Pages

Showing posts with label crapssss. Show all posts
Showing posts with label crapssss. Show all posts

Friday, December 16, 2011

latest crush!!!

naughty naughty me!!!

orang lain semua tengah kemaruk aaron aziz la, adi putra la..
akak tengah tangkap leleh dengan hero ni..




































cliche.. i know!!!!!
i myself have no idea why i am so smitten with these korean actor and actress..
diorang ni pakai susuk gamaknya... kekekekeke!

tapi jangan risau.. pak itam si tinggi lampai a.k.a. mr husband tetap di hati :)

Tuesday, February 15, 2011

petua

akak ada satu petua..
korang ni mesti takde menda lain kan..
kalau sebut petua..
mesti ingat petua nak kurus lah..
petua nak muka halus lah..


sorry dek non ye..
nothing like it ok..
patutnya akak kata menda ni tips..
tak kira... aku nak panggil petua jugak..


berapa orang ada touch and go card tapi dah hilang?
bukan hilang ke mana..
tapi terselit bawah kerusi... celah² surat yang dah berkulat dalam drawer dashboard..
sila angkat keyboard!!!!
tak kata orang lain.. tuan tanah ni pun haaa..
entah mana kad tu menyusup..
dek kerana pakainya pun hanya sekali sekala..


oleh yang demikian apabila hendak membayar tol..
harus lah kita memandu ke lane yang kosong supaya cepat..
tapi apa kes kalau semua lane penuh?
haaaa... nah amek petua ni..
sila pilih lane yang paling banyak lori tengah queue..
meskipun kelihatan seolah lembab macam siput b***..
tapi percayalah lane yg banyak lori itulah yang paling cepat prosesnya..
sebab lori yang ada adalah sedikit sahaja banding lane yang banyak kereta queue..




contoh :
lane 1- lori besar, kereta, lori besar, lori besar, lori besar
lane 2- kereta, kereta, kereta, lori, kereta, kereta, kereta
jawapannya: lane 1


tak percaya??? sila acu try test sendiri..
tapi kalau kome ada smart tag ke.. T&G ke.. tak payah la korang layan petua akak ni..
hmmmmm.. 
manalah perginya kad T&G akak ni.. 




Friday, February 11, 2011

tetamu



Sejak dua menjak ni..
Ramai tetamu datang rumah.. Almaklumlah rumah baru kan..
Rumah Cik Jijah ni tak adalah gempak sgt...
Biasa² aje.. Tapi rumah baru kekdahnya.. 
Memang luar biasa lah sikit sambutan orang ramai..
Siapa tak suka benda baru.. ye dak?


MM kata.. alhamdulillah..
Rumah kami ni insyaAllah banyak rahmat..
Kalau ramai orang datang.. 
Tapi sejak duduk sini...Memang tak putus² tetamu...
Praise be to Allah again...


Terima kasih kepada yang sudi datang.. 
Kepada yang agak² ada plan nak datang rumah Cik Jijah..
Sila lah hello awal² ye..
supaya boleh Cik Jijah masak yang happening sikit..
Kalau terjah aje kang.. 
Biskut tiger  dengan nescafe O saja ku hidang.. hehehe.. 


Dalam ramai² tetamu yang datang..
Ada pulak yang buat onar.. 
dah lah tak diundang.. terjah aje... 
menyeramkan dan menakutkan..
takut punya pasal.. Cik Jijah telah membunuh tetamu ini..
kesian.. tapi apa nak buat.. ganas sangat ghopenya...
macam predator yang ada banyak kaki.. 
kill kill die die la kekdahnya.. huhuhu...







Tuesday, September 14, 2010

update

alahai.. pejam celik.. pejam celik.. dah 5 raya dah.. tahun ni kan celebrate first raya kat Sg Petani.. raya 3 dah balik Klang dah.. sebab kan nak kena ngecat rumah kan.. so Ahad semalam bertolak la MM dan Cik Jijah dengan penuh berkobar jiwa dan raga untuk balik ngecat rumah yang sekangkang lotong tu..

Rasanya lebih kurang 3.30pm.. kami masuk exit Sg Petani Utara.. tak sampai 30 minit rasanya.. jalan sudah jem.. nak masuk tol Juru.. kuar tol Juru.. bertambah haru.. pasal jalan sesak.. sampai lah ke Penang.. issskkk.. Pit stop sat kat Petronas Bukit Merah dalam kul 5.30pm.. keluar aje dari Bukit Merah.. semangat berkobar nak mengecat rumah semakin padam.. traffic sesak sesesak sesaknya.. sehinggalah Sungai Perak!!!

Pelik bin ajaib.. kesesakan adalah disebabkan semata-mata ramai umat manusia nak berhenti kat R&R Sungai Perak. Ingatkan ke.. eksiden ke.. polis buat road block ke.. telahan Jijah salah belaka.. Rupanya sesak tu sebab orang dok queue nak masuk R&R Sungai Perak semata-mata!! Kome bayangkan la.. kematu tak kematu punggung akak ni.. kalau dari Taiping ke Sg Perak kami bergerak cuma 20 km/j!!! Apa la yang spesel sangat Sg Perak tu? Ce ngkome kabo? issskkk.. bukan punggung je kematu ni.. sakit leher tak baik2 lagi ni.. lama sangat duk dalam kereta..

Namun, syukur.. kami selamat sampai.. walaupun kali ni kami ambil masa hampir 9 jam instead of 4-5 hours usually.. tak pernah2 dibuatnya!!

Kerana itu jugalah.. tiba2 MM tadak mood nak ngecat rumah.. "culture shock" lagi dek traffic jam kelmarin.. kita ni.. orang perempuan... ikut aje kan? dia kata.. cat.. kita cat.. dia kata tak payah cat.. kita lompat2 lah girang.. sebab buleh berjalan sakan rumah sedara mara sambil tayang handbag baju baru.. hehehheeh..

*nota kaki : Cik Jijah sudah ada pemenang untuk teka teki songket hari tu.. Insya allah.. nanti Cik Jijah umum next entry ye :)


Thursday, April 29, 2010

these boots are made for walking..

except this one particular shoes o' mine. They have been with me for about 3 months now. Arent they cute.. like.. reallly cute.. the ribbons.. owhhhh.. I love ribbons... but I hardly put them on since they keep on yanked out.. (T_T)



cute kan??

Im not a shoe fetish but there were these voices coming out of nowhere begging me to buy them when I first set my eyes on them at the store. Its merely an impulsive buy.. as much as how cute they are but they are malfunctioned!! And as much as I love them, but I dont seem to be able to wear it comfortably right...

The first I tried it on, 'twas quite loose but they were the last of their kind so the SA advised me to put these lil sponges thing that cost only RM6 inside the shoes.. It seem to work the first time but after several attempts at work.. it got all kembang and bailed out on me again... ~sobs~


I even stuffed some tissues inside besides than the spongie thing..
an attempt to avoid them from tercabut!

Ahkak sayaaanggg amats sama mereka itewww.. but how? I am thinking of putting/sew some straps with buckle on them.. is that possible? I mean.. can I send it to some shoemaker or cobbler to mend it by putting some buckle strap on them so I can wear them without having them yanked out? Does such service ever exist anyway? huhuhuu.. its such a waste to just see my money those beauties all shiny and wrapped in its box..

Sooo.. anyone.. any idea?? or maybe.. anyone would like to have them as their own.. Im willing to let it go at a very affordable and negotiable price.. it is a size 6 and not any high end brand.. so drop me an email.. or PM me at my FB.. BUT... let say I got my problem solved, I may change my mind *wink*.. we will see la ekkk..


Saturday, April 17, 2010

senyum pagi


pic credit to Gemilang Skkp

LOL!!!!!

anyways.. we can always give it a try though.. who knows it might work...

LOL!!!!!






Saturday, January 23, 2010

iDea


My blog theme for these past few days is SUNYI... not that I am lonely. It just that my mind is so "sunyi" of idea... The surroundings and my daily activities do not helping either. Maybe sebab belum gaji.. nanti dapat gaji.. mesti banyak idea kan? Apa pulak kena mengena idea dengan gaji and its not that Im that broke either to be this grumpy... hmmmm.. by the way.. any idea on what I should blog about?

*pic were all googled

Wednesday, December 9, 2009

jijah mengidam!!



hikkkssss... its the estee lauder blockbuster 2009 set!!! I just cant resist the temptation... helppppppp.... jijah tengah terkepar-kepar ni.. overrrrrr sangat kan :)





Tuesday, December 8, 2009

as per request

Baiklah kawan2.. and you know who you are.. sila lah tengok hasil tangkapan Jijah ketika hujan lebat tempoh hari... masa sale jek Jijah mampu membuat tangkapan besar gini.. kalau tak sale.. sekadar memandang dari jauh sambil menggigit kuku dan memendam perasaan.. my mis tres hermanas.. janganlah korang menyampah dengan kakak korang ni ye.. I am just so pathetic and helpless in this matter.. tak berdaya dik.. hikksss..


ni pesen twist namanya..


ni pun twist jugak..


ni pesen biasa tapi 2 tone


yg ni pesen latest kata SA tuh.. twist jugak...


yang ni tak ingat la jenis ape..
pesen batu gamaknya..

Yang ini.. spesel.. ecewaaaahhh.. haaakkk tuuiii.. still I just cant help myself to camwhore.. yes I know.. I AM THAT PATHETIC ok.. tapi kalau tak posing dan berPERASANG dalam blog sendiri.. kat mana lagi akak nak buat dek nonnnn.. memang tadek can punya...


eerrr.. ni pun pesen batu jugak..


ya ampunnn... silalah abaikan kulit muka yang kusam dan kering itu.. kalau perati sangat takut hilang selera makan pulak nanti.. ok.. itu sahaja hasil tangkapan terbesar setakat ini... sekian terima kasih!!!


Thursday, December 3, 2009

rimas

Perkara Satu

Pernah tak dapat panggilan yang promote2 hoilday card, vacation card, points card, membership dan sebagainya? Pernah kan.. rimas lah!!! Sangat rimas tau kalau nombor yang tak dikenali appear on hp screen tuh. Jijah bukan nak sangat kondem diorang ni. Jijah amat memahami yang mereka pun sedang mencuba mencari rezeki halal. Jijah pun pernah berada di tempat mereka ni. Daripada buat benda merapu better kerja gini. Merasa jugaklah suasana 9 to 5 (sambil humming ninnneee too fivee)..

Masalahnya verrryyy annoying tau.. bila disuruh kita jadi member itu ini. Mula2 katanya percuma dapat itu ini. Bila kita kata, OK jek.. dia pun kata kena bayar 300++ (vary on type of membership). Pulak.. kata percuma.. hisshhhh.. Kadang2 bila dapat bila bunyi berdering sampai rasa benci kat hp tu pun ada. Mana diorang dapat nama dan nombor telefon kita ni ye.. hmmm… Rasanya Jijah tau dari mana.. dulu2 kan Jijah pernah kerja bank kan.. buat marketing.. Pernah la bos Jijah bagi satu contact list prospect client. Bos kata dia beli dengan orang. Amboiiiii.. senang2 jek kan jual2 maklumat/butiran peribadi kita kat orang lain. Rasa2 boleh saman tak orang tu kalau kita dapat tau siapa yang punya angkaraaa?

Perkara Dua

Jijah ada akaun Skype and YM. Jijah takde masalah dengan YM tapi Skype. Jijah ni online Skype pun macam ala2 segan gitewww… selalu set status: away or invisible.. sebab tak suka nak accept request orang2 yang tak dikenali. Jijah puas dah merasa asam garam dunia ber"chatting" ni. Mula zaman IRC, ALAMAK sampai le sekarang ni YM, Skype.. udah masaaaaakkk sangat dengan sesetengah sikap manusia yang penipu dan sebagainya.. tapi.. ehhhh.. tapi pulak kan? Ngeggegehh.. ada loop hole jugak.. Jijah tengok jugak hamba2 Allah yang request tuh kot munasabah ajek Jijah accept lerr.. tak kira bangsa jugak.. among favourite Jijah yang pandai cakap omputih... Idakle nak berlagak tapi Jijah ingat boleh la Jijah dapat peluang untuk perbaiki mutu berkomunikasik bahasa Inggeris Jijah. Sumpah takdak niat laaaaiinnnn.. English wannabe la kununnnnn.. ni pinjam istilah mak ji esah.. wakakak..

Panjang benor mukadimah. Alkisahnya ada la satu orang kawan Skype Jijah ni. Lama dah Jijah bersembang dengan dia ni. Selalu sembang pasal girlfriend dia, pasal kerja. Jijah pun sembang la pasal sekolah, pasal Jijah. Lately ni.. dia jadik ala2 pelik pulak.. dia duk nganto email bukan2 kat JIjah.. mulanya Jijah ingat dia melawak jek.. makin lama makin banyak.. alaaaaa… lama2 Jijah pun jadik rimasssss.. ssssooooo.. zasssssssssss.. Jijah pun block dan spamkan email add dia.. mesti dia kecik ati dengan Jijah kan? Kecik ke? Hmm.. Lantak la situ.. Jijah nak larikkkkk jauh2 dari dia.. readddyyy…1 2 3.. larikkkkkkk!!!


Saturday, November 21, 2009

mendung berarak

apakah maksud frasa di atas? tiba2 ayat itu terlintas aje dalam hati.. sebenarnya tak paham pun makna dia.. almaklumlah Jijah ni kan cikgu kira-kira.. dulu panggil ilmu hisab.. sekarang.. matematik.. ehhhh.. mathematics.. well you know.. Jijah siap gugel u olllsss.. tapi merepekssss aje semua pun..

Minta maaf lah ye.. hari ini mood Jijah ala2 mendung gitttteewwww.. rasa macam nak menjerit.. nak memaki? takde.. confirm balik.. hmmmm.. nak maki takde.. tapi nak jerit aje.. karang Jijah jerit2 karang habis la jiran2 datang pulak kan.. so Jijah tak mau lah create a scene.. kalau Jijah saaaannnttteeekkk ala2 Maduri Dixit ke boleh la consider kan.. hehehhehe..

Minta maaf la jugak.. sebab hari ni mood Jijah bukan takat mendung ajek.. mau hujan pun ada.. tak tau la apa kes.. kan baru balik holiday kan.. maybe... PMS.. itu jelah yang boleh Jijah fikirkan pun.. hehehhehe..

Basically.. mood Jijah seperti mau nonton cerita2 hindustan.. ala2 kuch2 hota hai ke.. dil to pagal hai ke.. mau hujan puas2.. kalau boleh biar banjir terus.. mau let go everything.. eceeeehhhhh.. meluat kan u ooollllsss!!

oklah.. pasal holiday semalam best.. nanti Jijah review kay.. esok lusa ke.. Now.. Jijah nak cari kleenex.. tisu.. daaaaaaaa...



Saturday, November 14, 2009

OH MY GUCCI!!! Its happy hour!!

It was Friday the 13th you ollsss!!! Omputih kata hari gini hari sial.. siap ada special term lagi to those yang fobia sangat hari gini... paraskevidekatriaphobia... amikkk ko.. nak nyebut susah nak dieja lagi tak menjadi.. Maka Jijah kopipes jek lah.. tapi kita ni orang Islam tak patut la nak percaya kan.. sama jek hari ni dengan hari2 lain pun.. matahari terbit belah timur jugak..

Anyhow.. takde makna nak celebrate friday the 13th ni.. tapi nak pegi joli ada lah.. hehhehe.. tidak lah berjoli sangat.. just a small date.. with my better half of course!! Dating kat Kuantan lah.. mana lagi.. TGV yang kunun nak buka kat Mesra Mall Kerteh after raya masih lagi bertepek "coming soon" kat dinding dia.. haihhhh...

happy hour with happy face.. hehehhe

Hajat hati nak tengok cerita latest exboyfriend Jijah.. sapa lagi kalau bukan Brad Pitt: Inglourious Basterds.. hikkkssss.. and Pisau Cukur... Alih2 tengok satu jek.. Pisau Cukur jek.. sebesar2 GSC Megamall tuh.. cuma ada 4 movie jek yang available.. Sah2 cerita exboyfriend Jijah tuh takde.. ada cerita 2012 and a few others, chinese movies.. sorry lah yek.. Mak tak minat cerita ganas unless ada unsur2 komedi or cinta tau.. heheheh.. iyeee.. jiwa mak lembut..

So we got the 4.15pm tix and we have about 1 hour before the show.. instead of shopping we went for the "karaoke jamban"(read: mana sempat shopping 1 jam).. hehehhehe.. ala.. 1 lagu 1 token=singget tuh... beli la 10 token.. dapat 10 lagu.. puas hati dapat melalak sesuki hati.. lantak lah sedap ke tak.. hehehhehe..

pakwe tengah melalak lagu Pejal Tahir


Oh yeaaaa.. apakah pendapat Cik Jijah tentang movie Pisau Cukur itu?


Jijah berpendapat bahawa: I like it so much!! Barisan pelakon yang mantap seperti Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz, Lyana Jasmay, Nas-T, Dato Rahim Razali, Eizlan Yusof, Khatijah Tan, Umie Aida dan Sharifah Sofea menjadi antara sebab utama. Some cameo appearance by Afdlin Shauki, Yasmin Yussof and Bang Bil juga amat mencuit hati.. Ada pelakon baru.. Redza Minhat (siapa ek dia ni.. cute tau) juga tidak mengecewakan!! skemanya ayat ko Jijah!!!

Menonton cerita ini seperti ada perasaan menonton cerita lama.. ala2 tahun 80an.. Azura.. Ali Setan.. tapi fresh.. witty.. cute.. macam love comedy omputih.. zero slapstick ok.. Fazura dengan Maya Karin memang rock!!! I mean... gedikkkkk.. Fazura ni kalau bagi watak macam ni memang menjadi.. remember Gol & Gincu?.. but not that stereotype ye.. gedik lagi dalam cerita ni.. The new comer, si Redza Minhat tuh.. sangat la padan dengan Maya Karin with his braces ala2 bendul tapi memang best laa.... Tengok si Fazura and Maya kelek LV ke hulu ke hilir pun menggetar jiwa perempuan Jijah ni tau.. hehehehhe..

Cerita ni memang mencuit hati Jijah dan pakwe.. hati orang lain Jijah tak tau.. hehehhehe.. tapi kalau tengok betul2 cerita ni.. banyak moral value.. cynical too.. especially to those woman yang cari calon suami kaya.. heheheh.. cuma.. ada orang tak suka tengok cerita Melayu.. Jijah selagi bukan R**** M******** punya (yeeee.. Jijah bias!!!) Jijah layan jek :) support local film!!!

side note: sangat sangat x300 suka dengan Intan( Fazura) dalam cerita tuh bila dia mengeluh atau terkejut.. OH MY GUCCI!!!.. OH MY JIMMY CHOO!!.. OH MY PRADA!!.. sangat gedik x250 okkk.. and speaking of gucci.. cantik tak beg ni.. beg ini tiada kena mengena dengan movie tersebut.. nggeggeeeehhhhhh..


Owhhh.. banyak lagi nak cerita.. nak2 ada satu kejadian yang berlaku.. nantilah Jijah cerita.. dah pukul 1.30 am.. mata macam sleepy tapi tak sangat... baju belum lipat bertimbun atas katil tuh.. nak lipat baju ke.... tidur aje.. hehehehhehe..

Monday, November 9, 2009

isnt she lovely?

mari.. mari.. mampir pak.. mampir semua.. marilah.. cuci mata.. heheheheh


Heidi Klum.. dengar cerita.. she insurred her beautiful long legs for $2.2mil..
ngggaaaaaa...


Hilary Rhoda.. the face of Estee Lauder (jew company)..
cantikkan? love her look... ala2 Brooke Shield tapi versi gebu lagikk..


Gisele Bundchen.. nih tak payah cakap banyak..
semua orang kenal.. memang cantik tahap goddess dah..


ni Jijah paling suka.. Karolina Kurkova.. muka dia macam pelik tau..
but somehow.. still so pretty.. cantik lain macam..
hehhehehe... Jijah dah gila.. hehehhehe..

Cantikkan diorang ni? hehehhehehe.. Apa ke halnya dengan Cik Jijah hari ni.. hehehhehe.. entah.. Empunya blog pun tak paham.. PMS kot.. hehhehehe.. sebulan sekali... biasalahhhhh... hehehheheheh..

ok.. serius.. cantik tak? memang la cantik.. who would deny the beauty of these ladies.. Jijah pun suka cuci mata.. kalau tengok channel E!.. memang tak beralih punggong dah tengok perempuan-perempuan ni.. hikkkssss...

Jijah yang perempuan ni pun suka tengok perempuan comel.. apatah lagi lelaki.. hehehhehe.. hence.. I once asked the husband.. suami Jijah laa...

Me : Kalau saya kurus.. cantik cam model2 ni abg suka tak?
Husband : Sukaaaaa sangat tapi..
Me : tapi apa?
Husband : abg suka gini lagi.. kalau cantik sangat nanti susah nak jaga..
Me : betul ke bang?
Husband : betul.. nanti hati abg tak senang.. orang asyik tengok kamu.. biarla gini.. takde org perati..
Me : hmm.. memang saya tak laku dah.... ( muncung mulut jijah)
Husband: ke situ pulak.. isssshhhh.. nak kena ni..

Motif? Cik Jijah saja provoke dia.. just trying to emphasize that cantik itu subjektif kan? it lies in the eyes of the beholder.. muka cantik.. tapi hati busuk.. apa kes? seboleh-bolehnya biarlah lengkap serba serbi.. cantik itu bonus.. :)

Baru-baru ni.. salah seorang murid tuisyen Jijah kena marah dengan mak dia.. sebab tamak makanan.. kalau dengan adik beradik tuh.. dia memang nak lebih.. siap sorok lagi kat rumah nenek dia yang depan rumah.. nak makan senyap2.. heheheh

Mak dia : Mung ni kan.. makang banyok ngatt.. nanti mung gemok sok tadok sape nok ke mung..
dia : Dah Cikgu Liza tuh.. gemuk gokk.. ada je oghang nok ke dia..

keh keh keh.. terdiam mak dia.... budak2 sekarang pandai cakap.. hehehhe.. but dont worry Jijah dah dah corrected anak murid Jijjah tuh.. bukan sebab gemuk atau rupa diri.. tapi hati dan peribadi.. uikksss... rhymes lah.. dah pulaaakkk.. Cik Jijah ni mulia sangat ke peribadinya? ngeeeee... ukur baju di badan sendiri..

By the way, ini bukan entri mahu bangga diri ye.. cuma bersyukur.. I am so very grateful for having granted by God.. to have such a happy life.. with a husband.. who loves me for the way I am.. accepting me seadanya.. baik dan buruk.. :) cuma Jijah tau.. Jijah kena kurus sikit.. sebab suami kaki jalan.. I need to catch up his fast stride.. kalau tak kena tinggal la alamatnya.. heheheheheeee..

Sunday, November 1, 2009

istimewa untuk abg din

Kehadapan Abg Din yang jauh di mata namun nak kata dekat di hati pun idak le seberapa dekat sebab kita sendiri pun tak pernah bersua muka lagi. Meskipun begitu, Jijah sentiasa berharap Abg Din berada dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa sejahtera di samping keluarga tercinta dan tenang ketika memandu lori.

Dear Abg Din,

Tujuan Jijah menulis surat ini adalah untuk memperjelaskan tentang level kefahaman Jijah terhadap satu persoalan yang Abg Din utarakan dalam blog Abg Din. Sebelum hal ini melarut sampai Jijah termimpi2 pulak akan gerangan Abg Din hatta membawa pula ke igauan lalu timbul syakwasangka oleh suami kesayangan Jijah. Maka haruslah Jijah memperjelaskan hal ini.

Persoalan itu yang mana Jijah telah mungkin.. tersalah jawab di mata hati Abg Din. Tindakan Jijah meng"convert" nilai matawang itu telah membuatkan Abg Din tidak henti2 bertanya pada Jijah dan telah mengatakan bahawa Jijah tidak faham akan maksud Abg Din.

Untuk pengetahuan Abg Din yang dihormati, Jijah faham apakah yang cuba Abg Din sampaikan. Mungkin cara Jijah menjawab semula pada Abg Din adalah kurang menepati kehendak selera Abg Din kerana pada Jijah hal ini merupakan sebuah perkara yang umum. Semua orang pun tahu negara yang dinyatakan oleh Abg Din merupakan sebuah negara maju. Oleh itu, adalah tidak adil dibandingkan dengan negara kita yang masih dalam usaha untuk membangun. Negara2 yang Abg Din nyatakan merupakan negara2 pengeluar yang mempunyai kuasa mengawal harga barangan. Kita masih bertatih nak keluarkan kereta tapi dema dah jemu dah buat kereta.

Jijah idaklah menidakkan 100% apa yang Abg Din cuba nyatakan. Ada sesetengah negara, orang yang homeless atau merempat pun dapat elaun bulanan. Banyak pula agensi yang menyediakan makanan percuma mahupun tempat perlindungan percuma sementara untuk golongan yang hidup susah. Pendek kata, kalau ada kerja, confirm hidup senang. Kerja kerani jek tapi boleh beli rumah sendiri dan setakat nak beli kereta second-hand tuh boleh beli cash ajer. Kalaulah tak silap Jijah la kan Abg Din kan.. retirement plan dia orang pun menarik. Siap ada tabungan khas untuk melancong bila dah tua2 nanti.

Amatlah berbeza di negara kita. Kita terpaksa bersusah payah untuk hidup senang berbanding mereka. Jijah cuma boleh fikir antara sebab kita jadi begitu adalah kerana inflasi yang agak tinggi. Jijah pun tak pastilah inflasi negara kita ni tinggi mana. Jijah pun tak pandai bab2 ekonomi ni. Namun demikian, Jijah pasti apabila inflasi berlaku, harga barangan atau keperluan akan meningkat tanpa berlaku kenaikan gaji. Ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan telah menyebabkan berlakunya inflasi. Gaji ciput aje.. tapi harga barang 3/4 kali naik setahun. Apatah lagi musim perayaan. Semua barang pun mahal.


Begitulah adanya setakat mana Jijah faham akan pernyataan dan persoalan Abg Din itu. Kot la Jijah salah faham lagi Jijah betul2 surrender lah kali ni. Kot ada lah fakta2 yang salah minta di"repair" lah.. Jijah pun googled aje fakta2 tuh. Buat pengetahuan Abg Din, Jijah dulu cuma major course biologi pemuliharaan alam sekitar jadi memang sangat lah tidak mahir bab2 ekonomi nih. Kalau ekonomi rumahtangga boleh la sikit2.

Walaupun begitu Abg Din.. meskipun kita hidup susah di negara kita.. Jijah pegang satu je.. hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. biarlah di negara sendiri. Tapi kan, Jijah tak pasti la pulak kot la Jijah gi luar negara nanti, mata berpinar tengok emas negara orang dah tanak la pulak balik negara sendiri.. hehhehehehe.. siap angkut mak abah pulak gi duduk sana jual murtabak segera.. manalah tahu.. hehehehe... rasa2 laku tak Abg Din? hehehhehe..




yang benar,
*Abg Din.. Jijah gurau2 je ni.. Suami Jijah kemsalam kat Abg Din.. take care Abg Din!!! Hati2 bila memandu lori tu ye... pon!! ponnnnn!!!

Friday, October 30, 2009

here comes.. weekend

ooooo yyyeeeaaa weekend!!! and my mood nak renovate blog tiba2 datang... sudah boring dgn lay out.. sudah boring dgn nick name.. mahu ubah semuanya.. tapi idak le teman nak ngadap PC ni 24/7 kan..

so, tentatif hari ini..
-breakie; goreng je karipap segera
-basuh toilet
-basuh baju yang bertimbun
-lipat baju yang bertimbun
-lunch; telur masak lemak cili api
-ngadap pc, godek blog kusam ku ini
-masak murtabak for tea time
-dinner; reheat lauk tengahari
-sambung godek blog or maybe
-habiskan baca "twenties girl" by SK

bosan kan... takpe minggu ni adalah stay at home punya plan.. next week baru nak gi jalan... ke mana tu.. jeng jeng jeng..

Wednesday, October 28, 2009

lazy bum


I will always choose lazy person to do a difficult job because definitely he will find an easy way to do that
~ Bill Gates

I stumbled upon this while browsing the internet. Being a very pemalas I am.. adalah sedikit kecik hati dengan statement di atas.. ok.. konsepnya adalah who eat the chilli, dialah terasa pedasnya kan? the very peppery, pungent hot tau.. Or maybe Bill Gates simply adores or admires those people who .. inactive, sluggard, sluggish,lazy, fainéant, idle, indolent, slothful ( base on my e-thesaurus)... hahhahhaa.. u name it..

*pix googled

Soooooooooo... What say you? Are you the one that Bill Gates looking for? ye dokkkkkk mung!!!

*I am definitely the cute lazy kitty.. meoooowwww..

Monday, October 12, 2009

the cold ones

Sejak dua menjak ini.. Cikgu Liza selalu berasa sakit hati dan runsing. Hati Cikgu Liza acapkali terusik dek satu perkara ini. Cikgu Liza sangat susah hati. Jiwanya kacau. Runsing betul dan sakit hati.. namun begitu bukan pada orang tapi ini..


"Rimaaaassssss... spesis ini adalah antara yang kerap dan selalu ku jumpa berjimba2 di rumah kuarters ku... makin tension apabila spesis ini suka meninggalkan tinggalan tidak berharga ini di merata tempat rumah ku.. ingin sekali ku gilap skil melastik semasa kecil dahulu namun apakan daya kegelian yang melampau terhadap species ini membatalkan hasratku.."


Cikgu Liza juga sangat fobia dengan spesis yang ini.. walau hanya nampak sesuatu yang melompat meski tidak pasti apa yang melompat, maka Cikgu Liza pasti akan melompat sekali diikuti dengan jeritan yang memilukan.. the agony in her soul.. sangat perit jua untuk diluahkan..



Benar belaka.. Cikgu Liza seorang yang fobia terhadap cicak, katak dan hampir semua reptilia.. konklusinya spesis berdarah sejuk tetapi ada satu spesis berdarah sejuk yang sangat Cikgu Liza suka.. malahan tergila-gila dan termimpi-mimpi.. yang ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


*all piccas are googled


Betul Cikgu Liza sangat suka spesis ini. Owwwhhh ini pun bukan spesis manusia.. ini spesis puntianak.. yang sememangnya pasti berdarah sejuk.. di kanta lekap mata Cikgu Liza, mereka ini spesis berdarah sejuk yang paling kacak dan cantik di seantero dunia.. dan tidak menyakitkan hati Cikgu Liza.. they are.. The Cold Ones...

gggrrrrrrr... Cikgu Liza tidak sabar menunggu November ini.. the moon shall glow again.. :)

Sunday, October 11, 2009

daydream.. again..

home sweet home!!!!


Last Raya holidays both hubby and I took the chance to visit our first newly bought single storey house.. which is still under construction. To our surprise it has so much improvement compared our last visits a few months ago... Of course, as how surprised we were, we are excited too.. heheee.. it is expected to be completed by May 2010.. insyaAllah...


Coincidentally the Homedec Fair was held at nearby KLCC.. as we were in Klang.. so we dropped by to do a little survey... in about 2 hours there, not so much we could do as we need to rush back to T'ganu at nite so we just collected the brochures and pamphlets and some contact numbers too..

This is what I imagine my house could be.. Im not really into plastered ceilings or any downlights.. but Im more into the cabinets, furniture and electrical appliances.. heheheheee... sangat materialistic aku nih..


my dream kitchen cabinet.. with island..
but it maybe a problem since the provided kitchen area is rather small..
a lil renovation will do..
enhancing the space of the kitchen..


my dream bedroom.. with wardrobe cabinet..
simple and yet elegant.. but my bedroom also rather small..
maybe the room need to be extend first..
hence another renovation will be needed..


Can I add another one? I would like to have an office space for both of us..
*all pix are googled

My house consist of 4 rooms.. the room next to the kitchen area might be divided into two.. to give more spaces to the kitchen and a small room as the office area.. boleh ke gitu? now, this question is for my dear hubby, En Amir.. not to be answered but to be fulfill.. hehehhehe.

Best betul.. daydream again.. Macam la banyak sangat duit tok laki ku itu.. ehheheee.. but again daydreaming cost us nothing, isnt it?