsi menu bersama rakan2 semua. Resepi ini saya cedok dari buku resepi merapu saya sendiri iaitu Campak Cooking Style yang sedang hangat di pasaran.


Bahan-bahan:

2 ekor ikan goreng yang dibeli di kantin sekolah (kantin opis atau kilang juga boleh)

7/8 batang cili api (tumbuk lumat boleh, hiris aje boleh: ikut suka hati, tak suka, jangan buat)

4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ketuk saja)

1 biji bawang besar (dimayang)

Halia sebesar ibu jari (dihiris atau tumbuk)

2 sudu sos tiram

sedikit belacan

Cara-cara:

Tumis bawang besar, bawang putih, cili. Agak2 bawang dah lembut, masukkan halia. Apabila sudah naik bau, bawang dan halia, masukkan sedikit belacan secukup rasa. Tambah sedikit air supaya berkuah sedikit. Seterusnya masukkan sos tiram. Kemudian masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih. Sambil tunggu ia mendidih, rasa cukup masin atau tidak. Biasanya bila guna sos tiram tidak perlu garam lagi. Matikan api bila mendidih dan hidangkan bersama nasi panas. Ia jugak sungguh enak dimakan begitu saja ( untuk kaki ratah ikan).

Catatan:
masakan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kehidupan pantas atau pendek cerita.. pemalas dan dok ghok seperti saya.