Pages

Tuesday, March 30, 2010

too much

These past weeks after the first school break have been quite hectic. Padan muka Jijah since the pertapaan-solo-kat-rumah for the whole week during the recent break didnt help at all. The first day of school terus bertimbun² kerja. Worse came to worst when my panitia file kena spot checked dengan PPD and thank god that the PPD was not to rigid over few things that I forgot to update. "Lain kali saya maghi, kena update la deh.." his words lingering in my mind to this very moment. Bila dah kantoi kan.. mula lah kan.. all that "supposedly" thoughts came into mind kan. "nape lah aku tak update file tu masa cuti, nape lah aku tak siapkan benda ni masa cuti.. napelah.. napelah.." Padan muka ko Jijah... crying over the spilt milk memang dah tadek maknanya kan?

Anyways.. being a very ignorant person yang dah tahu banyak kerja kan.. I went back to Klang whilst MM gi a 3 days course somewhere in Genting last weekend. Dapatlah daku released tension and lepas rindu dengan family.. especially si Jannah and Ijun. Jannah sangat witty nowadays. At the age of 9++ months sudah pandai tonton TV and berjoget whilst listening to songs and rythm.. lagi² bila dia dengar ada orang ratib "laillahaillah". Dia goyang² badan macam orang berzikir.. super cuteness.. :) Ijun pula tengah berusaha nak kurus...wakakaka.. adik bongsu ku on diet. Kelako pun ada :P.. Rupanya doktor advised. Mak pun masak kukus² ajek.. tapi mak masak apa pun sedap kan?

Then.. came Sunday.. time to go back to my hectic life. Picked up MM at his colleague's house at Kelana Jaya at around 4pm. MM took his rest for only about an hour since excited sangat jumpa si Jannah. At 8.30pm, we hit the road to Dungun. MM being all macho though so beaten by physical activities during the course early that morning did not allow me to take over the wheels at all. Believe it or not... macho kan? ;P .. trying to be the good wife I accompanied MM through out the journey.. tak tidur langsung.. ehhh tipu.. tido kejap masa kat KL.. ;) kejap je pun. Lepas tuh memang tahan mata sambil makan kuaci and layan sembang with MM all the way to our home.

We touched down safely at our home sweet home at around 2am.. but regrettably we left our home keys way back in Klang ('_')... I wouldnt say unfortunately since I had already reminded MM to check on the keys while we were at mak's house. He confidently said ADA.. and.. of course lah kan.. usaha kopak mengopak terpaksa dilakukan. Nasib baik hujan so it helped to reduce the clanking noise of MM mengopak pintu. Kot la ada yang tiba² suspek pencuri ke kan.. haru je noksss.. and definitely Jijah adalah sikit hangat hati kan pada MM.. but since he tried so hard with all his might to let both of us get into the house.. cair juaaaaaa... kesian tahu.. huhuhuu.. finally at 3.30am baru lah dapat masuk dan tidor² ayam sajork kerana pintu tadek kunci... uwaaaa...


aksi terlampau MM at the wee hour of 2am.. nggeeee..

A few hours after arriving, suddenly I received a call from my colleague asking for my whereabouts... I simply forgot the fact that I am one of the insan terpilih to be in the event of MSSD ( sukan daerah). Dah siap pakai baju kurung lagi ayu nan jelita as always, mau tak terkujat and automatically Jijah transformed into ala ala sportswoman. Though still so mamai and a bit blur, not to mention.. TENSION... daku gagahi jua drove all alone ke Dungun.

Hence, with the lack of sleep.. I had to fulfill my duty as the Hakim Padang for the shot put event. Dengar macam senang je kan? senang memang senang.. but imagine to do the measurement of 32 contestants with 3 trials each.. plus another 8 in the finals with another 3 trials each.. bangun duduk.. bangun duduk.. bila balik rumah.. ketar lutut.. sakit semua otot² ala ala nak usang dah ni. Haaa tadi panjat tangga nak masuk kelas year 4 yang kat tingkat 2 tuh, I took almost 10 mins turun naik instead of 3 mins usually.. adoyaiiii... tua dah aku...

Too much la Jijah kan? Orang lain relax ajer kan... kenalah kuatkan semangat.. ke mari.. ke mari.. ke mari kau semangat.. boleh ke panggil gitu? gilo ape...

Oh well.. weekend ni nak balik KL lagi.. this time nak pay a visit to the in laws since we couldnt make it last time and a wedding to attend.. so haruslah siapkan semua kerja before balik ke sana supaya hati pun senang untuk berpoya² bersama family dan rakan.

OK.. sekian, terima kasih... especially kepada mereka sama ada dikenali mahupun tidak kerana sudi membaca rapuan Jijah kali ini.

Sunday, March 21, 2010

Jijah Jengkel

Situasi : Operasi membeli ikan & sayur

Lokasi: Kedai Sayur & Ikan Kg &%$#@

Jam : 4.30ptg

Watak terlibat :

  • Jijah
  • adik penjual sayur & ikan

Dialog ketika kejadian :

Jijah: Dik ikan apa ada dik.. (sambil belek-belek apa yang ada kat kedai tu)

Adik penjual sayur & ikan : Kak tengok ah sendiri.. (sambil tersengih)

Jijah : Tak sampai la dik.. ( sementelah ikan itu adalah terletak agak tinggi atas meja)

Adik penjual sayur & ikan : kak nok kussi ke? ( semakin kurang ajar nampak)

Jijah : nape? Ko tak kenal ikan yang ko jual ni?

Terdiam adik penjual sayur & ikan yang sangat menjengkelkan itu.

Nasi tambah : Jangan harap akak nak senyum lagi bila akak datang next time. Ko nak kata akak sombong ke apa ke.. orang luar ke.. peduli apa akak..kalau tak kerana kedai ko satu-satunya yang jual ikan kat situ tak hingin de akak nak gi kedai ko.. dah la kotor.. tak bersih.. lagi ko nak lekeh-lekehkan akak kan.. sapa suruh ko letak ikan tu tinggi atas meja dalam ice box pulak tu.. terkial-kial akak nak ngambik ikan dalam kotak tu.. tak mesra pelanggan betul.. tergamak la ko offer kerusi kat akak ye.. takpe.. ada lori ada bas…


Saturday, March 20, 2010

Tag Sepuluh ( yang gedik )

Jijah tiba² ada mood nak buat tag. Maka Jijah menggelintar blog² rakan mencari tag yang sesuai dan seronok untuk dibuat. Itulah kerja Jijah sepanjang cuti sekolah ini. Berinternet hampir setiap masa. Semasa sedang melompat blog, terjumpa sebuah blog yang sangat menarik milik seorang blogger wanita; LITTLE PARLOUR. Tertarik hati nak buat tapi dalam masa yang sama.. malu pun ada.. ;P

Kenapa malu? Sebab orang tak tag kita, tapi kita beriya nak buat.. nggegeehhh.. Ok.. arahan tag itu berbunyi: Anda dikehendaki kopipes tajuk entri dan gambar di bawah serta menjawab 10 soalan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.


1. Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri dan kawan baik kepada suami saya. Juga seorang kaki internet yang tegar. Namun begitu saya cuba sedaya upaya untuk menseimbangkan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan hobi saya dengan baik.

2. Siapakah diri anda di samping rakan?
Saya perasan.. ye saya perasan bahawa saya antara yang jelita peramah di kalangan rakan². Saya juga perasan yang saya baik dengan semua orang. Saya juga sedar kadang² mulut saya yang paling bising sekali kerana pernah sekali saya sedang sibuk dan duduk diam membuat kerja, salah seorang rakan sekerja saya kata dunia hari ini sunyi kerana saya diam sahaja. Kadang² saya seorang yang paling penakut sensitif di samping kawan² saya tetapi adakalanya, saya lah kawan yang muka paling tak tahu malu.. ini bergantung pada keadaan ye..

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
Saya baru saja menjangkau alam 30an. Pada usia begini tak banyak saya ingin capai. Salah satunya saya kepingin seorang anak kecil dalam rumah. Saya idamkan pergi haji/umrah bersama suami dan ibubapa saya. Saya ingin luangkan lebih masa bersama keluarga saya dan keluarga mertua seperti pergi bercuti bersama. Saya juga kepingin handbag mahal iaitu hermes birkin tapi percayalah yang ini hanya angan² saja dan saya tak mau beli sendiri. Saya mahu orang lain yang hadiahkan. Ngggeeeeee...

4. Siapakah nama pasangan anda?
MM.. initial untuk MUHAMMAD MUZAMMIR.

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
  • Kesabaran MM yang tinggi terhadap kerenah saya yang selalunya merepek.
  • MM.. tinggi, gelap dan kacak.
  • MM.. gagah berani.. ye dia pernah pukul seorang ulat tiket kat Pudu.
  • Sangat kuat bekerja untuk sebuah masa hadapan.
  • Dengkuran MM.. walaupun kadang² saya susah nak tidur sebab dia berdengkur tetapi dalam masa yang sama saya juga susah nak tidur kalau dia tiada di sisi saya.
6. Bila tarikh anda couple?
16 Mei 2003.. saya rasa MM sudah lupa tarikh ini. Takpe.. saya tak marah =D

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Ketika kami dibebani hutang yang banyak. Ketika itu kami baru berkahwin dan MM sedang bekerja di Kuantan. Oleh kerana tidak capai target jualan di sebuah bank tahan berjauhan dengan isteri maka dia berhenti kerja dan pindah ikut saya yang sedang mengajar di Hutan Melintang, Perak. Namun, saya kira ada hikmah di sebalik itu, mula² ia pahit, lama² ia menjadi semakin manis.. dan syukur.. rezeki kami sekarang sudah semakin murah.

8. Lagu tema cinta anda.
Banyak.. kerana kami suka muzik dan menyanyi.. ye kami kaki karaoke. Kami juga suka tonton persembahan pentas. Sebab itu kami ada banyak lagu tema. Antaranya lagu Cinta Antara Kita (duta), Always(Bon Jovi), Love Me With All of Your Heart( Engelbert Humperdick), Bila Kau Tak Di sampingku (Sheila on7), More Than Words (Extreme) dan banyak lagi. Namun yang paling simbolik sekali ialah CANT TAKE MY EYES OFF YOU versi Lauryn Hill kerana lagu ini lagu tema semasa dia lamar saya untuk jadi makwe dia di atas Bukit Langat.... ehhehehehe..

9. Apakah perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Saya cuma mahu dia berhenti merokok dan kekal sihat tubuh badan kerana saya mahu kami berdua hidup lama untuk menikmati nikmat tuhan yang melimpah ruah di muka bumi ini.. dan sama² menyemai hidup yang diberkati untuk akhirat nanti.. insya Allah..

10. Tag 10 rakan lain.
Ini paling senang. Siapa baca.. dialah yang kena tag... =D



Thursday, March 18, 2010

Picnic

The last time that MM and Jijah went for a picnic at a sungai was before we were married. Tepat sekali ketika itu kami adalah masih berstatus "pakwe makwe". Main location was either Sg Congkak or Hulu Yam. These two places are well known among the city slickers. When Jijah was a lot younger and staying in Ampang, abah used to bring us, my siblings to this place, Bukit Belacan. While abah washed his car, my siblings and I having fun in the cold water. Those memories, are like treasures.. sayang we dont have the pictures.. in both occasion.. dating dengan MM and mandi sungai dengan abah.. rasa rugi pula takde gambar masa dating dengan MM, sebab masa tu I was quite.... slim.. :P

Having all these memories flashing back into my mind made me craved to go and mandi sungai. Especially when I saw some beautiful pictures of Endau Rompin in one my FBmates album. Initially I was thinking of going there few weeks ago when MM had his reunion in Muadzam Shah but since MM couldnt get his cuti approval so the plan was cancelled. But that didnt stop my craving. After asking around, my colleagues suggested the Sg Loh..

Nice river.. sadly it was raining.. but since the plan has been made earlier and all the foods have been prepared.. we hit the road eventho the rain was still pouring.. kemaruk kan? =D.. so here are some snippets.. enjoy the pic.. tapiiiii.. mak lupa amek gambar sungai.. seronok sangat mandi sampai lupa nak amik gambar sungai..

ramai orang.. ingatkan kitorang aje yang kemaruk mandi sungai


the whole entourage.. Jijah and MM ajak the AZRB clan to come along.. tak best la kitorang berdua je yang berpiknik.. ala ala SS gitu... anywayss kids were the most excited bila mandi sungai kan..


pondok kecil di tepi sungai..


best part beside mandi sungai.. the BBQ.. yummmehh!!


jangan tak tau.. ini orang pun macam budak² juga... lama betul berendam dalam air..


yours truly.. tengah warmed up nak terjun sungai.. hehehe
well thats it..
next location maybe redang..
Insyaallah...


~updated at 12.02pm.. more piccas.. taken from a friend's FB album~








Saturday, March 13, 2010

culture shock

School holidays had just started throughout the nation. As in the east coast its already the second day. Yours truly began the holidays with a lil picnic together with MM's officemate at a nearby river. I have been meaning to do some entry about it but plain lazy to upload the pictures plus all the body aching and headache when I woke up this morning. I guess I ll just put it on hold until I have the mood to do so.. but in the mean time.. I am in the state of culture shock actually.. over this...



I know.. how lame yours truly are... benda dah lama dah ni... being all sceptical "ye ke sedap" so I bought a loaf two nites ago when I coincidentally saw them in the bread rack. Usually I took almost a week to finish the normal white bread and sometimes tak habis kalau tuan dia rajin ia akan bertukar menjadi bread pudding but this time around, in just 2 days, there is only 3 pieces left... and I have had it all by myself. MM tak rasa pun lagi. I have been wondering why didnt I realized the existence of such delicious bread earlier before.. ish ish ishhhh.. hopefully this is just temporary.. if it turns into an addiction... habislahhhh... bukan setakat kembang setaman cik jijah ni.. kembang sekembang kembangnya.. alahaaaiii Jijah!!