Pages

Showing posts with label hot issues. Show all posts
Showing posts with label hot issues. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

baby

baru sampai di dungun tengah malam tadi..
tengah mamun lagi ni..
baru lepas mimpi sambut baby jatuh...
tiba2 tepon berbunyi..
ada call masuk..

"liza.. nak baby tak.. budak baru lahir.. cepat buat keputusan... sebelum pukul 2.. maknya memang takmo bela.. tengah sibuk cari orang nak bagi anak dia..,"

aku terkesima..
call MM.. MM tengah driving...
call emak.. emak kata..
ikut kamu la.. kalau amik kena bela betul..

aku.. haihhhh.. too sudden... i cant decide...

tapi sebelum ni dah mcm2 offer.. anak myanmar..
anak yang tengah dikandung.. cuma support bil sepital..
semua aku terlepas..
ni yang ni.. tinggal berapa minit je lagi ni..

still.. i cant decide...

Monday, March 14, 2011

ondscene

pinjam nama blog ondscene yang famous tu as title hari ni.. 
kena kabo awal².. karang takut dituduh bukan²..


kome tau tak blog ondscene ni?
tuan tanahnya.. wartawan kalau tak silap..
ke jurugambar profesional..
tak sure.. tapi ada kaitan la dengan dunia kewartawanan..


blog ni selalu bercerita tentang kemalangan² kenderaan yang berlaku di sekitar ibu negara..
kadang² jijah tak berani nak baca..
seram ada.. ngeri pun ada..


kisahnya.. yang jijah nak berondscene sangat ni..
semalam depan rumah emak..
betul² kat jalan besar depan rumah emak jijah....
betul² kat simpang masuk ke rumah emak jijah la kiranya..










sebelum kejadian.. 
ada bunyi benda benda bergesel kuat..
bunyi macam besi besi berlanggaran.. 
sekali tengok.... anak²  jiran semua dah lari ke depan.....

emak yang tengah sibuk isi bantal dengan kekabu pun stop kerja....
dengan ijun.. adek jijah..  jijah sekali.. pergi ke depan...
tengok²... adehhhhh...
bersepah kaca atas jalan... 

lepas dirisik²...
mangsa.. sepasang...
lelaki perempuan... india...
yang drive perempuan... 
pecah kepala...
ada yang kata.. sudah abesssss...
ada yang kata.. belum abessss...
tapi dua² dibawa ke hospital... 

kisahnya.... lori berenti nak masuk kanan...
mangsa tak sempat nak elak...
terus hentam... 
kesian kan??.. 
(haku rasa lori tu tadek lampu brek.. speculate.. jangan tak speculate... )

and... 
it is the same spot..
everyday.. that i stop and signal to the right..
to get to the alley to emak's house.. 
everyday.. after work...
heeeeee... ngeriiiii... 
mintak dijauhkan... 




Wednesday, October 20, 2010

KB trip

Jijah sudah balik dari getaway pantas Kelantan Jijah. Jijah letih tapi Jijah mahu nebeng juga update blog malam ini (ini semua gara² nuffnang Jijah telah meningkat 25sen kerana update blog setiap hari).

Satu kejadian telah berlaku semasa kami on the way ke KB semalam. Kami mula perjalanan sebaik MM habis kerja. Jadi lebih kurang jam 6pm kami bertolak. Route yang kami ambil adalah Bukit Besi - Kuala Berang - Sungai Tong - Jerteh - Pasir Puteh - Kota Bharu. Banyak betul lori yang guna laluan tersebut. Memang tak puas hati dengan kebanyakan pemandu lori (Abg Din jangan terasa hati ye) yang kami jumpa malam tadi. Mentang² dia besar, bagak.. sesedap rasa saja ye dia guna jalanraya.

Antara yang paling sakit hati apabila ada sebuah lori ni makan jalan di laluan sempit di sebuah jambatan. MM high beam lori tersebut supaya beri kami laluan tapi pemandu lori tersebut selamba high beam kami semula tanpa sedikit pun beri laluan pada kami. Geram betul. Tak ada timbang rasa lah pemandu tu. MM terpaksa brek mengejut sebab nak bagi laluan pada lori tersebut. Kalau MM ni jenis keras kepala juga, tak tahulah apa dah jadi.


contoh ilustrasi kejadian. Biru: lori, koko: kami.

Banyak lagi peristiwa yang kami lalui. Pemandu lori keluar/masuk simpang tak bagi signal atau last minute baru bagi signal pun banyak. Lampu brek tak ada pun banyak juga. Tayar tampal pecah bersepah atas jalan pun ada. Bahaya betul.

Jijah sampai takut nak lelap mata to let MM drive sensorang tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke KB. Sesat sikit masa nak cari hotel yang kami booked, Juita Inn. Ovi maps pulak buat hal. Peta tak update since KB sekarang banyak dah one way route. Mana tak sesatnya. Last² berhenti kat petrol station tanya jalan.. the traditional beats technology.. hehehe..

Rite now, both of us are safely at home again. The trip this time was quick and fast sebab esok nak bersiap² untuk perkhemahan sekolah di Sekayu pula. Will update about that later. Daaaaa...

*nebeng=bahasa ganung means paksa.



Monday, October 18, 2010

monsoon heat

Oh yeah!! Its monsoon again!! haihh.. tapi tahun ni terasa sangat tidak sama macam previous year. Akak baru je duduk sini 2 tahun but I can feel the differences. Selalunya bila monsoon datang, ia diibaratkan seperti musim sejuk.

Ingat lagi masa mula² pindah ke ceruk ni perbezaan ketara adalah suhunya yang sejuk. Almaklum dekat dengan hutan dan jauh dari haba pantai. Mandi pun seingat akak, satu hari sekali sahaja dek kerana sejuk.. teeheeee..

This year, aint nothing the same. Terasa amat tempias kesan rumah hijau. Global warming impact kata orang kampung akak. Mana tak nya.. sepatutnya musim hujan ni musim sejuk tapi ni terasa bahangnya. Semalam siap puting beliung lagi dekat Dungun tapi hari ni dah panas balik.

Last year MM dan Jijah pernah sekali keluar ke Mesra Mall but was stuck in the middle of banjir somewhere in Paka sebab hujan lebat sangat. Tahun ni belum tempuh lagi. Yang terasa cuma bahang panas.

Korang tak terasa ke? Akak kalau telefon emak, mesti mak mengadu panas sangat Klang, mak mesti mandi 5 kali sehari. Haihhh emak.. akak pun cakaplah itu kan dah kira membazir kan.. tapi emak kata dia tak tahan, panas sangat katanya, tak selesa nak solat. Kesian dia.

Jadi akak menyerulah kepada rakan² semua. Mari kita selamatkan alam sekitar kita sebelum semuanya terlambat. Akak pun tak ada lah 100% menjadi seorang yang mesra alam. Im still using petrol for my cars instead NGV.. mahal ek NGV punya installation ni... I have no idea what is the current price tapi last year my SIL buat around RM4k juga for her wira. Costly kan? Being a typical woman, kalau 4k tu boleh menambah kos buat kabinet dapur (akak tgh gila kabinet dapur instead of handbag sekarang ni).


There.. my part.. I keep my plastic bottles and tunggu sampai banyak and then buang kat recycle bin.

*pic courtesy of lolsnaps

and this is MM's part.. ehehehhe.. seriously.. kami jimat petrol, jimat duit, jimat masa and also save our carbon footprints since duduk sahaja kat rumah instead of long queue at the movie theater. I wish we could have our karaoke session at home as well tapi takut rumah kena baling telur pulak sebab melalak dengan suara yang sumbang ni! Anyway.. lets just do our part.. the best that we CAN do.. dont be such an ignorant ok :)



Wednesday, October 13, 2010

suami, isteri & ....

Baru cuci mata dengan gambar² wedding angkasawan negara. Cerita dah nak basi pun.. akak baru je ada masa nak gi belek gambar² sekitar wedding of the year tu. Actually akak confuse sebab ramai yang ngate macam² pasal wedding tu. Nope.. akak tak tengok yang live kat tv3 hari tu. Ada tuisyen. Anyway.. akak rasa tak ada cacat celanya lah majlis tuh except for its cake. Sorry to say that was the ugliest wedding cake ever tapi maybe rasanya jauh lebih sedap dari rupanya. Hodoh macam mana pun, ke lu**** jam*** juga perginya. Apart from that, I think overall it was perfect. Just like any other wedding. Ada yang complaint that Missy Doc tak sepadan dengan Mr Astronaut. Adeh.. ni soal hati.. doakan yang baik².. sudahlah.. haihhh.. tapikan.. akak suka baju nikah bini Mr Tokei Bas.. simple and yet so pretty. Tahun depan nak buat baju raya cenggitu.. pengsan MM tengok bini dia.. hahahah..

tahniah!!!
*pic from here

Back to my entry.. hajat hati nak cerita benda lain jadi melalut pula tapi rasanya belum lari konsep lagi. Sebenarnya akak nak ngomel pasal rumahtangga, suami isteri dan dot dot...

Apa kes ek with ex lover, ex beau, ex bf ni eh? I mean.. tadi terdengar kisah seorang kawan yang bergaduh besar suami isteri hanya semata² si isteri dapat tahu pasal si suami punya affair. For God sake, it was an old fling long before they got married. After almost 8 years of marriage benda ni timbul and jadi issue pula. Anak dah dua dah yang.. kenapalah ko meroyan tak pasal ni.. Nak kata sang suami gi contact semula orang ketiga tu, confirm memang tak ada.

Seriously, I dont get it why it became such an issue. Ok.. jealousy sikit² akak rasa acceptable jugakla tapi takkan sampai nak berperang, bergaduh laki bini. Cemburu tandanya sayang tapi kalau dah over cemburu sangat adalah sangat berbahaya untuk kesihatan.

Ok.. so sang suami mungkin sedikit 'buaya' masa zaman bujang dulu. Bujang. Zaman enjoy. So he befriended and dated a lot of girls before si isteri. Nama pun lelaki. Doesnt it occur in her mind, bahawa dia adalah insan terpilih untuk menghiasi hidup suaminya? She beat the rest of the girls yang gi mari, gi mari dalam hidup suaminya. Tidak cukup bertuah lagi ke? Kalau orang ketiga yang dimaksudkan tahu pasal ni, bikin malu aje tau. Dia pun dah bahagia dengan suami dan anak²nya.. sudah sudah lah ye...

In my case, terbalik sikit kisahnya. Raya baru ni, ex uni mate yang pernah jadi pojaan hati akak texted bagitau nak datang beraya ke rumah. Takkan lah kita nak kata tak boleh, suami aku tak bagi ko datang.. gila? He is now happily married as well with a wife(1 baru) and 2 boys. Akak serba salah juga because Jijah and MM memang tak ada rahsia. So MM is fully aware and knows who he used to be in my life dolu but hey.. past is past.. let bygones be bygones.. MM was a bit uncomfortable at first but I think being a grown up and a mature man, he pulls it all together, put aside all the stupid feelings and.. elok aje bersembang, berborak semua.. and that was it. Lepas dia balik, MM and Jijah continue with our normal life. I am so proud of MM and I learnt the best from him. Insyallah kalau MM ajak jumpa his exs Im willing to go. As far as I know, semua pun dah berkeluarga dan ada life masing². Why cant we stop making enemy, stay friends and go on with our life?

Janganlah biarkan benda remeh temeh zaman tok kaduk kita dulu menghantui kehidupan kita sekarang. Tuhan dan susun cantik dah that everything happens for a reason. Jangan comotkan benda yang dah cantik, kalau TERcomot, cuba kesat dan bersihkan elok².

Tapi kan kalau sang suami punya 'buaya' masih dok ada dan tiba² timbul lepas bertahun² dok diammmm.. maklumlah zaman teknologi kan.. benda dari tak ada, jadi ada.. memang cari nahas la kan? Mentang² bini tunduk pada dia, tak pandai nak berFB pulak tuh.. dia amek kesempatan pulak ye.. memang confirm lah perang dunia ke 18... yang itu.. no komen lah kan.. pandai² lah settle.. jangan maraaa aaaa.. nanti kena jual..




Sunday, August 29, 2010

sharing is caring #1

This is something that I found in Facebook. Something that we should do and make it as habits no matter what we do or where we are. Something very simple and easy :)

1. Bismillahirrahmanirrahim - bila nak lakukan sesuatu
2. Alhamdulillah - apabila selesai lakukan sesuatu
3. Astaghfirullah - jika lakukan sesuatu yg buruk
4. Insyaallah - jika ingin lakukan sesuatu pada masa yang akan datang
5. Laa hawla walaaquwwata illaah billah - apabila lihat perkara yg buruk
6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun – apabila melihat @ hadapi musibah
7. Lailaha illallah - bacalah sebanyak mungkin

Meskipun Ramadhan semakin hampir untuk meninggalkan kita, but that doesnt mean we have to stop doing all the good deeds we have been doing during this holy month. Kita manusia biasa yang penuh khilaf. So, let us together.. spreading the love and do good deeds. By the way, Facebook is not so bad either.. If we use it wisely.. It can be a good medium for good deeds too :)



Wednesday, July 7, 2010

dream, dream, dream,dreeeeeeaaam..

Jom layan oldies kejap..





hahahhaa.. ape ke hal la kan? Nampak sangat akak ni dah tua kan? Actually, I have been dreaming all my life. Ever since I was young. Who doesnt kan? We have been dreaming for so many things and I believe most of our achievements today began with a simple colourful dream.. wahhh macam serious benor Cik Jijah!

Well.. I dare to say that most of my dream really came true and I am more than grateful for it. Apparently, not all dream are meant to be real. Some are only dreams. Sometimes, over certain reason or unexpected circumstances, those dreams just fade away. We end up with no choice and have to let our dream to be just a dream. Paham?

Oklah.. Akak bagi simple examples la kan.. I have dream to own either one of these

ni kalau dapat yang preloved pun takpe.. classic gitewww...

shopper kesayangan akak Cik Kenge ada put this on sale..
drooling je akak tengok..


oklah.. semua pun mahal² aje.. macam banyak duit sangat.. ni pun jadilah..
alexander punya coach namanya..
errkkkk.. mahal jugak ek?
isssskkk..

hmmmm...
Bestnya day and nite dreaming kan?

suddenly..

kapoof!!

sebab apa..

sebab ni..


ni la certain reasons or unexpected circumstance yang akak maksudkan tu..

bukan SATU je..

tapi DUA!!

(saja ku crop bagi kecil ;D.. klik untuk tumbesaran imej ye)

issskkk... all due to speeding offences. Hard core unexpected circumstances I may say. Why? Sebab kalau tak bayar nanti tak boleh RENEW roadtax kereta. Takkan nak biar kereta mewah kesayangan tu tersadai kat porch saja kan? Thus, mimpi hanya tinggal mimpi.. but its ok.. mari kita kumpul duit lagi!! errrr... takkan kumpul duit nak beli handbag je? relaksss... angan-angan je.. heheheee..


Thursday, June 3, 2010

read and digest

This is going to be short and quick which in the first place akak memang tak reti nak buat entri pendek. Prolly because akak ni banyak mulut and banyak benda yang nak dicakap hence the long write ups. Actually its regarding my previous entry, ada seorang kawan request for the link of blogs yang akak impress sesangat tuh..

1. Perempuan Jomblo

2. Sue Anna Joe

3. Fynn Jamal

4. Miss Weed

5. Hamka

6. Encik Otak

Just naming a few of them. Ramai lagi sebenarnya. Rasanya cukup untuk jadi bahan bacaan kamu semua buat masa ini.

Ok sekarang hendak turn off laptop dan mula sesi mengemas rumah serta beg balik kampung. Orang kalau balik kampung mesti happy kan? Akak tak. Tak tau kenapa. Abaikan like u always do.

ehhh.. pendek betul entri kali ni kan? enjoy your reading :)

Thursday, April 1, 2010

13 things.. Us, teachers wont tell..

directly to the face of those who only know how to complain of what teachers jobs really is.. dont simply judge us of something that you see from far.. meh sini.. akak bagi pihak cikgu cikgi nak meluah rasa hati yang mencengkam jiwa raga bakul kami ini..

Jijah found this article while reading the Reader Digest months ago. I think it is well-written and would like to share it here regarding the arisen of the issue of how we complaint that our workloads have mounted tremendously that it has taken its toll among some of us. Not all teachers I would say because it may vary according to school's location and the surroundings... and how well teachers tolerate and dwell their jobs in their life too.. so here goes.. according to the Reader Digest its not just the workloads..

Fact #1
RD: If we teach small children, don’t tell us that our jobs are “so cute” and that you wish you could glue and color all day long.

Cikgu Jijah: I really wish it is all that.. but it is more than that ye.. belum lagilah yang terkencing terberak tuh.. kitorang redha ajek.. kalau ada akak² pembantu am, bolehla minta tolong.. tapi kadang tuh kena settle sendiri la dek non...

Fact #2
RD: I’m not a marriage counselor. At parent-teacher conferences, let’s stick to Dakota’s progress, not how your husband won’t help you around the house.

Cikgu Jijah: kita nih nak bercerita pasal report card anak dia kan.. sampai ke hal rumahtangga pulak.. adehhh.. memang tak dapek akak nak nolong de.. takkan la nak pantau anak buat kerja rumah pun tak sempat..

Fact #3
RD: We’re sick of standardized testing and having to “teach to the test.”

Cikgu Jijah : percayalah.. boring tahu asyik² buat latih tubi.. life has bigger meaning and more than just some marks and grade on a piece of paper.. ada kan satu kes yang budak bunuh diri sebab tak dapat 5A in UPSR.. aduyaiii.. ada jugak yang suka tanya "cikgu, kenapa anak saya tak lulus subjek ni?" and tak puas hati pulak bila kita jawab sebab anak encik kurang usaha. So what, if your kid failed his/her paper? My MM only knew how to read when he was 9 years old and he is now an engineer. Not to mention Albert Einstein who had speech difficulty as a child and failed his university entrance test..

Fact #4
RD: Kids used to go out and play after school and resolve problems on their own. Now, with computers and TV, they lack the skills to communicate. They don’t know how to get past hurt feelings without telling the teacher and having her fix it.

Cikgu Jijah : budak sekarang manja amats.. tak kata orang lain.. esok kalau akak ada anak pun gini jugak gamaknya.. mintak jauhla ye.. letih dek nonnnnn.. marah sikit nangis.. marah sikit merajuk.. kawan usik sikit terus " teacherrrrr!!!" sebatu dengar dia jerit panggil cikgu.. katalah satu kelas 20 orang murid .. kalau 20 tuh semua perangai gitu.. 5 orang cukuplah.. tak menang tangan akak jadinya.. nak go on with other lesson pun payah.. so jangan la marah cikgu ye if anak² tu balik mengadu itu ini..

Fact #5
RD: When I hear a loud belch, I remember that a student’s manners are a reflection of his parents’.

Cikgu Jijah: terimalah hakikat.. i dont simply blame the parents but.. malu kan kalau anak tu buat perangai gini? Buka lah mata dan telinga luas².. tegurlah anak tu dulu sebelum hal jadi besar.. setakat sendawa ke kentut jek ke takpe.. takut benda lain... a note for myself too..

Fact #6
RD: Your child may be the center of your universe, but I have to share mine with 25 others.

Cikgu Jijah : minta maaf lah ye.. memang akak tak dapat nak give full attention to all of my pupils. Setakat yang mampu ajek. In a day, a teacher may have to face at least 70 different faces with hundreds of different attitude.. letih yanggggg...

Fact #7
RD:Please help us by turning off the texting feature on your child’s phone during school hours.

Cikgu Jijah : some school may have restricted the use of hp. But I know sometimes its easier if our children have one especially bila nak suruh jemput bila dah habis satu² program tu.. To those yang bagi anak pakai hp.. kawallah sikit penggunaan hp nih.. sila pantau inbox anak anda.. kot ada yang "sexting".. minta dijauhkan.. and.. tak payah lagi bagi hp yang canggih².. kot hilang kena curi kat sekolah.. ahkaaaaakkkkk jugak..

Fact #8
RD: Guys who dribble a ball for a couple of hours a game can make up to $20 million a year. We educate future leaders and make about $51,000 a year.

Cikgu Jijah : To Jijah personally.. I dont complaint much about the moolah that we made.. sebab dah cukup makan pakai.. tak taulah cikgu² lain.. even if ada mesyuarat ke apa ke.. Jijah selalu kena marah dengan kerani sebab malas nak buat mileage claim.. mana tak nya.. banyak lagi kerja lain nak dibuat tu yang terlupa pasal nak buat mileage claim.. but being a normal human being takkan la tak suka kalau ada pay raise kan?

Fact #9
RD: We take on the role of mother, father, psychologist, friend, and adviser every day. Plus, we’re watching for learning disabilities, issues at home, peer pressure, drug abuse, and bullying.

Cikgu Jijah : sometimes jadi minah despatch pun ada.. nih kalau merungut nih.. kang hilang pulak pahala kan.. cuma nak mintak timbangrasa lah sikit.. jangan lah terus hukum kami nih macam² kan..

Fact #10
RD: Kids dish on your secrets all the time—money, religion, politics, even Dad’s vasectomy.

Cikgu Jijah : berhati² la ketika bercakap di rumah... anak² kita ni kadang suka menguping (pasang telinga).. esok kat sekolah habis di cerita nya satu kelas.. "malam tadi abah kita gaduh dengan mak kita sebab tak cukup duit bla bla bla"..

Fact #11
RD: Please, no more mugs, frames, or stuffed animals. A gift card to Starbucks or Staples would be more than enough. A thank-you note: even better.

Cikgu Jijah: seriously.. tak payahla berhabis duit sangat nak bagi hadiah kat cikgu.. Ahkak sendiri tak tau nak letak mana dah hadiah² yang banyak tuh.. bukan tak suka.. sukaaaaa sangat sampai akak ada a small cabinet for all these gifts.. tapi percayalah.. kami tak harap semua tuh..

Fact #12
RD: We love snow days and three-day weekends as much as your kid does.

Cikgu Jijah : errr.. M'sia tadek snow la kan.. just nak highlights that even kami suka dan amat perlukan cuti tapi ramai antara kami yang tak kisah berkorban cuti, buat kelas tambahan untuk anak murid. Yang kesalnya is when some of them pupils just dont bother to show up.. ada kenduri kahwin katanya..

Fact #13
RD: The students we remember are happy, respectful, and good-hearted, not necessarily the ones with the highest grades.

Cikgu Jijah : Definitely not the grades.. bonus je tuh.. nak good grades haruslah semua pihak bekerjasama. Tak cukup if cikgu sahaja yang beriya² nak bagi anak murid pandai. Parents have bigger role than us, teachers.. we are just the outsiders.. Jijah just nak anak murid Jijah jadi manusia yang berguna. Manusia yang berguna doesnt mean kena excellent in exams. We want it to be both pelajaran dan kehidupan. Better still to balance all the JERI aspects.. Jasmani, emosi, rohani dan intelek..

Now.. with all these facts, call us whiny, grumpy, cranky or anything you like.. Actually banyak lagi yang bermain dalam kepala ni. We, teachers are just normal being who is no different from any other normal people. We have our needs and we have our flaws too. Like myself, frankly I have a lots of weaknesses.. Im trying and hoping to improve it lil by lil. A step at a time. Not all teachers are like jerks atau berkira sangat every single details. So lets just help each others out ok... help to build a better life and a better future for us both and our children..

Monday, January 11, 2010

gold rush



Gelang ini adalah pemberian suami semasa nikah dahulu. Sayang ya amat dengan gelang ini. Kadang² ada jugak usik MM, konon² dah jemu dengan gelang ini dan mahu trade in. Marahnya MM. Nak² pulak hajat tipu² disokong oleh mak mertua.. heheheee.. Mak mertua Jijah seorang collector emas ye. Tabik spring sebab mak berniaga kantin sahaja tapi mampu membeli barang kemas sendiri tanpa mengharap pada suami. Jijah ni kerja makan gaji saja kan.. boleh la juga.. merasa sikit²... tapi masih harap kat MM jugak kadang tu.

Kisahnya gelang Jijah ni tercabut(macam gambar di atas) masa lepas nonton movie di Kuantan. Ingatkan dah hilang la sekeping cinonet emas tu tapi MM dengan tabah mencari sampai ke dalam cinema theater dan nasib baik jumpa. Almaklumlah, gelang ni memang dah jadi basahan sebab dipakai selalu. MM sangat bangga suka amat tengok Jijah pakai gelang tu. Maka akan bertanya lah dia kalau Jijah tak pakai gelang tu. Dek dipakai selalu, ate buruk lah sudah gelang ini.. namun nilai nostalgia gelang ini yang sangat tinggi membuatkan Jijah berasa berat hati untuk trade in ia... TETAPI.. bila window shopping sesorang kat pekan baru² ini dan ternampak pula kedai ini..


Rasa macam nak masuk dan cuci mata. Sebenarnya Jijah ni kadang² suka jek masuk kedai emas dan pura² mahu trade in barang. Nak berangan tengok aje. MM kalau baca ni jangan risau ye. Jijah akan simpan gelang MM bagi ni sampai mati, biarpun sudah huduh dan kusam dek calar. So, dua kali pusing dan nasib baik takde parking sebab Jijah ni kadang² bukan boleh percaya, mau kot "ter" seketul dua... macam masa ikut mak pergi trade in barang dia kat habib, Jijah pulak yang lebih² barang seutas. MM marah jugak mula tu tapi ini kan kira investment jugak ni(pujuk berejam baru ok). Back to my story, though takde parking, Jijah sempat berhenti tepi jalan nak amik gambar ni...



Sejak bila la pulak beli barang kemas boleh buat installment gini? Siap blacklist pun boleh mohon. Kalau dengan koperasi, memang biasanya boleh. Tapi ni.. lain ni... ni macam ada satu kemudahan baru. Menarik?

Bila fikir balik harga emas sekarang pun memang sangat mahal. Kalau tak silap 1 gram 916 = RM135 (okt lepas)... ke naik dah jadi RM150 idakle Jijah pasti. Yang kompom.. memang harga emas ni naik aje. Tak turun² dah. Selalunya orang yang baru nak kahwin la kesian. Baru nak mula hidup kan. Duit nak buat belanja kahwin bukan sikit². Kalau dapat pasangan yang sama bagus, syukur tapi kalau salah seorang tu demand pulak.. hmmmm... orang kerja gomen juga senang.. boleh buat loan beli hantaran serba berdiri.. buat personal loan untuk duit belanja 1000 kepala.. pastu.. TILL DEBT DO US PART.. hooaaaa... mintak dijauhkan ye.. pandai² la mengurus selepas itu....


Wednesday, September 9, 2009

BONUS

Bantuan Khas RM500 untuk Kumpulan Sokongan


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.. ada juga rezeki untuk rakan2 seperjuangan.. kumpulan profesional tak de khabar berita lagi... but its ok.. maybe hujung tahun nanti.. kalau lah ada... ni semua rezeki.. tuhan yang bagi.. harus bersyukur..

Malam ni.. I tak payah masak... ada orang sponsor buka puasa di hotel lagik.. heehehhee.. rezeki..


Tuesday, August 18, 2009

reminiscing the legend

Sejak akhir2 ni beberapa orang ternama telah pergi meninggalkan kita. Among them Param.. Ustaz Asri.. Yasmin Ahmad..

I believe most people of my age remember the late Param so well.. I grew up by watching his drama and films during the 80's.. alongside Badul, Hamid Ghurka, arwah Yusni Jaafar.. Who would forget?

Ustaz Asri.. suara beliau.. suaranya yang unik.. who would forget his soothing manly voice when he sang those nasyids? I totally gonna miss him during pagi raya for the takbir..

Among those 3.. I definitely going to miss Yasmin Ahmad.. soooo much.. Im not related to her.. barely knew her.. somehow I felt the loss so much.. her pieces.. masterpieces I reckoned.. started with her beautiful and touching commercials.. later the films.. Rabun.. Sepet.. Mukhsin.. Gubra.. Talentime.. Though ramai yang tidak berapa bersetuju dengan beliau.. but for me.. personally.. her pieces touch my heart deeply.. biarlah banyak aksi tak senonoh pun... namun keasliannya.. the originality.. the pureness of her masterpieces.. terasa sangat ke lubuk hati.. her works is so distinguished that I always knew it was hers before knowing.. untill now I am still wondering.. how did she manage to capture people's heart through her work? Wasnt she a brilliant? She came up with all those simple things .. and I believe that neither of us could forget her simplicity.. sangat terkesan di hati.. and quoting a friend who said.. she could do it so well.. blending the multicolor races ads and films without being pretentious.. zero hypocrisy.. no one could do it without sincerity..

I just dont care if the arwah a she/he.. all I know is that she was a good person.. a very good person compare to many others.. Al fatihah.. semoga rohnya dirahmati..

Here.. some of her tv commercials that touched most hearts..



this commercial was aired in Singapore.. which potrayed the love of a wife for her late husband.. it was actually adapted from the movie Good Will Hunting.. but arwah Yasmin made it in her own unforgettable style..



so sweeeettttt.. I love u too Tan Hong Ming..






I guess.. thats a wrap.. As a tribute to the legend.. and not forgetting..

Selamat Berpuasa

&

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan




Saturday, July 11, 2009

saya yang menurut perintah

hari ni mak nak tebas semak samun dalam blog mak ni.. nak vakum semua habuk2 sawang2 yang dah tebal ni...

I have been away these few days.. apart from my kind a busy teaching life.. once in a while the power-that-be will request us to attend some courses which aim is to improve the skill of their servants.. yeahh.. Im one of the loyal servant of my respectful government..

As for right now.. that I am back.. I just dont know what to write here.. lets see... hmm... issues.. issues.. ahhhhh.. PPSMI will be abolish in the year 2012.. should I comment?

personally.. personally yeaaaaaaaa... as a teacher.. I do not object PPSMI at all.. well.. I did whinning that it is hard for me to teach this rural kids.. soooooooooo hard.. believe me.. all this kids have that very solid mother tounge that nor I or any other teachers manage to woosshh it away.. even in the morning assembly.. KESOPANANG DANG KESUSILAANG.. haihhhh.. the fact that the parents are unlike those in the city that here english is so like an "alien" language for them.. does gimme some hard time when at most of the time only teachers like me that the pupils have as reference when they have problems in homework.. hence all the unfinished homework... haahhhh... it is difficult!!!! and.. personally i think.. yes it is hard.. but aint no success without any pain, no?.. cakap senang la... ehhh aku cakap.. aku buat jugak tau.. Everyday I yelled in class in both language.. DWIBAHASA... every small things like.. permissions.. must be asked in English.. Every simple instructions.. Dont.. Please.. greetings.. thank you.. good morning.. I have yet seen the result but at least Im trying.. the truth here is.. Im a bit frustrated that it is totally abolish.. but what to do.. dah sain akujanji.. "saya yang menurut perintah"... akur sajalah..

Next year the new curriculum will be introduced.. good.. another new thing.. been told that there will be lot more of practical rather then theory.. sound better isnt it? theory means nothing untill its proven.. hence practical is needed.. I am really looking forward for it.. :)

enough with all this nagging.. i love nagging.. but i hate listening to it.. isnt everyone? hahahahah..

anyway.. i received an award from a sweet blogger friend.. WANI.. thanx dear..



the instruction is to copy paste this award to the blog side bar.. and pass it to 5 other friends.. ecehhhhh.. kacang je.. Im passing it to everyone.. :) all my loyal readers.. dila, atun, chucky, tuted, siti eroy, sis emmi, sis nana, linda, baiti, apis, anaklaut, comel, farah, mas, aiza, adi, cik yah, nadie, zek, fadzli .. and some of my new friends.. ASMAR(ex mrsmBP), nissa and cik niena..

Friday, June 5, 2009

di awan biru...

Supposedly this is a backdated entry but lots of problem occured when I tried to upload some videos.. so I just gave up and malas nak buat dah.. tapi sayang la pulak bila all the videos and pics tuh tak dikongsi beramai2 kan.. :)

The concert was on schedule last 22/5/09 but postponed to 29/5/09.. actually Im not really a fan.. even mr hubbs either.. but us being a "multimusic" listener thought why not give it a shot plus since we moved to the east coast not much of eventful things were held.. asyik2 funfair.. I dont quite like funfairs.. tak lau la naper..

We took off from Dungun at around 4pm and went straight to the stadium to collect the tickets.. It took us like almost an hour because of the long queue.. around 6.30pm we went for dinner at the Noodle Station.. the only place where I like to dine in there.. I had the lamb chop while mr hubbs only have a chicken BBQ noodle.. I like the noodles but the chicken were too sweet I think.. after that we had our prayers at nearby mosque.. we call it the Masjid Putih because it is all white.. managed to put on my make up just after the solat.. hehheehhe.. sempat lagik..



siyes sedap... rasa cam nak lick all the gravy on the plate tapi sebab kat public.. ambe beringat la jugak.. hahahah..


pose2 gediks..

Around 7.45pm we were already at the stadium but we spent like almost 20 mins just to find the parking spot.. toooooooooooo many people... almaklumlah.. the concert was the first after almost 21 years if Im not mistaken.. what do u expect? its Terengganu Darul Iman ok.. I think people from Kelantan also came here since the concert in KB has been cancelled.. though Amy & Tok Guru have become buddies but still Tok Guru tak bagi..


the main entrance


the rest of the clan.. tengok sapa yang paling poyo.. yup.. he is my man.. love him no matter what.. :)

Around 8.30pm the gate was open.. and we were in.. old and young.. man and woman.. all in jeans and some in baju kurung.. baju kurung? errrkkk.. yup.. high heels lagik.. hahhaahha.. ooooo.. with a big large handbag.. I dont think that was suitable, does it? macam2.. I only brought my IC and 10 bucks inside.. takutla pickpocket and macam2 lagi.. I heard that ramai yang hilang hp that nite.. tulah bawak beg besar2 lagik.. We port ourself at the back.. way far from the crowd.. seriuosly I dont really like crowds.. but if crowds in shopping mall takpe.. that means ada sale.. hehheheh..





So the nite begun at 9.30pm.. yup.. soooooo late.. kaki mak dah lenguh2 .. anyway the wait was worth it.. Amy & the gang was so excellent.. energetic.. yazid with his drum, Nasir, Hillary and Din all with their guitars.. they have proven that they worth the title.. being a legend.. and Amy the man of the nite at the age of 51 was screaming and jumpingjacking without losing any breath.. best.. memang best..


The best I would say was when he sang Isabella, fenomena, gadisku and pawarna.. behind us were a group of man who at their 40ties I think.. singing along.. amazingly they knew all songs.... must be die hard fans.. according to a friend who were standing near the stage there was a couple also aged around 40 who were hugging and singing along.. sssooo sweeettt..

As an amature camerawoman.. cewahhhh.. I recorded most of the songs but I could not upload all here since the size of the files are so big.. and all the videos pun gambar goyang2.. sebab mak kan pendek aje.. nak rakam tuh kena held the camera up high.. lenguh2 tangan.. lenguh2 kaki jugak sebab berdiri lama2.. hehehhe.. bila tengok balik semua video.. I could hear mr hubbs voice so clearly.. kalah Amy.. dia pun naik syeh gak malam tuh.. hehehe..



p/s: phewwww.. after a week baru siap entry nih..

Tuesday, June 2, 2009

fishy fishy!!!


please click for a larger view
*************************************************************************************
Security Update Message - *5820*

Dear Valued Customer,

We placed an hold on your account for security reasons as we detected several invalid logon attempts from a blacklisted location. Your immediate attention is required to activate and restore access to your account.

Activate Now
*removed link*

Note: Your account will be closed if not resolved within 5 minutes of notice.

Sincerely,

CIMB Bank

*************************************************************************************


I received this fishy email this morning.. being all shocked and stupid I was going to click the link given but thank god I did not. I called the CIMB's helpline instead. They said if they have anything to inform they wont send it via the client personal email. They might do it in the click's account. By the way, I manage to ask the officer about my account and grateful that my account balance is still safe... bukan banyak pun.. hehehhee.. still I am grateful.. I am not going to be one of this phishing scam's victim.

This brought me into thinking, is our bank account really safe and secure? Iye ke safe? Dulu orang simpan duit bawah bantal.. later people keep their money and some of their precious belongings in a place called bank.. now.. duit dalam bank pun boleh hilang..

Thursday, April 30, 2009

just another crap

Pada entri kali ini aku akan berbahasa ibunda sepenuhnya.. sebab aku malas nak cari dan bina ayat BI kali ini.. sebenarnya yang aku beriya2 sangat menulis dalam BI adalah kerana aku ada seorang rakan "caucasian" yang bernama Bronwyn... beliau kadang kala ada membaca blog aku.. kini aku rasa beliau pun terlalu sibuk dengan kerjaya nya sebagai penulis sehingga tidak sempat untuk singgah ke blog ku sekerap dulu..

meskipun pembaca mat salleh aku hanya seorang namun aku pikir ini adalah salah satu peluang untuk aku memperbaiki mutu BI ku.. bukannya aku ini obses "omputih" meskipun aku akui lagu2 melayu kurang mendapat tempat di hati.. namun begitu aku akan pergi menonton konsert SEARCH di Kuala Terengganu 22 MEI nanti..

Sebagai seorang guru, aku sangat malu dengan tahap BI aku yang hanya setinggi tahap sekolah menengah sahaja.. aku rasa aku perlu memantapkan penguasaan aku terhadap bahasa ini.. tiada kena mengena dengan isu PPSMI yang tengah hangat sekarang walaupun aku akui aku suka mengajar subjek matematik & sains dalam BI.. sebab aku rasa bila di dalam BI, ilmu yang mahu disampaikan tidak terbatas cuma aku hadapi masalah dari segi untuk memahamkan anak murid aku yang semuanya memiliki sindrom lidah berdengung pelbagai harkat.. tidak mengapa.. aku anggap semua itu sebagai cabaran..

Justeru itu, aku pun kerap menulis dalam BI hanya untuk memperbaiki mutu BI aku.. bukan mahu berlagak atau menunjuk2.. ramai bekas rakan sekolah aku semasa di MRSM dan SMK (P) Sri Aman yang sangat baik mutu BI nya.. aku juga mahu jadi seperti mereka.. malangnya apabila aku mula menjadi guru, BI merupakan satu perkara yang sangat asing di sekolah rendah.. hingga guru BI sendiri mengajar BI dalam BM.. aku tiada pilihan lain kecuali di sini untuk aku melakukannya.. namun aku bukan seperti Tun Mahathir untuk menulis entri dwibahasa.. dengan hanya pembaca yang tidak mencapai 20 orang aku rasa tidak perlu.. jadi entri aku samaada dalam BI sepenuhnya atau BM sepenuhnya atau rojak campur.. :)

Isu sebenar entri kali ini adalah tentang hidup aku yang sangat caca merba sejak 2 minggu lepas.. semua pembaca blog ku yang setia sedia maklum bahawa sekolah aku yang tercinta telah terpilih untuk mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan AIM.. bukan.. ALS.. Anugerah Lonjakan Saujana..

Betul.. hidup aku sangat sibuk.. sudah dua minggu dapur aku tidak berasap.. cuma oven saja yang berasap sebab aku lupa nak tutup suis selepas membuat roti bakar.. sehinggakan nak sapu lantai rumah pun jadi 2 hari sekali.. kadang2 mahu mencecah 4 hari.. sudah hampir 3 minggu aku tidak mop lantai rumah.. maklumlah hampir setiap hari balik pukul 5pm.. ngok ngek ngok ngek sampai rumah dalam kul 6pm.. letihnya.. kasihan suami yang terpaksa bersabar.. mujur dia sangat memahami.. nasib baik rumput di luar rumah ada orang yang datang tebang.. kalau tidak.. aku pun kurang pasti apa yang akan berlaku seterusnya..

Terasa hati ... dengan cik puan besar sekolah aku.. minggu lepas dan sebelumnya aku ada hantar pada dia draf power point supaya beliau semak apa yang perlu ditambah kepada slides yang telah siap.. maka beliau telah semak dan aku juga telah menambahbaik ia.. jadi semalam aku bentang secara total kepada seluruh warga guru sekolah.. selesai saja pembentangan.. cik puan besar aku pun berkata ," pada saya ini tiada isi..."

Hairan.. kenapa dia tidak komen apa2 semasa aku hantar draf yang pertama dan yang kedua.. cuma beliau minta menambah se dua tiga perkara sahaja.. tiba2 depan semua rakan beliau berkata demikian.. mujur ada yang membela aku.. terima kasih ustaz dan PK Kanan.. mereka usulkan kepada cik puan besar aku supaya menyediakan satu checklist untuk aku semak dan tambahbaik ke dalam power point itu..

Angin... sebab minggu depan nazir dijangka datang.. dan minggu ini yakni petang ini aku terpaksa balik kampung di KL.. terpaksa.. kerana ada majlis tahlil arwah adik iparku.. terpaksa sebab aku rasa seperti tidak mahu balik kampung sebaliknya mahu berkubang di rumah untuk menyiapkan power point aku ini.. tetapi aku harus jaga hati suami yang amat sangat sabar terhadap aku selama ini.. ;(

Sejuk ati.. bila semalam ada makcik yang jual kuih tepi jalan panggil aku comel.. :)

aku : berapa harga kuih ni?

makcik : 3 seringgit.. comel nak kuih apa?

aku : (sambil senyum sampai ke hujung telinga) saya nak karipap sardin 2 ringgit..
makcik : kejap comel ye.. nah.. makcik jual ye comel..
aku : saya beli makcik...

Walaubagaimanapun.. aku mahu tanya.. comel tak aku pakai semula cermin mata.. selama ini aku berkanta lekap.. sudah hampir 7 tahun aku berkanta lekap.. tetapi baru2 ini dek kerana kesibukan yang amat.. aku tidak berkesempatan untuk membeli yang baru apabila yang sedang dipakai sudah tamat tempohnya.. kalau comel.. aku malas nak pakai kanta lekap lagi.. biarlah dengan imej ini..